Kejadian bunuh diri sering terjadi. Jika dahulu peratusnya adalah daripada kalangan orang yang tidak percayakan Tuhan. Namun hari ini kita melihat sudah ada orang Islam membunuh diri, sedangkan mereka tahu ia salah satu dosa besar.
"Dalam khalayak ramai aku keseorangan " mungkin itulah kata-kata mereka yang terlibat.
Minggu lepas sahaja ada seorang usahawan yang membunuh diri. Juga seorang ibu yang membunuh anak dan selepas itu dirinya sendiri di dalam sebuah bilik hotel.
Ada yang bunuh diri kerana suami nak kahwin lagi. Ada yang bunuh diri kerana merasa diri sudah tidak dipedulikan. Ada yang bunuh diri kerana tekanan kerja.
Dulu murid aku di Paloh, bunuh diri kerana Guru Penolong Kanan paksa dia masuk aliran sains. Seorang lagi minum klorok, tetapi tak jadi mati. Sebabnya, kawan-kawan dia fitnah dia sudah tidak suci lagi.
Justeru itu, kita haruslah sentiasa bermotivasi dan ghairah dalam kehidupan.
Yang penting ialah kita mesti mengikuti ajaran Islam dengan sebenar-benarnya.
Yang penting ialah kita mesti mengikuti ajaran Islam dengan sebenar-benarnya.
Selain itu kamu dicadangkan:
1. Rajin-rajinlah blog walking, tengok cerita kawan-kawan yang macam-macam tu....layan....!
2. Selalulah bersama anak/suami/isteri dan selalulah mengunjungi saudara-maramu.
3. Elakkan termenung dan mengenang kisah-kisah sedih masa silam
4. Usahlah menyesal dengan kehidupan sekarang.
5. Ketenangan dan kebahagiaan dicipta bukan datang sendiri.
6. Belilah majalah banyak-banyak kalau tak ada duit layari je KARANGKRAF
7. Belalah ikan, tanam pokok, beli air terjun buatan macam yang dijual
kat pekan Air Hitam tu...kerana bunyi air yang mengalir itu boleh menjadi terapi minda.
8. Fikirkanlah, ramai lagi yang lebih derita dan sengsara daripada kamu.
9. Selalulah menulis entri blog, luahkan segala yang terpendam. Kalau rahsia sangat tulis dalam blog baru.
10.Jika kamu lemah semangat, lihatlah anak-anak kamu semasa tidur. Cuba fikirkan bahawa mereka memerlukan kamu menjadi hebat. Setelah bercerai kali pertama, Sosilawati Lawiya mengandaikan dirinya sebagai payung. Kini, walaupun dia telah tiada, anak-anaknya ditinggalkan dalam kesenangan. Kalau kita mati apa yang kita tinggalkan? (yang paling utama mereka masih mentauhidkan Allah).
Kadang-kadang aku muak dan nak termuntah tengok drama Melayu kat TV tu. Sikit-sikit cerita orang sakit, bergaduh, sedih-sedih, berebut kebun tak sudah-sudah. Sudah sampai masanya produserkita buat cerita yang positif, dulu miskin sekarang kaya. Pendek kata tema dia ialah kisah kejayaan, bagaimana nak berjaya dalam hidup.
Lebih malang lagi TV kita sekarang ni dipenuhi carita tahyul dan karut marut. Bagaimana WAWASAN 2020 nak tercapai kalau anak-anak kita ditakutkan dengan pelbagai spesis hantu?! Kalaulah Datuk Mohamad Rahmat ada lagi pasti dia menggelengkan kepala tak sudah-sudah dengan Menteri Penerangan sekarang.
7 ulasan:
banyak cara memang Mat Som, seperti uraian diatas....agar hidup senantiasa bersemangat.....selalu mensyukuri apa yang ada...
yang penting pegangan agama...
sentiasa ingat Allah, insyaAllah apa2 masalah pun adalah jalan penyelesaiannya kan...
tok mat tewww.. alfatihah
AryaDewi,
Ya bener itu, hidup mestilah qanaah,
bersyukur....
Sambil berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik.
SZ,
Malangnya ramai yang melupakan agama.
Hidup di atas kehendak hawa nafsu sahaja.
En Me,
Sayang betul dgn Tok Mat,
Ya Al-Fatihah
Betul tu, cerita melayu dari dulu sampai sekarang tak habis2x cerita yg sebegitu rupa. Sekarang, tiba masa cerita Melayu perlu ditukar ke arah yang lebih positif, tak salah untuk berhibur tapi biarlah banyak elemen positif daripada negatif.
Catat Ulasan