Sejak Bio Asli menyenaraikan aku antara 50 stokis paling aktif, dan menyiarkan nombor hp aku dalam iklan Kosmo hari Ahad dan web mereka, ALHAMDULILLAH rezeki sentiasa berterusan. Terima kasih sangat dengan CEO yang menganggap aku sebagai sebahagian daripada komuniti mereka.
Kini jadual aku agaklah sibuk. Petang tadi aku melayan pelanggan aku yang terbaca iklan itu. Prospek paling dekat, 10 minit je dari rumah aku. Setelah aku tunjukkan produk-produk minyak kelapa dara, Encik A mengambil 2 botol Kapsul Kelapa Dara.
Encik A bercerita tentang ibunya. Dulu, ibunya terlantar dua tahun tak boleh bangun. Lemah semangat sejak ayahnya eksident dan meninggal dunia. Satu hari, kawannya datang dari Rengit membawakan sebotol air Safron keluaran Tok Guru. Dengan izin Allah ibunya pulih dan sihat sehingga sekarang. Masalahnya sekarang dia terputus hubungan dengan pembekal safron tersebut.
Lalu teringat sahabatku Faris, stokis Tok Guru kawasan Pt Raja. Aku pun call...
Tiba-tiba, seorang lelaki memarahi dan memaki-maki aku....
"Benci betullah, kenapa orang asyik tanya Faris...Faris....Faris....nombor ni saya punya!"
"Saudara....dengar sini...kalau awak nak marah, marahlah CELCOM, Faris tu peniaga yang namanya banyak tersiar dalam majalah kerana jadi stokis itu dan ini, dulu ini nombor dia, mungkin dia dah tak pakai lagi, Celcom juallah semula..bila nombor tu dah expired."
"Itu saya tak peduli, lain kali awak jangan telefon saya!!! Menyusahkan saya....bla...bla.....!"
"Kalau awak nak marah, marahlah...Celcom.."
"Bla...bla....bla...." Marah betul dia. Tak guna aku layan orang macam ni. Aku terus matikan talian.....
Ni kat rumah prospek, bikin malulah dengan aku. Kalau kat rumah aku, dah tentu aku sekolahkan dia cukup-cukup.
"Beginilah Encik A (maklumlah baru kenal, walaupun sama-sama duduk Pt Sulong, kenalah berbudi bahasa)....esok saya cari dia di Pasar Tani, saya akan SMSkan nombornya kepada Encik A" (En A, ni kakinya baru dipotong kerana kencing manis, umurnya baru 43 tahun, kesian kan).
Kesimpulan Cerita:
Nombor hp kita yang dah expired akan dijual semula oleh syarikat telekomunikasi. Dalam hal ini, nombor yang pernah aku gunakan, telah dibeli oleh seorang gadis dari Indonesia. Sahabatku Osman semasa tiba di rumah aku ketika itu, merungut.....
" Aku call je, yang angkat orang seberang, perempuan pulak tu. Aku ingat kau kahwin lagi?".......
"Kan aku dah umumkan satu dunia, aku dah tukar nombor, kenapa kau tak delete?" Itulah masalahnya!
Memaparkan catatan dengan label CERITA MASYARAKAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA MASYARAKAT. Papar semua catatan
Selasa, 18 Oktober 2011
Sabtu, 15 Oktober 2011
GADIS TERHEBAT DI THAILAND
MALEE DUANGDEE DARI THAILAND
MALE DUANGDEE -TINGGI- 6 KAKI 10 INCI
UMUR - 19 TAHUN
Walaupun badannya besar, Male Duangdee selalu dibuli rakan-rakan sekolahnya.Dia selalu diejek kerana ketinggiannya itu, dan menyebabkan dia selalu ponteng sekolah. Semasa lahir, saiznya dua kali ganda lebih besar daripada bayi biasa. Betapa terperanjatnya ibu dan bapanya ketika itu. Cubalah kalau engko yang melahirkannya!
Khamis, 17 Februari 2011
JIRANKU AH HOCK
Dalam ramai-ramai jiran aku yang berjumlah 40 keluarga di kawasan rumah aku duduk ini, aku melihat Ah Hock sekeluargalah yang paling dahsyat bekerja untuk menyara kehidupan, dengan jumlah anaknya tujuh orang itu.
Bayangkan, serajin-rajinnya aku, aku balik jam 12.30 malam, Ah Hock anak beranak masih paking sayur-sayur yang akan dijualnya esok. Mereka akan tidur jam 2.00 pagi. Pukul 4.00 pagi Ah Hock sudah menghidupkan enjin lorinya untuk membeli sayur di pasar besar. Seawal jam 8.00 pula mereka sudah berada di sekitar pasar lambak di pekan, taman perumahan sehingga ke pekan Rengit.
Namun semenjak Tahun Baru Cina tempoh hari, aku lihat mereka sekeluarga seperti sudah berehat. Rasanya semenjak 10 tahun mereka menjual sayur, mereka tidak pernah berehat demikian lama. Sejak mereka jual sayur juga, mereka sudah memiliki sebuah lori, dua buah kereta, dan anak bujangnya sudah membeli motosikal berkuasa tinggi. Satu lagi, baru-baru ini mereka telah membeli rumah yang lebih besar, betul-betul di hadapan rumah murah yang diduduki mereka berpuluh tahun itu. Rumah berbandung yang dibeli itu kini masih dalam pembinaan.
Mungkin mereka kini sudah senang setelah bekerja tidak berhenti-henti sekian lamanya. Kini mereka ada masa untuk makan angin. Yang menariknya Ah Hock telah menyambut hari jadi isterinya secara besar-besaran, setelah berpuluh tahun tidak ada masa untuk meraikan hari lahir isterinya yang sentiasa tersenyum, walau ketika dalam saat-saat yang sukar.

Langgan:
Catatan (Atom)