Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan

Jumaat, 29 November 2024

UPSR DAN PMR TETAP DIMANSUHKAN

Komen Along Mazrini dalam Facebook Cikgu Fadli Mohd Salleh ini  saya setuju, berkenaan kenyataan Menteri Pendidikan yang mengatakan Peperiksaan UPSR dan PMR tetap dimansuhkan kerana ia menyebabkan pelajar stress.

Komen seorang netizen Along Mazrini saya highlightkan kerana saya juga melalui arahan atasan yang berkaitan hal-hal tersebut semasa saya menjadi guru. Antaranya kena jaga hati pelajar yang gagal dalam pelajaran, lalu result peperiksaan disuruh serahkan secara senyap-senyap kepada pelajar.

Apa komen Along Mazrini? Ya baca di bawah:

Maaf mencelah cikgu.. menteri waktu itu ikut pendapat rakyat juga ada satu isu anak rasa di pinggirkan sbb x berjaya lps tu ada anak yg bunuh diri sbb x berjaya dlm exam stress sbb x lulus x dpt 4/5 A disebabkan isu ni la maka menteri dan kerajaan waktu itu mula mansuhkan upsr sedikit demi sedikit mula2 x boleh tayang result cemerlang nnti yang x berjaya merasa sedih semua ni berpunca dari ibubapa juga lepas tu x boleh nk streaming kelas nnti anak2 dibezakan plak cerdik pandai then keluar laa cara nk ngaja kelas yg bercampur.. lps tu keluar laa pentaksiran sekarang bila dh nmpk mcm mana isu bila exam x der parents jugak laa yg bising2 cikgu2 laagii laa stress sbb pelajar x der disiplin langsung Kehadiran ke sek teruk hmm...so apa cara penyelesaiannya 😊 dan pada masa itu sy merasakan menteri takut pada rakyat sbb kalau ggl keadaan waktu sebelum upsr dan pt3 di mansuhkan ramai ibubapa yang bersetuju...kerana exam mengganggu emosi anak2 mereka sbb semua nk kejar result cantik..

Jumaat, 11 Oktober 2024

ELAUN IPG RM430 SUDAH TIDAK RELEVAN

Nak sambung membebel fasal keperluan asas budak sekarang sangat mahal

Zaman kita dulu elaun maktab RM345 Pun hujung bulan selalu sakit. Lagi2 kalau elaun lambat..

Maklum aku ddk JB yg kos hidup sgt tinggi. Masa tu makan dah RM5 sepinggan kalau makan di warung..

Ddk asrama, tolak makan dgn asrama adalah baki tinggal RM130

Bila tinggal di luar, rasa kaya sikit. Boleh lagi kirim duit ke kampung RM50

Sekarang Tahun 2024, elaun bakal guru cuma RM430. Hanya beza RM105 berbanding 40 tahun lalu....Ini benar2 sudah tidak relevan...malah hujung2 zaman Najib dah ada ura2 nak jadikan hutang PTPTN je ...

Nasib baiklah dikekalkan elaun RM430 tu....emak bapak kenalah tampung separuh lagi

Aiya...mana cukup... Satu hari 2 kali makan sudah RM10 X 2 kali makan RM20 satu hari...tu belum campur ngopi dan Sarapan pagi..satu bulan 30 hari sudah RM600...Itu makan saja

Ini macam bakal guru pun Manyak kurus oooo

Budak2 U ada yg ikat perut dan jadi isu...makan Magie... Itu biasa ...

Hidup Ni keras...keluar2 pulak belum kerja PTPTN sudah warning itu ini...katanya ada jutaan hutang belum bayar...janji2 PMX nak ikut jejak Erdogan hanya retorik...pendidikan percuma entah ke mana...Yg dapat duit UTAR... SEBAB tak payah bayar cukai..bukan sikit2 RM87 JUTA...piirrrrraaaahhh Anwar Ibrahim!!!

Isnin, 26 November 2018

ICERD TIDAK AKAN DIRATIFIKASIKAN

PETITION UPDATE


Syabas Saudara Sekelian


Pendokong Perlembagaan


23 NOV 2018 — 


Saudaraku,

Saya ingin maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak akan meratifikasi ICERD. Lebih dari itu kerajaan akan mempertahankan perlembagaan dan menghormati kontrak sosial kita. 

