Apakah sebab-sebab mereka takut berkahwin?
1. Ingin bersenang-lenang
Hidup sentiasa suka sahaja. Masuk kelab ini, masuk kelab itu. Kelab motor besar, kelab malam...pendek kata happy 24 jam. Manalah ada masa nak fikir nak kahwin.
2. Kebebasan
Dia membayangkan kalau dah ada isteri nanti, hidup dia tak bebas lagi. Nak ke sana tak boleh. Nak ke sini membebel. Lagi-lagi kalau dah ada anak.....sibuklah nanti.
Yang jenis ni pun ramai juga. Musim Sofea Jane nak cari jodoh macam Sofea Jane, musim Neelofa, sibuk nak cari isteri persis Neelofa. Musim hindustan sibuk nak cari macam Madhuri. Sampai bila pun tak jumpa. Patut-patutlah...asal sedap mata memandang sudahlah. Kalau cantik sangat macam Nora Danish, takut nanti cemburu 25 jam.
4. Takut Untuk Bertanggungjawab
Yang ni lagi susah....maklumlah, bujang kan happy selalu. Ada duit beli rokok, dan maggie cukuplah. Lepas makan boleh tidur, tak ada siapa nak kacau. Bangun Subuh pukul 11.00 pagi pun macam tak bersalah aje.
5. Rasa Belum Matang
Umur dah 39 tahun, tapi rasa diri tu macam lagi 18 tahun.....Lagi-lagi kalau belum kena penyakit apa-apa. Orang pula asyik kata awet muda. Habislah.....kadang-kadang pujian itu membinasakan.
6. Duit Belum Cukup-cukup
Semakin kumpul duit, semakin naik pula hantaran. Dulu harga lembu RM 1700, sekarang dah mencecah RM 4000. Nak pinjam bank, tak ada slip gaji pulak dah. Adoi......macamana ni.....Aku rasa kita kena buat macam kat Iraq tu, kerajaan buat kahwin mega, tak payah hantaran-hantaran. Buat kat MITC ke, Dewan Wawasan ke, Stadium ke....macam perarakan kemerdekaan tu.
Itu jelah celoteh aku malam ni.....dah berhari-hari aku utarakan isu berat-berat. Isu HUDUD pun ada yang takut nak baca....hei jangan macam tu! Itu semua ajaran dalam Quran.....Jangan hina hukum Allah. Kalau tak nak hukum Allah duduklah kat planet yang korang cipta sendiri hahahahaha. Ta ta ta ti ti ti tu tu.....
6 ulasan:
xder jodoh...
Tu faktor yang ke 7 Umialya
hahahaha..saya setuju sangat dengan faktor2 ni..hehehehe
Kalau alasan ini sampai bila tak kawin ler nampak nya...
BONI
Ada lagi kut alasan kukuh yang belum
dibongkar?
Mummy Akmar
Lagi2 kalau nak cari gadis semulus pelakon korea
Catat Ulasan