Memaparkan catatan dengan label KISAH MANUSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH MANUSIA. Papar semua catatan

Ahad, 27 April 2014

DAH HOT DENGAN PENGIKLAN NI

Menanti pendapatan daripada pengiklan tetap ni menghilangkan kesabaranku....jadi lebih baik aku MEMECATNYA kerana tiada konsep menang-menang antara aku dan dia. Tengah fikir nak letak iklan apa..


Rabu, 9 April 2014

BAGAIMANA DIA MENJADI HEBAT TANPA PELAJARAN?

Aku memang suka gunakan istilah aku engkau kerana untuk mengurang jurang dengan mereka, dan supaya mereka tidak malu-malu untuk berinteraksi dengan aku 



Pagi tadi ruangan personal mesejku, menerima berita yang mengejutkan.

Seorang bekas pelajarku dari sebuah sekolah menengah yang aku mengajar di situ ketika itu, menyapa aku secara tiba-tiba. 26 tahun sudah berlalu, dan aku masih ingat sangat dengan dia. Kerana dialah, dan pelajar kelasnyalah pelajar yang pertama aku ajar dalam kehidupanku sebagai seorang guru, sudah tentunya aku tak akan lupa. Tambahan pula dialah yang menceriakan kelas yang aku ajar itu. Jika dia tidak datang, kelas menjadi senyap dan sunyi. Apabila tiba bab berlakon, dialah yang angkat tangan dengan suka relanya. Dan seluruh kelas akan menjadi gamat, apabila dia membuat kelakar. Dia suka menyakat kawan-kawannya. 

Namun pada satu hari, dia membuat keputusan untuk berhenti sekolah. Aku tahu, dia tinggal di sebuah kampung yang disisihkan dari prasarana yang sewajarnya, pinggiran kota Jay Bey yang pesat membangun itu. Rumah-rumah di situ kulihat jauh tertinggal dengan taman-taman perumahan berhampiran yang nampak gah dan mewah. Ketika itu dia masih dalam tingkatan dua. Cikgu-cikgu perempuan memujuknya dengan sepenuh hati agar membatalkan hasrat itu, ada yang menangis-nangis, membayangkan betapa dia akan menjalani kehidupan sukar dalam hidupnya.Namun dia berkeras juga untuk meninggalkan alam persekolahan, ketika usia masih terlalu mentah.

Tetapi....26 tahun kemudian, dalam mesejnya kepada aku tadi, dan melihat gambar-gambar dalam Facebooknya, ternyata dia kini menjadi orang yang senang-lenang. Dia kini menjadi bos, dan ramai orang menjadi kakitangannya. Subhanallah!  

Dia bercerita, selepas berhenti sekolah ketika usia baru 14 tahun, dia terkontang-kanting, menjadi kacang hantu.Dia berpeleseran di kota besar itu. Dan pada usia 17 tahun dia kerja di sana-sini.

Akhirnya dia berhijrah ke utara. Dan dengan usaha gigihnya, kini dia menjadi seorang kontraktor. Dan paling mengejutkan aku, dia mempunyai tiga orang isteri dan beberapa orang anak. Alhamdulillah.

Dalam mesejnya juga, dia teringin menemui aku. Ah....siapalah aku, hanya sempat mengajar dia empat bulan ketika itu, dan mengapa ia begitu terkesan dengan aku? Baru aku ingat, akulah gurunya yang terakhir, sebelum dia membawa diri ke dunia bebas tanpa kerja-kerja sekolah yang memang meletihkan. 

Aku juga tidak sabar untuk menemui insan istimewa ini.

Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa ini, usahlah memandang sebelah mata kepada budak-budak yang kurang pandai, nakal, susah, kerana masa depan manusia bukan ditentukan oleh segulung kertas. Tetapi komitmen kepada kehidupan itu sendiri.Dan toko-toko, gudang, aneka premis di kota-kota besar itu dimiliki oleh orang yang tidak ada apa-apa sijil.    