Saya berasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT. Atas keberkatannya, doa kita dimakbulkan.

 

Dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi2 tahniah dan terima kasih kepada kerajaan PH dan Tun Mahathir. Tahniah tidak terhingga juga kepada pemimpin PPBM dan PAN yang telah tampil kehadapan menolak ICERD.

 

Tetapi yang paling utama yang saya hendak ucapkan tahniah adalah kepada saudara2 yang “stand and be counted”/ berdiri dan kehadapan. Kepada 208,000 yang kehadapan menandatangani petisyen membantah ICERD kerana bercanggah dengan perlembagaan. Yang datang ke demonstrasi luar biasa di seluruh negara baik di Kuala Lumpur, Kuantan, Alor Setar, penang dan pelbagai tempat. Dan yang tidak terhingga kepada mereka yang berhempas pulas menerangkan dan membawa naratif ICERD ini. Terima kasih tidak terkira kepada Patriots, MACSA, UMNO (terutama Pemudanya), PAS, PPMM, MLC, Sekretariat Daulat, MTEM, CLJ, Pembina dan ramai lagi yang telah membantu mempertahankan perlembagaan dan mengadakan demo. Termasuk juga penulisan dari Tun Abd Hamid ke saudara Yusfarizal ke Dr Yazid dan ramai lagi.  Sebenarnya banyak lagi organisasi yang menyokong dan saya minta maaf tidak dapat menamakan semua. Terima kasih tidak terhingga kepada semua.

 

Pada mulanya ia bermula dari beratus sahaja. Kemudiaannya kepada 20,000 ke 200,000 dan akhirnya menjadi satu gerakan akar umbi yang cukup besar di pelusuk negara. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada kita dari tidak memahami perlembagaan kepada melabel dengan kasar sebagai “rasis”. Tetapi akhirnya Alhamdulillah ramai memilih pendirian untuk mempertahankan perlembagaan kita. 

 

Kesemua ini berjaya dilakukan hanya atas satu sebab sahaja. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana semua samada dari pihak kerajaan, pembangkang dan “bebas/neutral” telah “stand and be counted”. Termasuk juga sokongan dari pernyataan Raja2 secara tidak langsung.

 

Saya percaya selepas ini mereka yang pro ICERD yang mengawal media akan terus bergerak menentang keputusan kerajaan ini. Jika ini berlaku kita akan stand and be counted lagi. Mereka tidak pernah berputus asa. Kita pun juga.

 

Wabillahitaufik Wal hidayah

Wassalamualaikum wbt,

 

Lukman S Alias

Pendokong Perlembagaan.

Jumaat, 18 Disember 2015

SYIAH BERBAJU SUNNI MEMFITNAH IBNU TAIMIYYAH

Dr Maza menulis dalam catatan Facebooknya,
Oleh kerana terdapat pihak yang cuba mengheret pihak keselamatan dengan memfitnah Ibn Taimiyyah dan terdapat rakyat yang diberikan gambaran salah tentang Ibn Taimiyyah, maka tulisan ini akan cuba menjawab sebahagian dari fitnah itu dalam beberapa siri.


SYIAH BERBAJU SUNNI VS IBN TAIMIYYAH (siri 1)

Tulisan ini merupakan penilaian ringkas berkaitan beberapa perkara yang disebut dalam sebuah buku bertajuk “Salafiyah Wahabiyah: Suatu Penilaian” karya Zamihan bin Mat Zin al-Ghari yang merupakan murid tokoh ‘Syiah berbaju Sunni’ iaitu Hasan Saqqaf. Buku setebal 155 muka surat itu diterbitkan oleh Pustaka Yamien Sdn Berhad. Antara fokus utama penulis buku ini ialah menyerang ketokohan seorang sarjana terkenal umat Islam iaitu Ibn Taimiyyah, atau Abu ‘Abbas Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin ‘Abd al-Salam bin Taimiyyah (661H-728H).
Pengaruh Syiah Berbaju Sunni
Penulis buku ini mengaku beliau adalah pengikut Hasan bin `Ali al-Saqqaf (السقاف) dari Jordan. Perkataan al-Saqqaf pada namanya bererti beliau berasal dari rumpun (clan) keluarga tersebut. Hasan al-Saqqaf yang menjadi guru penulis berkenan, beberapa aliran pemikirannya adalah pro-syiah. Tokoh-tokoh ulama Jordan menyenaraikannya dalam senarai Syiah.

