Sabtu, 1 September 2012
BONI, KENAPA KAU SEBUT NAMAKU?
Malam tadi sebelum tidur, aku terfikir, apa lagi yang aku nak jual dalam blog picisan aku ni ? Jadi pagi ni aku dapat idea. Aku nak jual set barangan dapur. Mesti anynomous dari Kedah tu dah gatal tangan nak komen.Nak hentam aku macam dulu. Aku dapat jejaki kehadirannya dua hari ni..
Tengah aku siapkan entri set produk ni, alih-alih, lidah aku tergigit-gigit, rupa-rupanya Boni sebut-sebut nama aku. Apalah sumbangan aku ya? Aku rasa kecik sangat ....terima kasihlah Boni, tetapi aku masih kurang mengerti.....? Aku hanya membebel saja Boni.
Pesanan aku tambah lagi Boni. Tulislah blog kerana Allah. Kita semua pendakwah secara santai. Kedua, semua blogger nak income Nuf atau Adsense dan lain-lain, tapi kita tak boleh mengharapkan yang ini 100%. Boni pun dah sewakan tapak iklan..... Bagus tu. Satu lagi Boni, iklankan produk sendiri, Boni belum buat. Di KL banyak peluang bisnes. Jumpa terus pekilang, pembekal. Mesti dapat harga baik. Aku banyak jual barang sendiri melalui blog ini Boni. Lepas-lepas dapat bayar kereta ok jugaklah Boni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
BAGUSLAH MCM TU..KAK BISNES MULUT KE MULUT JE...DAH SAMPAI LUAR NEGARA PUN,BARU MASUK PASARAN..CEH..CEH..
Alhamdulillah K.Nor
Semoga perniagaan K.Nor meletup-letup
betol tu.. ada peluang kita guna peluang tu... bkn semua manusia di beri peluang bisnes olehNYA.. klu ada kita kurang bijak guna peluang tu...
Potia
Peluang biasanya hanya datang sekali.
Peluang mesti dicari
Tkasih...
salam kenal Tuan dan folow..
betul tu , tulis blog kerana Allah .. orang lain dah 6 tahun berblog baru hari ini merasa income dari blog ..
huhu..saya plak baru merasa nak wat blog..orang laen dah maju ke depan da...huhu~
InsyaAllah cikgu.hehe. Saya akan usaha sebaik yang mungkin.. Segala pesanan ni akan saya pegang dan gunakan sebagai azimat pemangkin semangat saya, terima kasih banyak2..
singgah dan follow dari blog boni :)
dapat bayar sebulan kereta? wahhh...rezeki memg ada di mana2...cuma kita perlu lebih berusaha :)
cikgu, saya follow..
cikgu, rasanya bukan 'pekilang' kan, tapi 'pengilang'..
minta maaf kalau tersilap..=)
Mad
Mengeblog kena banyak bersabar Encik Mad.
Ni dah 4 tahun, folower saya baru 270
Shinji, ramai blogger baru yg cepat naik kerana kekreatifan mereka.
Jadi cepat atau lambat, bukan satu faktor.
Boni, ramai dah ni kawan-kawan Boni terjah blog saya. Kira marhaban ke rumah sayalah ni. Jemputlah makan kuih-kuih yang ada.
Tkasihlah ajak kawan2 datang hari ni, taklah saya kesunyian.
Masha Meisters,
Elok suruh saudara-mara yg pandai buat sarung bantal, atau sarung kusyen, alas meja,dan jual di blog Masha, tak mustahil dapat riban-riban.
Herma
Betul kata-kata Herma.
Masa menaip ni tak ingat tatabahasa.
Agaknya Herma ni cikgu BM
En Mat Som dah leh wat rumah terbuka tuk kitorg yg terjah nie :p
tak tahu jugalah aku..kenapa boni menyebut nama-mu :)
salam...semoga sukses selalu dalam per-niagaan :)
untung boni dapat direct advise dari sifu ..
Catat Ulasan