Sabtu, 28 Disember 2013

ROSAKNYA SEBUAH PERSAHABATAN



Apabila kita bersahabat dengan seseorang, kita mestilah jujur dan ikhlas. Bersahabatlah semata-mata kerana Allah, bukan kerana hendakkan keuntungan daripadanya dan sebagainya.

Semasa sekolah rendah di SK Tenaga Setia dahulu, guruku Allahyarham Ustaz Maarof sangat suka bercerita, khasnya cerita nabi-nabi. Pada waktu itu kami sangat suka dengan cerita kisah nabi Yusof dan Nabi Musa. Allahyarham, sewaktu bercerita sangat menarik, sehingga terkesan sampai sekarang, walaupun telah 40 tahun telah berlalu.

Dan satu kisah tentang Nabi Isa pula sangat menarik hati aku ....

Kisahnya begini.....Pada suatu hari Nabi Isa sedang melakukan perjalanan jauh dengan seorang sahabatnya. Dalam perjalanan itu, mereka hanya berbekalkan tiga potong roti saja. Namun ketika hendak memakan bekalnya itu,pada waktu beristirahat di suatu tempat, Nabi Isa sungguh terperanjat karena hanya mendapati tinggal dua potong roti saja. Padahal sepanjang perjalanan itu, mereka hanya berdua sahaja.

“Tahukah kamu dimana roti yang sepotong lagi?” tanya nabi Isa kepada sahabatnya.

“Aku tidak tahu wahai Nabi,” jawab lelaki itu. Setelah masing-masing makan sepotong roti, kedua-duanyanya kembali meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi laut. Nabi Isa tiba-tiba membentangkan sajadahnya di atas laut lalu menggunakannya untuk berlayar menuju seberang lautan. “Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?” tanya Nabi Isa kepada temannya untuk kedua kalinya. Dan temannya itu pun menjawab tidak mengetahuinya.

Mereka berdua kemudian meneruskan perjalanan lagi. Namun di tengah jalan mereka melihat seekor rusa lalu menjadikannya sebagai santapan pengganti makanan.Sehabis makan, tulang-belulang itu pun segera bangkit dan berubah menjadi rusa.”Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?” tanya Nabi Isa AS untuk ketiga kalinya. Temannya pun menjawab untuk ketiga kalinya bahawa dia tidak mengetahuinya.

Lalu, Nabi Isa bersama temannya meneruskan perjalanan semula. Nabi Isa memungut tiga bongkah batu yang cukup besar. “Dengan izin Allah, jadilah emas,” seru Nabi Isa kepada batu itu. Tiba-tiba batu-batu itu pun segera berubah menjadi emas. Lalu membahagikan emas itu berdua dengan sahabatnya itu.

"Satu lagi emas ini untuk siapa?"

“Satu lagi untuk orang yang telah makan sepotong roti itu,” kata Nabi Isa.

“Akulah yang telah makan roti itu,” kata lelaki spontan tanpa sedikit pun merasa malu.

“Ambillah semua emas ini, aku tak mahu bersahabat dengan pendusta,” ucap Nabi Isa sambil meninggalkan temannya tersebut.Lalu dengan bangga dan tidak merasa bersalah sedikit pun, lelaki teman Nabi Isa itu duduk berhampiran ketul-ketulan emasnya, sebab tidak mampu membawa ketiga-tiganya sendirian. Dia juga tidak rela meninggalkan sebahagiannya.

Ketika sedang sibuk memikirkan cara membawa tiga bongkah emas itu, datanglah dua orang musafir yang melintas dan menghampirinya. Melihatkan emas itu, timbul keinginan di hati kedua musafir itu untuk merompaknya. Dengan berbagai cara yang telah difikirkannya akhirnya sahabat Nabi Isa itu membuat keputusan untuk membahagi emas itu dengan kedua perompak itu.

Masing-masing mempunyai idea bagaimana hendak membolot ketiga-tiga ketul emas itu. Lantas perompak itu menyuruh si pemilik emas untuk membeli makanan ke kota. Pemilik emas pun membeli makanan tapi mencampurinya dengan racun yang sungguh berbisa. Sekembalinya para perompak itu memukulnya sehingga mati. Setelah berhasil membunuh sasarannya, dengan perasaan gembira kedua lelaki itu kemudian makan dengan lahap makanan yang dibawa teman Nabi Isa tadi. Tidak beberapa lama,mereka pun mati keracunan.

Beberapa tahun kemudian Nabi Isa bersama kaumnya melewati tempat itu. Mereka melihat tiga bongkah emas itu emas dan tiga rangka manusia.

“Lihatlah bagaimana dunia memperlakukan mereka,”kata Nabi Isa AS kepada kaumnya. Nabi Isa kemudian berdiri di depan emas dan berkata,“Jadilah seperti asalmu.” Emas itu pun kembali menjadi batu seperti sediakala.

Antara rujukan; Jatim1 dan cerita lisan Allahyarham Ustaz Maarof Pt Pulai

(Alfatihah untuk guruku itu) 

Ahad, 27 Januari 2013

MONA FANDEY TELAH BERTAUBAT SEBELUM MATI


Kisah Mona Fandey disebut lagi dalam Metro Ahad hari ini. Siap dengan kronologi. Bermula ditangkap dengan suami dan pembantunya pada 13 Julai tahun 1993, sehinggalah hari mereka digantung serentak  sampai mati pada jam 5.59 pagi 2 November 2001.

Memang mereka antara pembunuh yang kejam dalam sejarah Negara. Namun kalian tahu atau tidak bagaimana Mona Fandey mengisi sisa-sisa kehidupannya di dalam penjara?

Dalam tempoh lapan tahun dalam tahanan dan penjara itu, Mona Fandey telah bertaubat. Sebelum digantung Mona Fandey telah mengucap dua kalimah syahadah dan dia mati digantung pada pagi Subuh Jumaat yang syahdu. Sebelum digantung Mona Fandey juga tenang, tidak meronta-ronta atau menjerit. Ramai pesalah yang pengsan sebelum digantung. Tetapi, Mona Fandey menghadapinya dengan penuh redha. Itulah jalan terakhir yang harus ditempuh, akibat kesilapannyaa sendiri, bukan menyalahkan orang lain. 

Ini adalah cerita yang aku dengar daripada seorang penceramah yang berceramah di mesjid tempat aku ini bulan lepas. Nama ustaz tu Ustaz Syeikh Faisol dari Darussyifa Melaka. Yang bercerita kepada Ustaz Faisol ialah rakannya juga seorang ustaz yang bertugas di penjara tempat Mona Fandey digantung. 

Ustaz bertanya khalayak, adakah ada jaminan yang kita akan mati dalam keadaan menyebut nama Allah? Adakah ada jaminan yang kita ini akan mati dalam keadaan baik? Sebab itulah kita harus berada di jalan yang lurus, selama 24 jam. 

Justeru, jauhilah daripada menceritakan kesalahan orang lain. Dalam diri kita ini masih banyak tompok-tompok dosa yang mesti dibersihkan.

Tentu kalian ingat akan dosa orang yang membunuh 100 jiwa, namun akhirnya dia juga mendapat keampunan Allah.

Oleh itu, ingatlah, kita harus sentiasa berada di jalan yang lurus, sebagaimana yang kita minta dalam surah Al Fatihah yang kita baca 17 kali sehari itu. 

Jumaat, 7 Disember 2012

SEBAB-SEBAB LELAKI SUKA SINGLE

Ramailah juga kawan aku yang takut kahwin, walaupun umur mereka dah sebaya dengan En Salleh Yaakob.....Kalau aku tanya, ada yang marah pula. Doa pendekat jodoh yang aku bagi pun mereka takut nak menghafalnya. Kata dia takut ramai sangat yang nak, nanti susah nak pilih. Macam-macamlah pulak kawan-kawan aku ni. Ada tu yang kerja kerajaan. Yang kerja kampung pun ada. Yang duit berkepuk-kepuk pun ada yang takut kahwin.