Dia mengkafirkan para sahabah yang terlibat dalam peperangan dengan ‘Ali. Namun beliau cuba menonjolkan diri bahawa beliau seorang Ahl al-Sunnat dan bermazhab al-Imam al-Syafi`i. Dalam bukunya, Sahih Sifat Salat al-Nabi beliau menyebut: “Maka jelas bahawa hadith (kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan) “kitab Allah dan kaum keluargaku (Nabi s.a.w.)” itulah yang sahih lagi thabit di dalam Sahih Muslim, adapun lafaz (berpegang) dengan Kitab Allah dan sunnahku” adalah batil dari segi sanad dan tidak sahih. Maka hendaklah para khatib, penceramah dan imam meninggalkan lafaz ini..” (rujukan: Hasan al-Saqqaf, Sahih Sifat Salat al-Nabi, m.s. 294, Jordan : Dar al-Imam al-Nawawi (1993).

Dalam buku Salafiyyah Wahabiyyah, penulisnya (Zamihan) mencatitkan nasihat gurunya itu, dengan katanya: “Aku berpesan kepada engkau agar beriltizam dengan jalan ahli al-Haq dan Ahli Bait (kaum keluarga)”(m.s. ijazah am). Hasan al-Saqqaf juga memarahi Ibn Taimiyyah kerana menyatakan para ulama sepakat bahawa Saiyyidina Abu Bakar dan `Umar lebih afdal daripada Saiyyidina `Ali. Muridnya yang menulis buku ini turut membuat bantahan yang sama dalam buku tersebut (lihat m.s. 111).
Ibn Taimiyyah VS Syiah
Oleh kerana di dalam Ahl al-Sunnah, Ibn Taimiyyah adalah tokoh yang paling hebat mempertahankan aqidah aliran ini dan menyerang hujah-hujah Syi`ah, maka Ibn Taimiyyah sering diserang balas dalam penulisan-penulisan Syi`ah.

Tokoh pendakwah Islam yang terkenal di kurun ini, Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyyah sebagai tokoh pemikir dan dakwah yang terbilang, bertajuk “Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah berkata: “Sesungguhnya al-Imam Ibn Taimiyyah telah bangkit menjawab Syi`ah dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. Dia telah benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan Sunnah, aqidah Ahl al-Sunnah, al-Khulafa al-Rasyidin dan para sahabah yang mulia r.a.

Di samping itu dia mengkhususkan menjawab Syi`ah dalam sebuah kitab khas, dinamakan “Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah (ertinya: Jalan Sunnah Nabi dalam menolak pendapat Syi`ah dan Qadariyyah). (rujukan: Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, m.s. 213 Kuwait: Dar al-Qalam (t.t)
Guru penulis Hasan al-Saqqaf begitu marah kepada buku “Minhaj al-Sunnat al-Nabawiyyat fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyat karya Ibn Taimiyyah tersebut. Murid yang setia selalu mengikuti jejak langkah gurunya.
Memburukkan Ibn Taimiyyah
Di sini dibawa beberap contoh yang dilakukan oleh pengarang buku Salafiyyah Wahhabiyyah (Zamihan) yang merupakan murid syiah berbaju sunni tersebut dalam percubaan menggambarkan permusuhan para ulama atau sarjana muslim dengan Ibn Taimiyyyah;
1. Pada muka surat 70-76, beliau menyenaraikan pertentangan pendapat para imam-imam Ahl al-Sunnah dengan Ibn Taimiyyah. Lalu beliau memetik nas-nas para imam berkenaan yang bukan ditujukan kepada Ibn Taimiyyah. Antaranya, al-Imam al-Nawawi yang meninggal pada tahun 676 hijrah, sedangkan Ibn Taimiyyah lahir pada tahun 661 hijrah. Beliau tidak mengenali Ibn Taimiyyah.
2. Begitu al-Imam Ibn al-Jauzi yang meninggal pada tahun 598 hijrah.
3. Beliau juga meletakkan tajuk (m.s. 75) “Percanggahan pendapat Ibn Taimiyyah dengan Imam al-Hafiz al-Sayuti”. Sedangkan Ibn Taimiyyah telah meninggal 121 tahun sebelum kelahiran al-Sayuti pada tahun 849H dan meninggal pada 911H. Jika beliau sebut “percanggahan pendapat al-Sayuti dengan Ibn Taimiyyah”, maka itu lebih munasabah. Beliau juga memetik nas al-Sayuti yang tiada kena mengena dengan Ibn Taimiyyah.

