Memaparkan catatan dengan label KARTUN MATSOMHERBS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KARTUN MATSOMHERBS. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Oktober 2024

ELAUN IPG RM430 SUDAH TIDAK RELEVAN

Nak sambung membebel fasal keperluan asas budak sekarang sangat mahal

Zaman kita dulu elaun maktab RM345 Pun hujung bulan selalu sakit. Lagi2 kalau elaun lambat..

Maklum aku ddk JB yg kos hidup sgt tinggi. Masa tu makan dah RM5 sepinggan kalau makan di warung..

Ddk asrama, tolak makan dgn asrama adalah baki tinggal RM130

Bila tinggal di luar, rasa kaya sikit. Boleh lagi kirim duit ke kampung RM50

Sekarang Tahun 2024, elaun bakal guru cuma RM430. Hanya beza RM105 berbanding 40 tahun lalu....Ini benar2 sudah tidak relevan...malah hujung2 zaman Najib dah ada ura2 nak jadikan hutang PTPTN je ...

Nasib baiklah dikekalkan elaun RM430 tu....emak bapak kenalah tampung separuh lagi

Aiya...mana cukup... Satu hari 2 kali makan sudah RM10 X 2 kali makan RM20 satu hari...tu belum campur ngopi dan Sarapan pagi..satu bulan 30 hari sudah RM600...Itu makan saja

Ini macam bakal guru pun Manyak kurus oooo

Budak2 U ada yg ikat perut dan jadi isu...makan Magie... Itu biasa ...

Hidup Ni keras...keluar2 pulak belum kerja PTPTN sudah warning itu ini...katanya ada jutaan hutang belum bayar...janji2 PMX nak ikut jejak Erdogan hanya retorik...pendidikan percuma entah ke mana...Yg dapat duit UTAR... SEBAB tak payah bayar cukai..bukan sikit2 RM87 JUTA...piirrrrraaaahhh Anwar Ibrahim!!!

Khamis, 4 Februari 2010

KARTUNKU YANG PERTAMA DAN TERAKHIR


Inilah kartunku yang pertama dan terakhir yang disiarkan di sebuah akhbar tabloid pada Disember tahun 2000. Oleh sebab aku tidak dibayar satu sen pun, maka niat aku nak lukis kartun terus terbantut. Cuma masa tu aku tak tau nak guna nama samaran apa? Akhbar tabloid itu pun telah muflis dan ditutup. Tak taulah kalau sekarang ini mereka guna nama lain.

Selepas masukkan entry ini aku mengembara dalam dunia maya, akhirnya aku tiba di bumi PENDAKWAH ini. Banyak ilmu yang kita boleh ketahui di sini.

Selasa, 11 Ogos 2009

MAKLUM BALAS MEMAKAI MASK

Aku telah memakai MASK bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di tempat awam. Maka aku telah
mendengar sindiran-sindiran ini. Banyak-banyak tu, inilah yang dapat aku
terjemahkan di dalam kartun aku ni. Aku sedikit pun tidak kecil hati. Aku anggap
mereka ni orang yang tidak peka...mungkin pe...kak(maaflah kasar sikit).
Aku pakai ni bukan aku nak glamour ke apa ke...tetapi aku memikirkan anak-anak aku.
Aku pernah kehilangan anak. Hanya yang pernah merasa pengalaman itu, dapat merasai
bagaimana pedihnya. Dan hari ini jumlah mangsa H1N1 telah mencapai 38 orang.
Kita masih bersuka ria dan berpesta seolah-olah kehilangan 38 nyawa itu tiada apa-apa ertinya!
Tanyalah keluarga yang kehilangan orang-orang tersayang itu kerana H1N1 ini...tanya!
Apa kata mereka? Kitalah yang menjaga ahli keluarga kita sendiri. Jangan tunggu pihak-pihak
yang lembab itu. Kematian meningkat saban hari, dan kita belum nampak tindakan DRASTIK yang
diambil oleh pihak berwajib? Aku ada 3 orang anak yang bersekolah, kerisauan itu terlalu tinggi.
Masing-masing menunggu arahan dari atasan dan atasan. Jika yang di atas itu
tidak berbuat apa-apa, bagaimana?




Apakah kalian tidak memikirkan beberapa faedah mamakai mask ini?:
1. Mengurangkan dosa mulut-disebabkan mulut kita bertutup kita pun semakin kurang bercakap.
Tanpa kita sedari selama ini kita melakukan dosa seperti mengumpat dan memfitnah. Di
harapkan dengan memakai mask ini dapat melatih mulut kita supaya lebih berdisiplin.
2. Jika tidak ada pun virus H1N1 ni, sebenarnya persekitaran kita dipenuhi jutaan debu, habuk
dan bakteria yang berterbangan. Ditambah lagi dengan asap rokok daripada kalangan
rakan-rakan kita. Maka dengan pemakaian mask ini telah memberikan Cuti Rehat Khas
kepada sistem pernafasan kita daripada serangan jutaan debu yang berterbangan di udara.
3. Pemakaian mask melatih kita dengan sikap sabar. Lihat sahajalah kartun saya di atas tu.
Hanya orang yang sabar sahaja yang mampu memakai mask ini di kalayak ramai.

Sabtu, 8 Ogos 2009

SESEKALI AKU MELUKIS KARTUN

Dari kecil dulu aku minat lukis kartun. Sam faham benar
dengan hobi aku ni. Teman ku KS747 di MPTI pun tau tentang
hal itu. Tetapi, cita-cita aku nak jadi pelukis kartun
tidak tercapai, gara-gara sikapku yang hangat-hangat tahi ayam.
Dengan adanya blog ni, dapatlah aku menyampaikan mesej aku
melalui hobi lama aku ni. BETUL TAK SYITH?
Kawan aku Shith sudah mula berblog...ganas nampak?

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya!