Rabu, 15 September 2010

TENGOKLAH BEKAS KUIH TU, KUT-KUT SUDAH ADA KUIH YANG BERKULAT

Apa khabar? Penat ya meraikan hari raya tahun ini? Kali ini aku cuma sederhana sahaja. Hanya sempat ke rumah adik-beradik yang jumlahnya hampir 13 (8 dan 5) keluarga di samping adik beradik ibuku ada 3 rumah. Namun rumah MM di JB belum lagi ku dapat ke sana, kerana aku ni agak fobia sedikit tengok jalan yang berselirat itu.


Tahun ni juga aku kurang bersemangat untuk menangkap gambar. Aku dapat membezakan, walaupun Pt Sulong meriah, namun tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Tahun lepas jam 9.00 pagi, daging lembu sudah habis dijual. Namun tahun 2010 ini jam 3.00 petang masih ramai peniaga yang menggantung daging menunggu pelanggan. Yang aku maksudkan ialah hari Khamis 9 Sept sehari sebelum Hari Raya.


Aku juga bertanya beberapa peniaga yang menjual pakaian. Mereka juga mengatakan ekonomi tahun ini agak kurang memberangsangkan. Malah satu kumpulan gerai di hadapan Klinik Kesihatan Pt Sulong cuma dapat bertahan tiga hari sahaja. Selepas itu mereka berpindah dengan segera ke Pekan Tangkak.


Mereka kata mereka tetap untung. Cuma keuntungan tidak mencapai matlamat yang sebenar. Ada juga yang menjual kuih raya sehingga hari raya yang ketiga.


Apa kata tajuk tadi? Oh ya...! Saja aku nak ingatkan, rajin-rajinlah kemas kini bekas kuih di meja kita tu. Supaya tetamu tidak dihidangkan dengan kuih yang mungkin sudah berkulat, atau mungkin bekas kuih itu diisi dengan kuih yang sudah lemau, atau barangkali biskut yang sedap-sedap itu tinggal 2-3 biji saja. Setiap hari kena check, supaya tetamu yang dipersilakan makan itu tidak terkulat-kulat nak menelan kuih yang ada. Hari raya pertama memang semua nampak teratur dan penuh. Apabila sudah tiba hari kelima dan keenam, kita pun lupa nak tengok. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, biskut yang gebu-gebu hari tu, sudah menjadi kuih sagon!

Tiada ulasan: