MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 17 September 2012

KUNJUNGAN KE KELANTAN DAN TRENGGANU

Cuti tiga hari ni, kawe mengambil kesempate melawat Kelate. Rombonge sekolah ni diketuai oleh Cikgu  Zulkeflee dan Ustaz Sukran. Kawe doh 22 tahun (sejak1990) tok mari Kelate nih. Nok jugok tengok Serambi Mekoh dan nok jumpo sahabot-sahabot lamo kawe. Macam Cikgu Zul Pasir Tumbuh, Kashfi, Kayrol, Anuar Mat.Tapi raso-raso memang tak boleh jumpo semuo, disebabke lawaton ni terlalu padot
.  
DATARAN AL-QURAN KOTA BHARU

Pertama kali kawe sampai Kota Bharu, kawe sangatlah terpegun dengan segalo seni bina Islam yang ada di sini...
Dataran Al-Quran Kota Bharu
Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Negeri Kelantan

Di depan Muzium ni, ada kedai kraf ni.Budok-budok, bapok budok, emok budok semua suko masuk sini...muroh-muroh, belake kedai kraftange ni ada restoran besar, make muroh-muroh belako. Makan lauk ikan besar-besar, aneka ulam, sirap satu jag, budu, urap macam segalo, lapan orang baru RM 40. Memang dijamin sangat sedap perut kenyang sangat! Lupa nak ambik gambarnya disebabkan sangat teruja dengan kesedapan masakan di sini.


Pasar Rantau Panjang, seperti masih belum beroperasi
Ais krim Rantau Panjang. Penjualnya berpurdah namun nampak keayuannya.

Kawan-kawan ambo yang hansome dan segak semuanya di hadapan Mesjid Beijing Rantau Panjang
Asyik gambar aku, nak buat macamana?....blog aku..hahahahahah


Baju Kupu-kupu, antara yang paling banyak dijual di Kelantan termasuk di Wakaf Che Yeh yang sangat sibuk ni.
Menelusuri Wakaf Chik Yeah....10 kali ganda lebih meriah daripada pasar malam raya Di Pt Sulong

Akhirnya kawe dapat berjumpa Hj Zul, kawan kawe maso di MPTI tahun 1985-1987 dulu. Dah 25 tahun  tak jumpa Zul. Kawe sangatlah gembira walaupun cuma berjumpa tak sampai satu jam. Terima kasih sangat-sangat dengan Zul kerana berhempas-pulas nak menemui kawe di tempat penginapan di Jalan Petra Semarak.
Gambar kenangan aku dengan Zulkifli-1985 semasa sama-sama menyertai musabaqah membaca Al-Quran  
Nasi Tumpang
Inilah makanan yang diperkenalkan Zul kepada kawe
LAKSAM
Antara makanan yang kawe cari di Kota Bharu ni
Mesjid Kristal
Kawe juga dengan kawan-kawan singgah di sini
Lawatan berakhir di Mesjid Terapung
Cikgu Mohd Sahid Ismail (bertopi) berkesempatan menemui classmate lamanya di ITM dahulu di pekarangan Mesjid Terapung. Sudah 15 tahun TIDAK berjumpa sahabatnya ini.

Cikgu Jamal Adenan (bertshirt biru) menemui abangnya di Pasar Payang, Kuala Trengganu. Abangnya telah menetap di sana 30 tahun lamanya.
Delegasi wanita yang mengikuti rombongan lawatan ini. Mereka nampaknya bershoping sakan beriban-riban mak oi....! Bas sampai senget penuh dengan segala aneka periuk, toto...

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga diizinkan Allah utk berkunjung laaagiii.. klate tanoh sekebun bungo...cik siti wan kembang... :)

Tanpa Nama berkata...

kalu mari lagi skali jange lupo temui kawe,mat... bnyok lagi demo x jupo hok sedak.. nasi krabu c`sue kadok, serati gulai kurma best, sate baung sohhor, nasi lemak TPC/kb.. huhhh....bnyok laaaaagi ehhhhhhh.. (ckgu anuar mat)

Tanpa Nama berkata...

1.kau tu tak banyak berubah sangat bentuk fizikalnya som!si zul tu nampak lain dari dulu!!ya la semua orang semakin menghampiri usia warga emas!dulu si zul tu kurangla sikit sifat kekelantannannya!boleh berkawan dengan semua orang!
2.2.9.2012 hantar anak kat Utem,melaka,sampai jugak ke batu pahat untuk merasa nasi beraini gam berhadapan hospitar pakar di batu pahat!berbaloila jugak berjam-jam dari air keruh semata-mata untuk merasai beraini gam batu pahat!!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Patut la senyak 2,3 arini...

