Rabu, 15 September 2010

RATHNA LINGAIAH MEMBERI KOMEN TENTANG KES SOSILAWATI


Rathna merupakan sahabat lama saya sewaktu bertugas sebagai guru di SMK PALOH, pada tahun
1990-an. Beliau seorang yang lemah lembut.Tidak sangka pula kini Ratna telah bertukar kepada bidang penyiasatan dan mahkhamah. Kini bertugas di Kota Bharu.

Apa kata Rathna tentang pendedahan berlebihan oleh akhbar-akhbar tentang kes jenayah yang sedang popular disiarkan di media massa sekarang ini?

RATHNA - MENGAPA KINI DI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN GIAT MENDEDAHKAN BUKTI-BUKTI KES, UMPAMANYA TENTANG PENEMUAN BARANG KES, CARA PEMBUNUHAN DILAKUKAN SERTA CARA MEMPEROLEHI PROFIL DNA DAN SEBAGAINYA. TIDAKKAH PERKARA-PERKARA UMPAMA INI MEMBINA RUANG KEPADA PEN JENAYAH UNTUK MENDAPATKAN LUBANG-LUBANG / KECACATAN PENYIASATAN KES DAN SETERUSNYA MEMBANTU SASPEK UNTUK MELEPASKAN DIRI. MENGAPA KITA TIDAK SABAR UNTUK MENUNGGU DAN BERI PELUANG KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENJALANKAN SIASATAN TANPA SEBARANG GANGGUAN. APA SALAHNYA KITA TUNGGU PROSIDING DI MAHKAMAH UNTUK MENGETAHUI APA YANG SEBENARNYA TELAH BERLAKU.


DENGAN ADANYA PENDEDAHAN SEPERTI INI DI AKHBAR-AKHBAR YANG MANA KITA SENDIRI TIDAK TAHU SEJAUHMANA KEBENARAN FAKTA-FAKTA TERSEBUT, TAPI MENGUNDANG PELBAGAI SPEKULASI DAN RAMAI YANG AKAN MEMPERTIKAIKAN CARA PENYIASATAN DIJALANKAN, SEDANGKAN RAMAI DI LUAR SANA YANG TIDAK TAHU BAGAIMANA ATAU BATASAN-BATASAN DALAM MENJALANKAN SESUATU PENYIASATAN.


NAMPAKNYA MANUSIA ZAMAN INI SUDAH TIADA SIFAT KESABARAN ATAU SIFAT-SIFAT INI TERHAD. BIARLAH PIHAK POLIS SIASAT KES DAN SABARLAH....TUNGGU PIHAK POLIS MEMBUAT KENYATAAN RASMI TENTANG KES. JANGAN GANGGU SIASATAN DAN JANGAN CARI PUBLISITI DAN JANGAN SEKALI-KALI TERLAKU MEMENTINGKAN WANG DAN KEMEWAHAN DENGAN MENJUAL BERITA-BERITA SENSASI. INGAT DENGAN CARA INI KITA BUKAN BANTU KELUARGA MANGSA TETAPI SECARA TIDAK LANGSUNG KITA MEMBANTU SASPEK UNTUK MELEPASKAN DIRI.


......RENUNGKANLAH........

2 ulasan:

en_me berkata...

wah kang matsom wes dadi wartawan ghitewww..

MSOM berkata...

Hoalah kang, Sosilawati ni orang kampung saya Seri Medan, jadi prihatin tu ada lebihlah sikit.