Apakah sebab-sebab mereka takut berkahwin?

1. Ingin bersenang-lenang
Hidup sentiasa suka sahaja. Masuk kelab ini, masuk kelab itu. Kelab motor besar, kelab malam...pendek kata happy 24 jam. Manalah ada masa nak fikir nak kahwin.
  
2. Kebebasan
Dia membayangkan kalau dah ada isteri nanti, hidup dia tak bebas lagi. Nak ke sana tak boleh. Nak ke sini membebel. Lagi-lagi kalau dah ada anak.....sibuklah nanti.

  Kalau nak isteri cantik macam ni kena duduk Pasir Mas enam bulan kurang-kurang

3. Belum Jumpa Wanita Ideal
Yang jenis ni pun ramai juga. Musim Sofea Jane nak cari jodoh macam Sofea Jane, musim Neelofa, sibuk nak cari isteri persis Neelofa. Musim hindustan sibuk nak cari macam Madhuri. Sampai bila pun tak jumpa. Patut-patutlah...asal sedap mata memandang sudahlah. Kalau cantik sangat macam Nora Danish, takut nanti cemburu 25 jam.

4. Takut Untuk Bertanggungjawab
Yang ni lagi susah....maklumlah, bujang kan happy selalu. Ada duit beli rokok, dan maggie cukuplah. Lepas makan boleh tidur, tak ada siapa nak kacau. Bangun Subuh pukul 11.00 pagi pun macam tak bersalah  aje.

5. Rasa Belum Matang
Umur dah 39 tahun, tapi rasa diri tu macam lagi 18 tahun.....Lagi-lagi kalau belum kena penyakit apa-apa. Orang pula asyik kata awet muda. Habislah.....kadang-kadang pujian itu membinasakan.

6. Duit Belum Cukup-cukup
Semakin kumpul duit, semakin naik pula hantaran. Dulu harga lembu RM 1700, sekarang dah mencecah RM 4000. Nak pinjam bank, tak ada slip gaji pulak dah. Adoi......macamana ni.....Aku rasa kita kena buat macam kat Iraq tu, kerajaan buat kahwin mega, tak payah hantaran-hantaran. Buat kat MITC ke, Dewan Wawasan ke, Stadium ke....macam perarakan kemerdekaan tu.

Itu jelah celoteh aku malam ni.....dah berhari-hari aku utarakan isu berat-berat. Isu HUDUD pun ada yang takut nak baca....hei jangan macam tu! Itu semua ajaran dalam Quran.....Jangan hina hukum Allah. Kalau tak nak hukum Allah duduklah kat planet yang korang cipta sendiri hahahahaha. Ta ta ta ti ti ti tu tu.....

Ahad, 2 Disember 2012

BULAN MADU DI ISTANA SADDAM

Sebahagian besar orang mungkin merasakan ia suatu yang mengerikan, tetapi Iraq menawarkan kepada orang-orang yang sedang berbulan madu untuk menghabiskan malam perkahwinannya di ranjang Saddam Hussein.

Ketika negara itu mula pulih daripada peperangan yang merosakkan industri pelancongan negara minyak itu, ruang bilik milik bekas diktator Iraq ditawarkan dengan harga 150 Pound semalam di istana presiden yang masih dalam tahap pengubahsuaian di bandar Hillah, sekitar 60 batu dari Baghdad.


"Kami berharap akan banyak orang yang berbulan madu di sini," kata pegawai pelancongan di bandar yang telah hancur kerana perang.


Dengan ruang gaya Rom, bilik mandi besar dan berlilin , istana itu mengujakan dan mengesankan kelebihan yang luar biasa, dan ada juga perkhidmatan kemewahan eksklusif ala diktator, yang telah digulingkan itu.



