Rabu, 5 Disember 2012
KEHADIRAN SYIAH DI MALAYSIA SATU BENCANA
Kangar: Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini.
Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu. Sumber Berita Harian hari ini.
Cukuplah kita terbahagi kepada beberapa parti, kini telah bertapak pula bencana baru kepada umat Islam di negara kita yang tercinta ini. Wahai orang-orang Syiah, sila jawab persoalan di bawah ini:
Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.
Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.
Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.
Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"
Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"
Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."
Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, ...""dari mana datangnya agama kamu ?"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
adeh.. syiah sangat2 bahaya.. dan mereka sangat2 putar belit... banyak juga saya tgk kat youtube.. cikgu try taip debat antara sunnah dan syiah..
Saya percaya bukan hanya kesesatan syiah yang ditakutkan, tetapi keganasan yang di luar batasan.
1.huhh!!hebat perlis!negeri kecik jee!!penduduk islam lebih kurang 200,000 je!!ada bermazhab syafie!ada wahabi dan terkini syiah!!
2.yang wahabi sibuk dok bidaah kan amalan shafie!yang syiah dok kata depa jee yang betui!!
3.lama-lama perlis akan jadi macam pakistan!!puak kapiaq dok gelak kerana sesama islam berbunuhan sesama sendiri kerana mazhab yang berlainan!!
4.kadang-kadang dok pikiaq jugak!!elokla yang galak dok masuk fahaman syiah pergi menetap kat iran!!yang berfahaman wahabi pi ke Arab saudi!!yang bermazhab syafie kekal kat malaysia sebab dibuku teks agama islam disekolah-sekolah dimalaysia dah tertulis semua bab mengikut mazhab syafie!!
5.tu tak kira ada umat islam yang hidup serumah dengan anjing !!yang pegang anjing macam pegang kucing!!yang siang-siang lagi kata dia bermazhab hambali!!
6.adoiii pening kepala!!ramai sangat ulama di malaysia ni!!masing-masing kata depa lebih alim dari yang lain bersandarkan sekeping sijil agama!!sedangkan kewarakkan dan kealiman seseorang bukan bersandarkan pada sekeping sijil tetapi pada ketaatan pada Allah!!
kak dah baca buku ttg syiah ni..
HATIlah harus di jaga.
Catat Ulasan