Memaparkan catatan dengan label CANDID KAMERA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CANDID KAMERA. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Oktober 2012

SIAPA GADIS MANIS ITU?

Di Petronas Pt Raja, seorang gadis cute mendatangi semua orang yang sedang mengisi minyak di situ.Dia membawa pengilat kereta dan memohon kepada semua orang itu,belilah sambil menderma untuk  sekolah tahfiz di utara tanah air.
Aku sangka budak muda ini akan membiarkan dia bercakap seorang diri.  
Rupa-rupanya dia menghulurkan derma RM 5 kepada gadis ini. Tanpa membeli produk itu yang mungkin harganya lebih mahal daripada harga di pasaran.

Soalnya, kenapa gadis ini kena tebalkan muka menemui lelaki-lelaki yang tidak dikenali? Siapa yang mempergunakan mereka? Adakah dia menjadi alat? Adakah benar derma itu untuk sekolah tahfiz?

Keadaan ini berlaku di mana-mana,di bumi semenanjung ini. Yang menjadi mangsa adalah seperti gadis ini. Sepatutnya kerja ini dijalankan oleh lelaki dewasa.

Aku memang rasa terganggu apabila keluar saja dari pintu bank, ada orang menahan aku.

Menderma memang sangat dituntut,namun jika kita tidak tahu asal-usul siapa sebenarnya penganjur derma ini, kita jadi muskil. Lebih baik kita derma kepada sekolah tahfiz atau sekolah agama persendirian yang banyak terdapat di tempat tinggal kita.    
Gambar candid yang terakhir ini ialah, unit farmasi bangunan baru hospital di daerah aku ni. Ia lebih canggih berbanding daerah-daerah lain di negeri Johor ini.  

Khamis, 27 September 2012

KENAPA KAU BUAT MACAM TU?

Lokasi di Lampu Isyarat Pt Sulong: Oleh sebab ini gambar candid, so aku guna kamera hand phone saja. Aku cukup bengang dengan akak sorang ni. Anak dia yang masih lingkungan Darjah 5 tu yang membawa motosikal, dan  dia tergedik-gedik di belakang. Lebih parah lagi, belok ke kanan saja, balai polis ada di situ. Bukankah ini mencabar undang-undang? Yang paling geram budak ni potong ciluk kereta buruk aku. Ini satu penghinaan....hehehehe....
RANTAU PANJANG

Lupakan gambar tu.....Ini gambar minggu lepas, suasana shoping di Rantau Panjang, Kelantan....macam tulah suasananya....klasik, kalau dilukis pada canvas

 KEDAI JUAL PERIUK DI RANTAU PANJANG

Ramai yang datang ke Rantau Panjang akan mencari periuk, kuali dan yang sekufu dengannya. Tapi jangan lupa, mintak resit, kerana kastam akan check dan kita wajib bayar cukai kepada kerajaan bagi produk kuali dan toto. Kain pelikat dan kain batik kalau beli sehelai dua, tak adalah kena cukai. Kalau beli berkodi-kodi, kenalah jugak cukainya.

Dua hari ni aku dah jemu dengan baner blog aku yang ada muka aku yang monyok tu. Kalau kalian perasan, semalam saja aku dah ganti lima kali baner tu.

Khamis, 2 September 2010

TEROPONG JAMESBOND-ADAKAH MEREKA INI BERPUASA?

Mula-mula ana mahu ambik gambar bunga yang cantik ini sahajalah....
Tetapi mata ana, tiba-tiba terpandang sesuatu!
Marilah ente semua lihat apa yang terjadi pada bulan Ramadan yang mulia ini?


Seorang penjual air telah memulakan perniagaannya pada jam 11.00 pagi.
Lokasi: Satu desa terpencil di bumi Batu Di Pahat nan indah.
Gambar di atas itu tiada ganjilnya kerana yang beli air itu mungkin beragama Buddha?
Apek boleh minum, ana tatak heran...

Mula-mula terkejutlah sangat ana, tetapi bersangka baik.
Yang tak pakai tudung tu orang India...patutlah dia beli air itu.
Dan muslimah yang seorang ini hanya menemani sahaja mungkin?

Mana pulak duit aku ni?
Kakak dan awek ni mungkin UZUR? Ana sangka baik lagilah.

Abang kita ni mungkin belikan air untuk anak lelakinya yang masih kecil itu?
Anak dia nampak macam baru 4 tahun?


Tetapi kawan kita ni agak peliklah. Dia belikan air untuk siapa?
Mungkin untuk kucing dia yang sedang kehausan di rumah?

Gambar dirakam pada jam 2.00 petang. Terdapat dua kenderaan parking di sini, satu kobe satu lagi motosikal. Kereta ialah milik pekedai. Apa mereka buat di situ?


Lagi satu warung yang masih berdegil menjual makanan secara sembunyi, lalu dari pintu belakang. Lokasi juga di satu desa (yang tidak terpencil di Batu Pahat). Orang di sini semua tahu.

Ana pernah tanya dia, "Kenapa Tuan jual makanan pada bulan ini, kan menggalakkan orang tak berpuasa?"

 Ente tahu dia jawab apa? Pedih hati ana, lebih pedih daripada diceramah dek Anynomous dari Kedah tu....(sempat juga sebut fasal dia).

Dia kata kepada ana
                             "Kau bolehlah eksen, tiap bulan dapat gaji. Kalau aku tak niaga, kereta ni siapa nak
                              bayar? Anak aku siapa nak kasi makan?"

Macam pernah aku dengar alasan itu. Oh ya..alasan Kupu-kupu Malam di kota besar Kuala Lumpur. Satu akhbar tabloid melaporkan kenyataan itu.

Adakah aku telah mengaibkan orang? Tidak, merekalah yang mengaibkan diri mereka sendiri. Jika wanita-wanita itu tidak berpuasa kerana uzur, elok buat air sendiri di rumah. Jika membeli air di luar akan mendatangkan fitnah kepada mata yang memandang.


PAUTAN UTAMAKU