Terletak di tempat teratas di bukit buatan manusia yang menghidangkan pemandangan Euphrate, bangunan itu kelihatan sangat indah. Tab mandi pun telah dipindahkan yang diikuti oleh pencerobohan tentera sekutu pada tahun 2003. Hingga tahun 2005, tempat itu dipenuhi oleh pasukan AS, yang telah menulis pelbagai  kata-kata di permukaan batu yang ada di sana.


SAADAM HUSIN'S PALACE

Sekarang bangunan-bangunan yang dulu digunakan sebagai rumah bagi para tentera pengawal khas Saddam telah dikemaskini lagi dan menjadi ruang hotel mewah dengan televisyen skrin lebar dan katil dengan ukuran besar. Sekarang, bilik-bilik yang ada di istana itu akan diubah, dan perlu masa untuk mengubahsuainya.


"Saya telah berada di sini selama tiga tahun dan saya tak dapat memberitahu berapa jumlah bilik dan bilik mandi yang ada disini.;" Kata Abdul Satar Naji, pihak penjaga keselamatan istana itu.


Hussam Kadhim, 44, selaku pengurus, berharap bahawa jaraknya yang dekat dari Baghdad, dan juga bandar bersejarah Babylon, akan memikat para pelancong. Istana itu telah menarik seribu pelancong tempatan dalam sehari.


Mereka hanya membayar bayaran yang kecil untuk melihat-lihat bangunan itu dan berkelah di dataran dan kawasan istana. Ada satu daya tarikan tersendiri, iaitu kita boleh melihat wujudnya pokok kurma milik Saddam, yang dikelilingi oleh tembok konkrit, dan hanya Saddam yang boleh memakan buahnya ketika itu.

SAADAM HUSIN'S PALACE

"Saya tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari Saddam akan pergi dan orang-orang boleh datang ke sini," kata Kadhim. "Pada masa itu sesiapa yang ke sini, mereka akan dipenjarakan."

Bagaimanapun rakyat Iraq mempunyai perasaan yang berbeza-beza terhadap tawaran bulan madu tersebut, 


 Saddam Husin mempunyai banyak istana, sedangkan rakyatnya menderita

"Saya rasa ini bukan perkara yang mudah bagi pasangan pengantin baru untuk tidur di katil milik orang yang sudah mati," Kata Khalid Al-Lizan, orang Iraq yang sebelum ini pergi ke Syria untuk berbulan madu.

Ketika negara itu beransur-ansur membuka kembali sektor pelancongannya, orang-orang asing mungkin akan tertarik datang ke sini. Kumpulan pelancong dari barat yang pertama datang sejak sirnanya Saddam Hussein telah melawat tapak-tapak bersejarah seperti Babylon, rumah dongeng, dan Taman Bergantung.


"Kami berharap para pelancong akan menyampaikan mesej positif kepada rakan-rakan, semasa mereka pulang ke negaranya nanti mereka akan menjelaskan bahawa keadaan Iraq adalah menarik," kata Abdul Zahra Al-Telagani, seorang jurucakap kementerian pelancongan.


Beberapa barang milik Saddam disimpan di Muzium Nasional Baghdad, yang hanya sempat dibuka pada bulan Februari yang lampau kerana kes kecurian beberapa hari sejak pencerobohan AS. Namun, barang-barang tersebut belum dipamerkan.


Kerajaan Iraq masih berkeinginan untuk mengenang Saddam, ini dibuktikan ketika kerajaan berniat membuka sebuah muzium yang mempamerkan senjata-senjata, patung-patung, lukisan, perabot, dan artifak milik bekas pemimpin Iraq tersebut.


Kebanyakan warga Iraq hidup sederhana, khususnya selama 12 tahun terakhir setelah sekatan PBB. Dalam suatu tempat yang tertutup, tentera AS termasuk melihat tumpukan mata Wang Amerika, bernilai lebih dari 650 juta Dolar.