Dengan cara ini pembaca akan menyangka al-Imam al-Sayuti dalam hayatnya tidak sukakan Ibn Taimiyyah. Sedang al-Sayuti memasukkan Ibn Taimiyyah dalam senarai huffaz hadith (para hafiz hadith), dalam kitabnya Tabaqat al-Huffaz, al-Sayuti yang bermazhab Syafi’i itu memperkenalkan Ibn Taimiyyah seperti berikut: “Ibn Taimiyyah, seorang syaikh, imam, al-`allamah (sangat alim) hafiz, seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini,..salah seorang tokoh terbilang..memberi perhatian dalam bidang hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadith (kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-tokoh yang tiada tandingan..”( rujukan: Al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, m.s. 516, Kaherah: Maktabah Wahbah (1402H).
4. Demikian juga (m.s 76) Zamihan, meletakkan tajuk “Pencanggahan Pendapat Ibn Taimiyyah dengan Imam al-Zarqani”. Beliau memetik ungkapan al-Zarqani yang tiada kena mengena dengan Ibn Taimiyyah daripada kitab Manahil al-`Irfan. Beliau cuba menggambarkan pertentangan yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Sebaliknya dalam buku itu sendiri penulisnya Muhammad `Abd a-`Azim al-Zarqani (meninggal 1367H), banyak memetik pendapat Ibn Taimiyyah dengan hormatnya. Pada semakan saya, sebanyak lima kali al-Zarqani memetik pendapat Ibn Taimiyyah dalam kitabnya tersebut. Dalam cetakan yang pada tangan saya pada jilid pertama muka surat 78 dan 90, pada jilid kedua pada muka surat 162, 192, 202 (rujukan: Al-Zarqani, Manahil al-`Irfan, 1/109, Beirut: Dar al-Fikr (1988). Bahkan muka surat 202 beliau menamakan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikh al-Islam, katanya: “Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Khilaf di dalam tafsir itu ada dua jenis….” .
......

Rabu, 5 Ogos 2015

KEBATILAN PASTI AKAN LENYAP


Beberapa waktu terakhir ini, kita dikejutkan dengan berita-berita buruk. Dengan pelaksanaan cukai GST yang menyembelih leher-leher kita, nilai ringgit yang menyusut dan integriti kepemimpinan yang sangat diragukan. Lebih aneh lagi konco-konco kejahatan ini cuba menegakkan benang basah. Paling panas isu derma Rm 2.6 billion....Aku tak nak menghuraikan isu ini. Sesiapapun yang otaknya masih waras,pasti akan ketawa terbahak-bahak dengan alasan terbaru ini. Lantaklah ngkorang......aku nak ketawa sampai pagi....Sedangkan ada beratus-ratus keluarga mangsa banjir di Kelantan yang masih berteduh di khemah dan terbiar tak dipedulikan......tiba-tiba senang-senang ada orang derma sebanyak itu kepada insan kamil seperti dia....hahahahahahahah......sejarah baru telah tercatat di negara kita. Kalau Firaun hidup lagi, dia pun akan geleng kepala tengok simamat itu.....

Ingat...ketika ini engkau berkuasa. Dua tahun lagi, sepuluh tahun lagi, engkau tidak akan memegang kuasa itu lagi. Engkau akan dikenang sebagai pemimpin paling teruk pernah memerintah tanah air ini. Kebatilan pasti akan lenyap.


Khamis, 22 Januari 2015

USTAZ AZIZ OTHMAN HIAS KELAS 5 ARIF IKUT TEMA JDT









Dah lama tak menulis entri. Macam-macam yang berlaku. Aku pilih tajuk ni, sebab ia menjadi viral di Selatan ni dalam minggu ini. Dan ia berlaku di sekolah aku,Sekolah Kebangsaan Seri Pasir. Ustaz Aziz seorang guru muda, pertama kali dilantik sebagai guru kelas. Dengan mengeluarkan sendiri duit poketnya sebanyak RM1000 kemudian beliau meminta teman-teman terdekatnya memberi pendapat, lalu tercetusnya idea kelas 5 Arif JDT.  