Wey...Bakpo la mu dok sebut sebut namo makene tuh.... sero nok make blako nih.

Mat Som berkata...

Cikgu Anuar Mat
Baru mu sebut namo-namo makane tu
perut kawe dah lapor
Nampaknyo kawe keno pergi sano denge
masa yang labih lamo, kurey2 duo minggu nih!

Mat Som berkata...

Maksud sdra (yang masih aku tak tau siapa?) Hj Zul sekarang lebih lantang? Sesuailah tu, anak-anak Zul pun belajar di Asia Barat, mestilah bapaknya itu orang yang hebat.

Sdra ke Batu Pahat tanpa menghubungi saya? Sampai hati......?!!!!!
Tak patut,

Di depan hospital pakar Shoutern tu, bariani tu terkenal dengan nama Beriani Mat Shah.

Ada pun beriani gam, taukeynya dah meninggal dalam kemalangan tragis di Pagoh, dan kedainya terletak di Taman Soga, taman perumahan yang berhampiran Hospital Daerah Batu Pahat.

Sekian, terima kasih kerana selalu jenguk ke sini, kehadiran sdra memang menyeronokkan saya, walaupun sdra terlalu berahsia.

Mat Som berkata...

Sam
Orang-orang yang suka SHOPING dan suka upload gambar MASAKAN
sangat-sangat sesuai berkunjung ke Kelantan, paling kurang lima hari. Kalau sekejap macam aku, memang tak puas.

Hotel2 bajet juga semurah RM 40 SUDAH SANGAT SELESA.

shinji izac berkata...

Wow... laksam... dah lame tak merasa..

nasi tumpang tu macam pelik je..tak pernah dengar..huhuu

Tanpa Nama berkata...

1.tak taula di zul tu lantang ke tidak!cuma dia nampak "berumuq" dari mat som!mat som nampak macam zaman 80an !dari segi fizikal la!
2.saja la turun kat batu pahat!dah lama mengidam nasi beraini gam batu pahat!dulu zaman 80an selalu makan kat restoren tepi komtar!tempohari sembang degan waris pelajar dari pasir gudang!dia kata komtar dah dirobohkan!!banyak kenangan di komtar tu mat som no!!
3.ramai kawan dibatu pahat!tak konteks sapa pun!kan angin lalu!!datang dan pergi tak sapa perasan!kadang-kadang rasa sejuk!kadang-kadang rasa panas!terpulanglah pada penerimaan orang!!

Mat Som berkata...

Sedihnya ada tetamu hanya sebagai angin lalu, walaubagaimanapun terima kasih selalu jenguk saya di sini.

Tahun 2005, saya ada membawa anak masa tu 3 orang naik kereta api dari Paloh ke JB.

Lalu menelusuri stesen kereta api, merlin tower, City Square(dulu kedai2 buruk, tempat kita semua makan2, beli baju). Sempat juga berjalan-jalan ke Komtar. Kedai yang ada masa tu Badan Book Store.

Jiwa ini memang terusik, kerana semuanya jadi sunyi. Sayangnya masa tu tak bawa kamera untuk merekamkan gambar2 itu.

Bariani Mat Shah tu cuma 20 minit saja drive drp rumah saya. Apa salahnya kita berborak.

Mat Som berkata...

Shinji, makanan Kelate ni memang unik.

NAK makan
Nasi Tumpang
Segeralah berkonvoi dengan rakan2 Shinji. Tempat tidur murah2

en_me berkata...

vahhh.. cikgu matsom masih menten ganteng gituuu.. ehhhee

~ Mummy Gee ~ berkata...

saya baru plan nak cuti2 malaysia ke pantai timur dan utara hujung tahun ni cikgu dah sampai dulu...

Mat Som berkata...

Hj Me
Saya ni sebenarnya dah tua
Masalahnya bila disnap saya jadi ganteng...kehkehkeh

Mat Som berkata...

Mummy Gee
Hujung tahun tengkujuh kut
Sesuai bulan Jun atau Mac
Jun cuti 2 minggu
Peminat pinggan mangkuk sesuai pergi Langkawi