Ustaz Faisol menjelaskan yang dimaksudkan dengan Al-Quran ialah Al-Quran yang lengkap. Jika kitab Yasin dan Al-Quran disusun, seeloknya kitab Yasin diletakkan di sebelahnya, kalau di bawah, memang boleh, tapi ia lebih kecil dari Quran, nanti kedudukan tidak stabil. Yang salah, kitab Yasin di letakkan di atas kitab Al-Quran.
Satu lagi yang selalu kita tidak perasan. Kita letakkan cermin mata kita di atas Al-Quran. Ini perbuatan zalim kata ustaz. Cermin mata silalah letakkan di tempat lain. Secara ringkas dan tepatnya, kita buat kesimpulan....
JANGAN LETAKKAN APA-APA DI ATAS KITAB AL-QURAN WALAU TASBIH, CERMIN MATA DAN SEBAGAINYA.
Seorang jemaah lagi, bertanya, bagaimana Al-Quran terjemahan? Ya...Al-Quran terjemahan juga MESTI diletakkan dibawah Al-Quran yang lengkap, bukan di atasnya.
Jadi, marilah kita lihat di mana kita meletakkan kitab Al-Quran kita? Adakah terdapat kepingan VCD di atasnya. Janganlah kita ZALIM terhadap Al-Quran. Kalau berhabuk, kita bersihkan dan kita bacalah selalu agar kita memperoleh manfaat di dunia dan di akhirat.
Ustaz sempat berseloroh........
tersangat zalim lagi, kalau ada orang meletakkan majalah MANGGA di atas kitab Al-Quran!
5 ulasan:
alhamdulillah..kak susun Al-Quran.di tempat yg sepatutnya.tafsir juga begitu,mcm2 saiz dan warna ada,mmg setiap hari baca.sebuah al-quran utk seorg,begitu juga dgn tafsir..maknanya seorg ada dua buahlah..termasuklah muhammad yg terbaru,di hadiahkan oleh mak saudara yg baru balik dr mekah..kebanyakannya dr mekah.
rasanya belum pernah lg letak apa2 atas al-quran.terima kasih peringatan ni.
Semoga rumah K.Nor dilimpahi rahmatNya, kerana Al-Quran adalah rahmat kepada sekalian alam. Rumah yang dibacakan al-Quran penuh dengan ketenangan.
benda2 ni kadang2 kita selalu terlepas pandang.. padahal Al-Quran tu sangat mulia..
mak selalu pesan,letakkan al-Quran kat tempat yg tggi dari tempat2 laen...
mmg asingkan dari buku-buku yang lain.. campur dengan buku agama je..
YE RUMAH YG TIDAK ADA BACAAN AL-QURAN ADALAH SEPERTI KUBUR
Catat Ulasan