Entah bagaimana, ia menjadi viral di Facebook penyokong JDT, lalu menarik-narik wartawan Sinar Harian untuk membuat temu ramah dengan Ustaz Aziz......

Konsep ini adalah hasil pemikiran luar kotak. Konsep kejayaan JDT telah menjadi suntikan semangat untuk mengejar kejayaan.

Tahniah Ustaz Aziz.........Cikgu seorang guru kelas yang hebat.

Ahad, 21 Disember 2014

BAWA SENJATA KE STADIUM


sekadar gambar hiasan- BUKU LIMA
Kredit GeligaBunian


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua lelaki itu didapati membawa suar dan besi buku lima yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Beliau berkata kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Mereka juga ditahan kerana memakai selempang yang tertera ungkapan menghina pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata ungkapan berkenaan sangat mengaibkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyan 509 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


Janganlah sedih sangat dengan kekalahan Malaysia dalam Piala Suzuki 2014 MALAM TADI.Pasukan Harimau Malaya telah bermain DENGAN SANGAT cemerlang. Cuma Thailand bermain dengan lebih baik. Lagipun kita kan masih NAIB JUARA! 

Rabu, 17 Disember 2014

TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK TAHUN DEPAN

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan bayaran tambang bas sekolah akan naik mulai Januari tahun depan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Oktober lalu.
Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, jumlah kenaikan itu akan ditentukan sendiri oleh pengusaha bas sekolah bagi mengimbangi kenaikan kos yang semakin meningkat selain kadar tambang bas sekolah tersebut tidak pernah disemak sejak tahun 2009.
“Pihak PPPBSM tidak akan menetapkan kadar baharu kerana ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Buat masa ini, pengusaha bas sekolah akan mengikut garis panduan yang ditentukan oleh Lembaga Pe­lesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 memandang­kan SPAD tidak menetapkan harga siling tambang sekolah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber Kosmo

Isnin, 13 Oktober 2014

SAYA MASIH TRAUMA, YANG ROSAK TERUK ADALAH KERETA SAJA

Mangsa dihempap bumbung jejantas syukur

JOHOR BAHARU, 12 Okt - Seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin sebelum terjatuh merentangi jalan di Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, di sini, bersyukur kerana hanya cedera ringan dalam kejadian itu.

Pemandu Honda Jazz yang hanya mahu dikenali sebagai Tan itu berkata kejadian berkenaan berlaku dengan pantas ketika dia dalam perjalanan dari Desa Tebrau menghala ke Tampoi, di sini.

"Saya tidak ingat apa-apa kerana kejadian berlaku sekelip mata, tetapi, saya perasan ada sesuatu terkena kereta (bumbung) sebelum ia kemudian jatuh ke atas jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tan yang berusia 30-an berkata kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku dalam keadaan hujan lebat.

Akibat terkena bumbung jejantas yang tercabut itu bumbung keretanya di atas tempat duduk pemandu kemek.

Menceritakan lebih lanjut, dia yang sudah berkahwin berkata kejadian itu menyebabkan pintu keretanya gagal dibuka, namun, dia bertindak pantas memecahkan cermin pintu dan keluar menyelamatkan diri.

"Saya masih trauma dengan kejadian ini. Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk ataupun kehilangan nyawa. Yang rosak teruk adalah kereta sahaja," katanya yang cedera di bahu kiri dan kepala.

Selain Tan, kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan seorang pemandu lori berusia 50-an dan tiga wanita di dalam sebuah kereta Toyota Vios cedera.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati bumbung jejantas sepanjang kira-kira 40 meter itu jatuh merentangi kedua-dua belah laluan dan menghalang lalu lintas.

Pekerja Majlis Perbandaran Johor Baharu kelihatan bertungkus lumus bekerja memotong bumbung itu kepada beberapa bahagian untuk dialihkan supaya laluan itu boleh dilalui semula oleh kenderaan.

-- BERNAMA

Khamis, 9 Oktober 2014

BAJET 2015-TUAN PM, RAKYAT PERLUKAN RUMAH


JOHOR BAHARU, (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor berharap kerajaan pusat memberikan perhatian terhadap soal pemilikan rumah oleh rakyat dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif dalam perkara itu penting berikutan kos sara hidup tinggi sekarang ini menyebabkan rakyat rasa tertekan.

