Isnin, 20 September 2010

DAH MINTAK MAAF DENGAN AKU KE BELUM?


Pada hari baik dan bulan yang baik ni, eloklah kita lihat gambar di atas ni. Daripada mana aku copy paste gambar ni ya? Lupa pulak. Tetapi beberapa hari sebelum raya tahun 2010. Mereka ni bergambar untuk cover satu akhbar atau majalah gitulah. Cuma sepatutnya yang duduk tu Datuk Sharifah, sebab beliau lebih tua. 


 Kisah SITI NURHALIZA VS SHARIFAH AINI 
pernah menggemparkan seluruh Nusantara dan menyebabkan surat khabar laris bak jus tembikai di bazar Ramadhan. Jika kini mereka boleh bergambar bersama-sama, kenapa kita tidak memaafkan musuh-musuh kita. Apatah lagi kawan-kawan kita yang selalu mengumpat kita tu. Kalau mereka terus mengumpat kita selepas kita bermaafan, biarkan mereka. Nantikan fahala mereka semua lari kepada kita.  

Sebelum menutup mata malam ini,
Lalu aku teringat sebaris kata-kata
" Sekeping gambar boleh menggambarkan 1001 pengertian"

8 ulasan:

Aryadevi berkata...

ziarah Mat Som, semoga sehat selalu...mohon maaf zahir batin ya dan salam kenal ^_^

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

ya la kan... patutnya Tok Pah yg duduk... photographer ni pun...tak prihatin langsung bab2 gini...hormatlah sikit dgn org tua... tapi klu aku ambik gmbr family kat studio pun.. photographer suruh aku duduk dan IRP berdiri...adakah aku lebih tua dari IRP???

Siti Indrawati berkata...

Salam Aidilfitri Cikgu..betul tu buat apa nak simpan dendam @amarah yg lalu..buang yg keruh n ambil yg jernih..

MSOM berkata...

Rajin betul Aryadewi menziarahi sahabat, kenapalah aku malas sangat ke rumah orang, lenguh sana sini. Adoi!

MSOM berkata...

Tetapi Photografer dah ambik kursus bertahun2, tak kan mereka silap.

Keponakan kita MMJ dah aktif semula menjadi Photografer, baru beli kamera RM 4K tu!

Tengoklah hasil2 kreativiti beliau dalam blog AMSUDA lepas ni

MSOM berkata...

Puan Siti,
Aman dan makmur dunia ni jika semua bermaaf-maafan gitu!

mak encik | SZ berkata...

ihikss..ikut "pangkat" kot..tp dua2 tu "datuk" kan..ntah ler deranggg nih..hihihii...

MSOM berkata...

SZ,
Masa kecik dulu saya begitu teruja dengan lagu Kak Pah terutama lagu
Terbang Helang.