Saya baru membaca pendapat seorang penulis koresponden yang dimuatkan dalam satu laman web utama Indonesia.
Beliau menyatakan, hubungan serumpun ini pada masa yang lalu terlalu akrab sejak zaman-berzaman. Ia mulai retak pada zaman Tunku & Sukarno. Pada masa pemerintahan Tun Abd Razak dan Soeharto, hubungan kembali jernih, dan ia diteruskan oleh Tun Hussein On pula.
Pada masa pemerintahan Dr Mahathir hubungan kembali keruh kerana isu Pulau Sipadan dan Ligitan dan juga isu pembantu rumah yang tiada kesudahan dan juga masalah ratusan ribu pendatang Indonesia yang membebankan Malaysia. Masalah-masalah ini berlarutan ke era pemerintahan Tun Abdullah Badawi, dan sehingga ke era Datuk Seri Najib Perdana Menteri sekarang.
Jika kita lihat ulasan-ulasan rakyat Indonesia dalam alam siber, mereka menggelarkan Malaysia sebagai MALING SIAL (Pencuri Sial) . Ini berikutan isu dua pulau di perairan Sabah yang kini menjadi milik Malaysia.
Mereka juga berkecil hati, apabila kita memanggil mereka INDON. Panggilan itu pada pendapat mereka merupakan satu penghinaan.
Saya bagi contoh, di kawasan Batu Pahat ini, ada lagi panggilan yang lebih mendatangkan kemarahan mereka. Ada penduduk tempatan yang memanggil mereka 'JEBENG'. Satu contoh, seorang lelaki menolak untuk bekerja memetik kelapa sawit seorang penduduk kampung, gara-gara lelaki Indonesia itu mendengar penduduk kampung itu ada menyebut perkataan JEBENG dalam perbualan dengan rakannya yang lain.
Satu lagi contoh nama RAJAGOBAL diubah jadi RAJAGOMBAL (Raja Kain Buruk). Ejek-mengejek antara rakyat dua buah negara ini bagaikan kanak-kanak yang yang belum matang.
Hubungan dingin itu memang amat mendukacitakan, sehingga pemain bola sepak kita diangkut dengan kereta perisai sewaktu bertandang ke Stadium Bung Karno pada tahun lalu. Nasib baiklah kali ini mereka telah tewas lebih awal.
Untuk kalian yang ingin menyelami sejarah hubungan Malaysia-Indonesia itu, sila layari web ini
Iktibar yang mesti kita ambil, janganlah beri gelaran buruk kepada saudara seagama kita. Jika mereka nak mengejek kita biarkan, kita harus ada prinsip bahawa tidak ada yang lebih di sisi Allah, melainkan yang bertakwa.
Saya tertarik dengan penutup koresponden itu yang menyatakan:
"Karenanya,
jika hal-hal kecil tidak menjadi perhatian, boleh jadi kerasian
hubungan dua negeri serumpun ini akan terus makin jauh. Adalah suatu
yang kurang masuk akal, jika dua Negara yang punya ‘hubungan darah’
terlibat konflik hanya karena urusan bola, atau urusan-urusan lebih
kecil lainnya. Padahal, jika dua kekuatan serumpun ini bersatu, bukan
tidak mungkin akan menjadi kekuatan baru, sebuah kawasan Negara Melayu
berpenduduk Muslim yang kuat yang disegani di Asia dan dunia."
2 ulasan:
Entahlah cikgu... walau apapun saya rasa kita lebih rasional dan tak fanatik.
Arwah atuk saya (bapa Ab) dulu pun memang berasal dari tanah jawa sebelum berhijrah ke tanah melayu.
Haah, saya ni memang jawa totok. Hehe.
As salam Cikgu,
Jika kita ingin dihormati, hormati org lain terlebih dahulu... Tiada yg lebih & kurangnya kita sesama manusia hanya kerana sempadan & perselisihan sedikit masalah bahasa, dan beberapa isu... nama pun manusia ada yg baik & ada yg jahat! Sbnrnye kita ni sama sahaja...tak gitu cikgu :))
Saya diajar utk panggil mereka Indo instead of Indon :)
Catat Ulasan