"Kita berharap kerajaan pusat dapat mencari penyelesaian untuk memudahkan rakyat memiliki rumah terutamanya rumah mampu milik dengan meningkatkan kemudahan untuk membuat pinjaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Deepavali Permas Jaya 2014 di sini malam tadi.

Di samping itu, beliau berharap kerajaan pusat menentukan supaya pendapatan boleh guna rakyat dapat bertambah sama ada melalui pengurangan cukai atau menambah lagi jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memandangkan kerajaan sudah mengurangkan subsidi minyak.

Sumber: BERNAMA

Jika kita melihat harga rumah yang ada di sekeliling kita sekarang ni....dah tak ada harga rumah di bawah RM 100K....Yang ada RM 250K ke atas....bagaimana orang muda nak beli,kalau sebulan perlu bayar RM 1500-RM 2000? Beredarnya whatsaapp, ada muslihat pemaju ingin meminggirkan orang Melayu ada benarnya. Jadi,kalau kerajaan membiarkan keadaan ini, alamatlah orang Melayu akan terus merempat di bumi sendiri. Kalau ada tanah warisan orang tua, Alhamdulillah jangan dijual pula.Yang tak ada, bagaimana?

UPDATE 10 OKT:

PM KATA....

"Prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah, kerajaan bersetuju agar had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000.


Sementara had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000" kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aku rasa ini bukan penyelesaian masalah tersebut. Projek untuk pembinaan rumah mampu milik harus diutamakan. Nampaknya kalian yang belum ada rumah  kenalah merancang sendiri untuk masa depan kalian. 

"Pada 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi iaitu di Putrajaya sebanyak 1,600 unit, Bukit Jalil (1,530); Papar, Sabah (1,290) dan Bukit Pinang, Kedah (960)," katanya.


 OK...yang bukan penjawat awam pula bagaimana...?

Isnin, 6 Oktober 2014

NINJA BOGEL MENGGANAS DI PUNCAK ALAM

GAMBAR:NIZARAZU.COM
KUALA SELANGOR – Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogel’.
‘Ninja bogel’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.
Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.
Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.
‘Ninja bogel’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.
Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogel’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).
Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogel’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan.

SUMBER KOSMO

Sabtu, 4 Oktober 2014

GAJIKU TIDAK SEBANYAK GAJI MENTERI

Seorang teman menasihati kami
Kalau ada anak yang belajar kat kolej ke, U ke, ..atau mana-mana dan sekarang ni dah balik kampung
Kita kenalah penuhkan peti ais, dan kabinet dapur kita dengan bahan-bahan makanan
Maklumlah masa dia orang kat kediaman mereka tu, 
Bab-bab makanan ini memanglah kesian...
Berjimat-cermat, duit PTPTN pun bukan banyak mana
Nak makan mewah-mewah pun duit banyak nak pakai
Nak mintak duit selalu pun simpati kepada kita barangkali
Gaji kita pun bukan besar sangat macam gaji menteri
Kadang-kadang makan nasi lemak aje, maklumlah kat KL sekali makan dah berapa...
Jadi masa mereka ada kat rumah ni...emak bapak janganlah lokek sangat
Masa inilah mereka nak makan yang berzat sikit...setelah puas makan mi segera dan biskut cecah air sejuk.....
So...emak bapak rajin-rajinlah masak yang enak-enak untuk anak-anak kalian.....

Isnin, 15 September 2014

KAU JELAH YANG JADI PEMIMPIN....KAN SENANG...

Sudah lama tak menulis entri, sebabnya loading Streamyx rumah aku ni sudah makin nazak. Maklumlah ambik pakej yang paling murah. Oleh sebab dah tak boleh menulis dengan lancar lagi, jadi aku rajinlah mengomen dalam akhbar-akhbar online. Antaranya isu panas soalan bocor. Isunya soalan bocor, tapi komen cerita lain, biasalah. Sehari kemudian, ai...komen aku kat Berita Harian ni ada yang like juga, dan paling tak boleh tahan, nak ketawa pun ada terutama reply komen paling bawah tu.....Farahlena MY tu...

