Khamis, 22 Januari 2015
USTAZ AZIZ OTHMAN HIAS KELAS 5 ARIF IKUT TEMA JDT
Dah lama tak menulis entri. Macam-macam yang berlaku. Aku pilih tajuk ni, sebab ia menjadi viral di Selatan ni dalam minggu ini. Dan ia berlaku di sekolah aku,Sekolah Kebangsaan Seri Pasir. Ustaz Aziz seorang guru muda, pertama kali dilantik sebagai guru kelas. Dengan mengeluarkan sendiri duit poketnya sebanyak RM1000 kemudian beliau meminta teman-teman terdekatnya memberi pendapat, lalu tercetusnya idea kelas 5 Arif JDT.
Entah bagaimana, ia menjadi viral di Facebook penyokong JDT, lalu menarik-narik wartawan Sinar Harian untuk membuat temu ramah dengan Ustaz Aziz......
Konsep ini adalah hasil pemikiran luar kotak. Konsep kejayaan JDT telah menjadi suntikan semangat untuk mengejar kejayaan.
Tahniah Ustaz Aziz.........Cikgu seorang guru kelas yang hebat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
oooo sekolah cikgu... dh tgok dh.
hebat, jrg ada org fikir luar kotak n. kreatif, boleh melahirkn anak2 murid berkreatif juga.. yg cntik tu slalunya terapi minda, semangat, n ceria..
Catat Ulasan