HARI-HARI TERAKHIR SEORANG DIKTATOR

"Satu daripada kami sedang mencari gergaji rantai di tempat itu, dan memindahkan sebuah konkrit, dan menarik keluar sebuah beg besi, dan di situ ada seperti ada wang Dollar baru. Dan dalam setiap beg ada empat juta Dolar. Dan dia mencari satu demi satu, lagi dan lagi., "Kapten Ballanco mengatakan.Pada keseluruhannya, para tentera itu telah menemui lebih dari 650 juta Dolar. 

Jumaat, 30 November 2012

DIA SUDAH SALAH PILIH ISTERI

Petang itu aku tidak tahu hendak ke mana. Nak ke kebun pun, cuaca akhir-akhir ini tidak menentu. Rakan-rakan mengeteh pun telah ghaib sejak cuti ini. Ada yang melawat MAHA, yang melancong ke pantai timur dan yang mengeram 24 jam di rumah pun ada. Yang beristeri dua apatah lagi, kelibatnya langsung tak nampak di pekan usang ini.


Kutelusuri kedai-kedai itu. Singgah di kedai surat khabar, dua tiga nashkah akhbar tabloid. Daripada cerita politik yang tidak pernah letih, cerita hantu, cerita rumah tangga yang porak-peranda, kisah artis semua aku baca. Maklumlah aku ni minat membaca.

Jalan punya jalan, aku sampai di kedai apek tua itu. Isterinya dulu yang jelita itu pun kini sudah kendur di sana-sini, tambah-tambah lagi gigi pun tinggal sebatang dua.

"Apek, kenapa kedai sudah kosong, banyak barang sudah tak ada?" Sebenarnya aku nak belikan sesuatu untuk hari jadi Iwan.

"Aiya...mau cerita sama awak pun susah....Ini semua anak saya punya fasal"
"Betut cikgu....itu anak kita sudah kahwin, dia sudah tak macam dulu, dia banyak dengar cakap bini dia....." Isterinya tiba-tiba mencelah. 

Rasanya perasaan terkilan, sudah tidak tertahan lagi dan petang itu diluahkan semuanya kepada aku. Dia tak tahu, aku ni seorang penulis blog picisan. Kalau dia tahu, diupah pun tentu dia tak nak cerita masalah kehidupannya itu. 

"Cikgu tau ka, itu bini dia tak pernah jaga kedai, tau-tau datang ambik duit dalam laci. Sekalang dia sudah pindah sana, itu bayar kedai RM 3000 satu bulan. Itu harga kedai lapan ratus ribu. Ini saya punya kedai sudah habis bayar, apa lagi dia mau? Saya pun sudah tua...Itulah...bodoh punya orang...." Apek nampak sudah mahu menangis...

 Sekadar Hiasan

"Betut...cikgu anak kita sudah salah pilih isteri...., awak tengok sini barang-barang habis dia angkat masuk kedai dia. Saya kena beli lagi yang baru.... " .....

"Sabarlah apek....nak buat macamana.....dulu lain, sikalang lain, macam-macam boleh jadi"

 Anak yang dulu ditatang, kini sudah lupa diri, lebih dengar cakap bini....adui...dui..... 

Jadi hati-hati dalam memilih anak menantu, kerana kadang-kadang dia anak antu!


Isnin, 5 November 2012

TRAGEDI WANITA BERWAJAH HODOH

Wajahnya terpampang di dada-dada laman web seluruh dunia pada minggu lepas. Apakah nasib buruk yang menimpa perempuan ini? Nama tidak disebut, tetapi berlaku di negara China.

Suami (bekas) telah mendakwanya di mahkamah kerana  tertipu dengan kecantikan palsu yang dimiliki perempuan ini. Ia terbongkar apabila anak yang dilahirkan pada pendapat lelaki itu adalah terlalu hodoh. Dia merasakan dirinya amat kacak seperti pelakon filem Korea, lalu dia munuduh isterinya mungkin seorang penipu besar.

