Isnin, 10 September 2012

VIC MORROW MENGIMBAU KENANGAN

Pagi Ahad aku berehat. Hujan sekejap-sekejap. Mendung dan hujan lagi. Tidur. Bangun lagi. Layari blog kawan-kawan, Facebook. Lepas tu tidur lagi. Apa boleh buat, hari cuti. Dah tak tau nak tengok apa, aku teringat nama lelaki ni. Vic Morrow.....Lalu aku mencarinya dalam Youtube.

Masa kecik-kecik dulu dialah yang menyebabkan aku dan kawan-kawan aku tak sabar untuk menunggu hari Sabtu malam Ahad. Kami akan berkumpul di rumah Cikgu S. Dengan membayar 10 sen, dapatlah kami menonton perang Combat ni. Pada masa tu kalau cuti sekolah je, kami akan bermain Combat. Perang-perang masuk kebun, masuk belukar. Best betul. Tak payah nak fikir hal kehidupan. Tak payah fikir nak cari duit.Happy 24 jam.

VIC MORROW

Setelah dah tengok tayangan Vic Morrow aku tertidur lagi. Bangun saja aku tengok handphone, ada 4 panggilan. Rupa-rupanya aku dah terlupa ke rumah Cikgu Ali Sarmin. Aku kerahkan anak isteri aku segera bersiap untuk ke rumah terbuka Cikgu Ali. Wau...Cikgu Ali siap pasang balai!

Dah kenyang, kami pun mohon meminta diri. Anak-anak ajak singgah tempat paling cantik di Seri Medan kampung ku ini. Malangnya masih gerimis, jadi kami sempat berposing sikit-sikit je.


Kemudian kami ke rumah ayah saudara budak-budak ni. Sebab beliau baru dapat baby. Anak yang ke empat. Tahniah, Pak De Ihsan. Irfan teringat pancingnya yang tertinggal.....Ikan haruan pulak melompat-lompat di parit itu.....jadi dia cuma bergambar saja di depan rumah Pak De Ihsan ni.


Dan akhirnya semoga anak didikku semua berjaya...UPSR Selasa 11 September 2012..
Sekian, saya melaporkan dari bumi Seri Medan.

5 ulasan:

Kayu Manis berkata...

suka tgok gambar irfan ni..cantik pemandangan juga hensem orgnya..

Unknown berkata...

Comelnya anak-anak cikgu..
semoga berjaya semuanya nanti..=)

en_me berkata...

makin teruk jugak jerebu kat tasik botani seri medan tu ye kanng.. uhhuuu

boni kacak berkata...

tasik tu cantik betul ye... sri medan ni kat mana ye cikgu?

shinji izac berkata...

nampak tasik, tingin sgt nk mancing..