Kalaulah aku jadi pemimpin, tentulah aku dah kurus kering kena sumpah seranah dengan rakyat. Zaman Tun M DULU TAK APALAH, BELUM ADA FB, TWITTWR, WHATSAPP DAN SEBAGAINYA NI...kalau pemimpin melayan sangat orang punya komen, tak berani dia nak keluar rumahh.. 

Ahad, 7 September 2014

AKU KELIRU DENGAN BERITA-BERITA TERBARU


Dunia ini penuh sandiwara. Selagi manusia bernama manusia, selagi itulah berlakunya sandiwara.
Sama ada di sini atau di negara-negara yang sedang berperang. Manusia berebut kuasa di mana-mana. Manusia memperjuangkan kumpulan, kaum, dan fahaman masing-masing. Curiga-mencurigai antara satu dengan lain....... Membaca komen-komen pembaca akhbar online lagi memualkan. Seolah mereka sudah kehilangan budi bahasa. CAKAP ASAL LEPAS,hingga hilang adab seorang Islam....Banyak-banyaklah baca surah Al Kahfi kerana fitnah teman-teman dajal semakin berleluasa. Nasihat-nasihat ulama sudah diperlekeh. Masing-masing sudah ikut tafsiran sendiri. Ikutlah Al- Quran dan Sunah,in sha Allah kita akan selamat.

Rabu, 27 Ogos 2014

NASIHAT UNTUK ANAK GADIS


Terima kasih SAHABAT MUKA BUKU, Sabrina Sabri kerana kongsikan status yang pada pendapat saya sangat-sangat menarik. Hari ini memang tidak ada berita menarik, asyik-asyik gaduh politik yang tak habis-habis...jadi status Sabrina dari Chaah Johor ini sangat elok kita fikirkan bersama.

Jumaat, 22 Ogos 2014

PENAWAR EBOLA DITEMUI?

Sejenis ubat eksperimental membantu sejumlah monyet untuk terus hidup selepas dijangkiti virus tropika Marburg yang menyerupai Ebola, kata beberapa penyelidik kelmarin.
Penemuan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Science Translational Medicine menunjukkan ubat berkenaan berpotensi untuk merawat pesakit Ebola.
Wabak demam berdarah itu kini melanda rantau Afrika Barat dan disifatkan sebagai yang terburuk setakat ini.
Sehingga kini tiada ubat atau vaksin yang boleh merawat penyakit Ebola.
Virus tersebut telah membunuh 1,350 orang menjangkiti 2,473 yang lain sejak Mac lalu di Sierra Leone, Nigeria, Guinea dan Liberia.
Marburg dan Ebola berasal daripada keluarga virus sama yang menyebabkan pendarahan dalaman, demam serta cirit birit.
Kedua-dua virus itu berjangkit melalui cecair badan seperti darah.
Kajian ubat tersebut dijalankan ke atas 16 ekor monyet yang dijangkiti virus Marburg.
"Beberapa ekor monyet yang dirawat menggunakan ubat tersebut terselamat," kata ketua kajian berkenaan, Profesor Thomas Geisbert daripada Universiti Texas di Amerika Syarikat.
Ubat tersebut dikeluarkan oleh firma ubat Kanada, Tekmira Pharmaceuticals.
LAPORAN KOSMO



Orang-orang Nigeria sering datang ke negara kita untuk menjadi pelajar kolej dan segelitir menjadi penjenayah siber dan dadah. Kita harap mereka tidak membawa virus ini ke sini. Tahap kesihatan mereka mesti disaring dengan ketat. 

Jumaat, 15 Ogos 2014

MEMINDAHKAN DUIT ORANG MASUK KE AKAUN SENDIRI


DUA BERITA YANG MEMERANJATKAN SEMALAM

Berita yang pertama itu, semua orang percaya hanya boleh dilakukan oleh orang dalam bank. Manakala berita kedua, mungkin satu sindikit dari luar sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.   

Mereka tidak perlu berwajah samseng, bertopeng dan bersabung nyawa untuk merompak. Hanya mengklik keyboard laptop lalu wang orang lain yang bukan miliknya masuk ke akaun sendiri, atau masuk ke akaun proksi? Kerana duit, manusia hilang sikap amanah dan integriti. Sehingga dia lupa bahawa satu masa dia akan menderita di bilik banduan. Patutlah ramai orang pernah kehilangan wang, kerana semua orang tidak memeriksa penyata akaun mereka. Kalau duit anda ratusan ribu, andai dipindahkan seribu dua kita boleh perasan ke. Kalau duit aku yang tak berapa banyak ni, dipindahkan seratus dua, sedarkah kita?

Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa memeriksa duit keluar masuk akaun kita. Segala resit hendaklah difotostat (kerana dakwat resit bank cepat pudar) dan ditampal di dalam buku khas. Terutamanya kepada yang banyak duit tu. 
Kedua, apabila berada di mesin ATM, kita perlulah peka terhadap kelainan dan kejanggalan mesin ATM tersebut. Tetapi soalnya, perasankah kita?

Nampaknya dunia ini semakin dipenuhi orang jahat!

Selasa, 12 Ogos 2014

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS

Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 1/2014 bertarikh 31 Mac 2014, antara lain ada menyebut perkara-perkara di bawah. Ini kerana banyak dikalangan guru masih keliru, maksud penambahbaikan yang dimaksudkan oleh kementerian. Perkara-perkara tersebut berbangkit setelah sistem yang ada sebelum ini mendapat kecaman yang sangat hebat di kalangan guru, ibu bapa dan pelajar sendiri, kerana ia sangat membebankan, sehingga ada rumahtangga guru yang berantakan kerana terlalu fokus kepada pengisian markah-markah dalam sistem PBS sebelum ini. Dan ada kesatuan guru yang telah cuba mengumpulkan ahli kesatuan mereka di Putrajaya bagi membantah sistem tersebut :

Alhamdulillah, akhirnya kementerian telah mendengar rintihan tersebut dan keluarlah pekeliling ini.

Antara kandungan Pekeliling Tersebut ialah:


  • 3.1: Pentaksiran yang dilaksana oleh guru sebagai sebahagian daripada proses  Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Ia melibatkan Pentaksiran sebagai Pembelajaran, Pentaksiran untuk Pembelajaran, Pentaksiran tentang Pembelajaran. Ia boleh dilaksana menerusi pemerhatian atau ujian berbentuk bulanan, penggal dan tahunan termasuk apa-apa bentuk pentaksiran yang menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, persembahan, demonstrasi, kajian lapangan atau kajian kes.
  • 4.2: Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) dan Rekod Transit. a) Guru Tidak perlu lagi menyediakan FPM, FS DAN merekodkan Rekod Transit. Penguasaan murid dalam pembelajaran boleh direkodkan secara TIDAK FORMAL yang boleh memberi maklumat berkaitan perkembamgan pembelajaran murid. b) Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut keperluan, kreativiti dan kesesuaian masa guru.
  • 4.3: Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). a) Guru tidak lagi perlu mengisi data secara ONLINE. Guru boleh merekod perkembangan pembelajaran murid secara OFLINE atau secara manual mengikut kesesuaian masa guru. b). Pelaporan perkembangan pembelajaran murid boleh dicetak untuk kegunaan guru dan makluman kepada ibu bapa. 
  • PT3 telah mula dilaksanakan mulai Julai lepas bagi menggantikan PMR, dan sistem baru ini lebih direstui oleh guru-guru sekolah menengah, kerana sistem PBS sebelum ini menyebabkan guru-guru dan pelajar dalam keadaan stress yang terlampau.

Jumaat, 18 Julai 2014

BARANG-BARANG PENUMPANG PESAWAT MALANG MH17

 Sedih dan pilu melihat buku-buku yang terselamat ini
 Dan sebahagian bagasi yang tidak berkecai seperti pemilik-pemiliknya
Lokasi berhampiran rumah kediaman penduduk

Pemberontak ini memang kejam

Pemberontak Pro-Rusia berkawal di tempat kejadian.
Peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia SA-17 Grizzly dipercayai digunakan dalam kebejatan ini



Seorang wanita berjalan berhampiran satu mayat yang ditutup dengan plastik.





 Mereka kehilangan orang tersayang



Semuanya sudah tersurat begini, Qada' dan Qadar yang ditetapkan Allah, semoga kita semua menjadi insan yang lebih kuat, kerana kita hanyalah insan yang kerdil....hanya mampu berdoa agar kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah, walau di mana-mana pun kita berada.