Setelah siasatan dijalankan rupa-rupanya isterinya sebelum mengenalinya melakukan pembedahan plastik yang menelan kos $ 100 000.

Dalam perbicaraan mahkamah, hakim juga seorang lelaki telah memenangkan kes tersebut kepada bekas suami perempuan malang itu. Dia mesti membayar saman $ 120 000!!! Kesian...kesian...!

Oleh itu pengajarannya, berbahagialah dengan segala yang Allah beri kepada kita, kalau tidak akan jadi seperti ini. Cukuplah Michael Jackson saja yang menderita kerana wajah aneh itu. 

Khamis, 5 April 2012

BAYI IKAN DUYUNG

Gambar:Kredit terbako.com

Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng Wilayah Sikka telah melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung.

Bayi ini diberi nama Maria Oktaviani. Namun yang menyedihkan ia telah meninggal dunia selepas 8 jam dilahirkan.

Maria berkata, Maria Oktaviani tidak dapat diselamatkan kerana menghadapi masalah jangkitan dan kompilasi di bahagian paru-paru.

Usaha untuk menyelamatkan bayi istimewa ini tidak kesampaian kerana jarak antara rumah Maria dan hospital terlalu jauh, dan terpaksa menggunakan jalan darat dan sungai.

Maria menjelaskan, semasa mengandungkan Oktviani 3 bulan, Maria bermimpi didatangi seekor ikan duyung ketika mandi di laut. Dalam mimpi itu ikan duyung berkenaan meminta Maria mengikut perintahnya dan berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki. Bagaimanapun Maria mesti mematuhi beberapa syarat. Syarat pertama, anak itu harus dinamakan Puteri Duyung. Maria tidak mahu nama itu kerana akan merosakkan nama keturunannya.

Ah tak sanggup pula nak melanjutkan cerita ini, kerana ia penuh dengan tahyul. Lagi pun ia hanya mimpi. Tetapi bayi ini benar-benar ada dan telah kembali kepada Allah. Nak tahu bacalah Mingguan Warta Perdana Bilangan 1163 bertarikh 1 April 2012. 

Sabtu, 14 Januari 2012

MUZIUM RAMBUT DAPAT SAMBUTAN


Rambut Britney Spear, Justin Bieber ada tak di sini?


Aku kalau sampai sini, nak tidur sekejap, macam dingin ....
Seorang pengunjung wanita sedang berunding
Gambar-gambar dipetk daripada weburbanist.com dan streetanatomy.com

Muzium ini terletak di Avanos, Turki telah menyimpan 16 000 potongan rambut wanita yang pernah berkunjung ke situ.

Pengasasnya Chez Galip. Setiap rambut disertakan nama, umur, alamat, hajat dan tarikh rambut diserahkan.

Awalnya, tempat ini kilang tembikar, telah berusia 30 tahun. Ia dbina  daripada lumpur bermutu tinggi dari Sungai Merah. 

Muzium ini bermula apabila Galip ditinggalkan oleh rakan-rakannya, khasnya kekasihnya menyebabkan dia kesunyian.

Sebelum rakan-rakan dan kekasihnya meninggalkannya, Galip meminta potongan rambut mereka di sini. Sejak itu ramai wanita datang untuk meninggalkan rambut mereka kerana kononnya untuk beberapa hajat seperti nak cari jodoh, supaya rumah tangga bahagia dan sebagainya. Kira memang sangat mengarutlah. 

Tertanya-tanya juga, adakah mereka ini Islam? Kerana apa, bukankah rambut itu aurat dan usah ditunjukkan kepada orang lain?

Ada sesiapa yang ingin membuka muzium rambut di sini? Lebih baik anda membuka Muzium Jawa atau Muzium Banjar. Muzium Bugis sudah pun ada di Pontian.