Khamis, 2 September 2010

TEROPONG JAMESBOND-ADAKAH MEREKA INI BERPUASA?

Mula-mula ana mahu ambik gambar bunga yang cantik ini sahajalah....
Tetapi mata ana, tiba-tiba terpandang sesuatu!
Marilah ente semua lihat apa yang terjadi pada bulan Ramadan yang mulia ini?


Seorang penjual air telah memulakan perniagaannya pada jam 11.00 pagi.
Lokasi: Satu desa terpencil di bumi Batu Di Pahat nan indah.
Gambar di atas itu tiada ganjilnya kerana yang beli air itu mungkin beragama Buddha?
Apek boleh minum, ana tatak heran...

Mula-mula terkejutlah sangat ana, tetapi bersangka baik.
Yang tak pakai tudung tu orang India...patutlah dia beli air itu.
Dan muslimah yang seorang ini hanya menemani sahaja mungkin?

Mana pulak duit aku ni?
Kakak dan awek ni mungkin UZUR? Ana sangka baik lagilah.

Abang kita ni mungkin belikan air untuk anak lelakinya yang masih kecil itu?
Anak dia nampak macam baru 4 tahun?


Tetapi kawan kita ni agak peliklah. Dia belikan air untuk siapa?
Mungkin untuk kucing dia yang sedang kehausan di rumah?

Gambar dirakam pada jam 2.00 petang. Terdapat dua kenderaan parking di sini, satu kobe satu lagi motosikal. Kereta ialah milik pekedai. Apa mereka buat di situ?


Lagi satu warung yang masih berdegil menjual makanan secara sembunyi, lalu dari pintu belakang. Lokasi juga di satu desa (yang tidak terpencil di Batu Pahat). Orang di sini semua tahu.

Ana pernah tanya dia, "Kenapa Tuan jual makanan pada bulan ini, kan menggalakkan orang tak berpuasa?"

 Ente tahu dia jawab apa? Pedih hati ana, lebih pedih daripada diceramah dek Anynomous dari Kedah tu....(sempat juga sebut fasal dia).

Dia kata kepada ana
                             "Kau bolehlah eksen, tiap bulan dapat gaji. Kalau aku tak niaga, kereta ni siapa nak
                              bayar? Anak aku siapa nak kasi makan?"

Macam pernah aku dengar alasan itu. Oh ya..alasan Kupu-kupu Malam di kota besar Kuala Lumpur. Satu akhbar tabloid melaporkan kenyataan itu.

Adakah aku telah mengaibkan orang? Tidak, merekalah yang mengaibkan diri mereka sendiri. Jika wanita-wanita itu tidak berpuasa kerana uzur, elok buat air sendiri di rumah. Jika membeli air di luar akan mendatangkan fitnah kepada mata yang memandang.


PAUTAN UTAMAKU

11 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

ana pun ingin sangka baik...maybe lelaki itu musafir sebab tu tak pose.. ;).... ala dulu time aku keja selamba je sorang pakcik tu makan kt restoran tempat kami selalu makan...tp bila kami lalu dia tutup mulut dia (ok gak le tu nak jugak tutup mulut.. itu ari kat supermarket aku nampak sorang kakak tu selamba je makan kat restoran..pakai baju kurung tp still aku bersangka baik..even berbaju kurung tak semesti muslim).

MSOM berkata...

MM,
Orang yang suka makan dan minum di khalayak ramai itu sudah dikira mencabar pejabat agama.

Orang yg tak berpuasa tanpa sebab yg termaktub dalam kitab, tidak patut dijadikan anak menantu.

mak encik | SZ berkata...

kalau iya pun tak puasa kenalah menghormati ramadhan al-mubarak ni kan...

en_me berkata...

kangg, duit bukanlah segala2nya.. tp segala2nya arek nganggo duett tohh.. ohoho

*kang matsom, me letak link oke

MSOM berkata...

SZ,
perasaan hormat sudah hilang, maka terjadilah situasi spt itu di mana2

MSOM berkata...

EN ME,
terharunya saya.........
Tkasih promote blog saya yang tak sehebat mana ini.

MSOM berkata...

Fakeh,
Insya Allah saya akan melayari web2 yg sdra maksudkan.

Drama Mama berkata...

dulu kalau time uzur sembunyi2 makan kegi kat opis, bawah meja. tapi time rehat lah takde orang kalau tak naya kena kutuk satu opis bau megi. huhuhu

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Mama Janet berkata...

Ada selera gak ye dia org beli air kat warung cam tu

MSOM berkata...

Drama Mama,
bawak jelah bekal roti dengan soya bean. Selesai masalah.

MSOM berkata...

Mama Janet,
Warung yang bersih semua cuti nak buat macamana?