Ahad, 20 Februari 2022

AMOI, SAYA MAU MINTAK BUAH KELAPA MUDA

 Anak-anak lelaki aku selalu kata jiran aku ni amoi anak dua orang tu sombonglah, berlagaklah. 


Aku cakap, kita kena layan manusia sama saja. Ada nenas MD2 lebih aku hantar ke rumah dia, kadang-kadang aku bertanya khabar masa dia jaga kedai handphone kat pekan tu. Dia kerja di kedai anak murid aku... 



Apabila aku mintak buah kelapa muda semalam. Dia tanpa banyak soal, 


" ```Petiklah, petik ...```"


Sambil berkejar ke dapur dan keluar menghulurkan beberapa sacet vitamin C.  


" ```Ini vitamin kasi campur dengan air kelapa baru bagus```"


"Oooo..ok ok Kamsia..."



Begitulah, kita kena berbaik-baik dengan jiran kita tak kira bangsa.


Dulu rumah ni didiami oleh ayah ibu suami Amoi ni... Taukey Ah Hock dah serah rumah ini kepada anak lelakinya. Ah Hock sekeluarga jiran yang baik tak pernah kacau atau buat masalah dengan aku.

Selasa, 15 Februari 2022

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKKU DI PIHAK BESANKU DI KLANG SELANGOR


Aku telah membawa 53 orang saudara mara dan kaum kerabat bagi mengiringi pengantin, anakku Ili Nabilah dan Muhammad Syafiq ke Hotel Wyndham Klang pada hari Sabtu 12 Februari 2022 yang lalu. 


Jutaan terima kasih kepada mereka dan khasnya kepada pihak besanku yang meraikan kedatangan anak kami ke dalam keluarga mereka dengan majlis yang cukup meriah.

Ahad, 6 Februari 2022

BIODATA SAYA MAT SOM HERBS

Biodata peribadi:

Nama Mat Som :

Tarikh/ tempat lahir: Jan 1966/Kg Pt Baru, Seri Medan

Adik bradik : 8 orang, anak ke 4

Keluarga :

Seorang isteri dan 5 orang anak

Tempat tinggal

Taman Mutiara. Pt Sulong



Sejarah Pendidikan

1973-1978 - Bersekolah rendah di SK Tenaga Setia- 5 Tahun

1979- 1983 - Bersekolah menengah di SMK SERI MEDAN- 6 Tahun

1984- Bersekolah di Sekolah Menengah  Tinggi Batu Pahat- 6 Bulan

1985-1987 - Belajar di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru

Sejarah Perkhidmatan Sebagai seorang guru

1988 Ditempatkan di SMK Paloh, Kluang sehingga tahun 1994. 7 Tahun di sini.

Awal Tahun 1995 Berpindah ke SMK Convent Batu Pahat dan bertugas di sekolah tersebut sehingga tahun 1998. Empat Tahun.

1999-2003 Bertugas di SMK Penghulu Saad. Lima Tahun

2004-2021 Bertugas di sekolah SK SERI PASIR ini selama 18 tahun sehingga bersara.

Tempoh prkdmtan: 34 Tahun 1988-2022

Jawatan di sekolah: 

Boleh dikatakan biasanya di sekolah2 tersebut sebagai Guru Pengakap dan Setiausaha Panitia Bahasa Melayu. Di SK Seri Pasir masih Ketua Pengakap dan Ketua Panitia B Melayu.

Selain itu di SMK Paloh saya mengajar sesi petang Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 2.

Di SMK Convent Batu Pahat dan SMK Penghulu Saad saya mgajar kelas peperiksaan, calon PMR bagi matapelajaran BM dan Sejarah.

Dan di SK Seri Pasir Guru BM Tahun 6 bermula sejak datang ke sini pada tahun 2004.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang: 2003 dan 2015

Pengalaman manis/ menarik sepanjang perkhidmatan:

Mendapat ramai kawan daripada empat Buah sekolah, terutamanya semasa muda, kerana pada masa itu ramai guru lelaki. Tinggal bersama. Masak bersama dan aktiviti hujung minggu selain menangkap ikan di empangan Bekok biasanya kami naik kereta api ke Johor Bahru.