Isnin, 10 Disember 2012

PUNCA-PUNCA ISTERI CURANG

Dedahan Puan Yuhaniz ini satu pembongkaran yang sangat di luar dugaan!!!

Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Undang-undang Keluarga Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Yuhaniz Mohd Yusop bercakap tentang punca-punca isteri menjadi curang.

Sepanjang Januari sehingga September 2012 sebanyak 562 aduan (di Petaling saja) diterima melibatkan pelbagai jenis aduan masalah rumah tangga seperti lemah didikan agama; campur tangan pihak ketiga; masalah seksual; masalah akhlak dan komunikasi.
 

Memperincikan aduan melibatkan isteri curang, beliau berkata, kecurangan yang berlaku kebiasaannya berpunca daripada:

1. Kelemahan atau kecuaian pihak suami 
2. Juga rendahnya iman seorang Isteri.


 Imej Google: Isteri Curang

“Terdapat dua keadaan curang yang mana berlaku di pihak isteri, pertama ia dilakukan dengan sengaja kerana mempunyai niat membalas dendam atas kesalahan atau kecurangan yang terlebih dahulu dilakukan pihak suami. Keduanya, kecurangan secara tidak sengaja yang berlaku kerana kecuaian suami,” katanya.

"Kau Jangan Nak Bergurau Dengan Aku!" Hahahahaha!
Imej Google: Isteri Curang

Kecurangan yang berlaku tidak sengaja pula, selalunya terjadi melibatkan golongan isteri yang bekerja. Ini disebabkan si isteri yang sering terdedah dengan pergaulan di luar. Tanpa benteng keimanan yang kuat, kecurangan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi suami pula kuat bekerja sehingga terlupa hingga mengabaikan kehendak isteri,” katanya.

Yuhaniz berkata, keadaan sebegini yang perlu diperhalusi oleh para suami. Terdapat keadaan kecurangan yang berlaku kerana isteri berasa terabai. Dan terdapat juga keadaan yang berlaku adalah sememang isteri hanyut dengan perhatian yang diberikan oleh lelaki lain.

Terdapat juga aduan daripada isteri yang mana rasa kasih dan sayang kepada suami semakin pudar apabila suami meletakkan syarat atau undang-undang di dalam rumah tangga.

Contohnya, isteri tidak boleh mengadu atau bercakap dengan suami sehingga pada waktu yang ditetapkan oleh suami.


imej: hotreleod2u.blogspot

Ditambah lagi suami seorang yang panas baran dan tidak boleh dibawa berbincang. Di saat ini hati isteri akan mudah terpancing jika ada mana-mana lelaki di luar sana yang memberikan perhatian kepada beliau.

“Apabila wujud keadaan sebegini, isteri akan berasa terasing di dalam rumah sendiri dan jauh daripada suami. Sedangkan, golongan suami perlu ingat insan bernama isteri ialah manusia yang akan berasa suami adalah tempat paling dekat untuk mengadu atau berkongsi segala hal dalam kehidupannya.


Komunikasi isteri yang rosak:Imej Google

"Mungkin sesetengah hal kecil pada pandangan suami, tetapi sebaliknya buat isteri. Oleh kerana itu, komunikasi dan persefahaman sangat mustahak di dalam rumah tangga. Toleransi dan sikap sentiasa suka mendengar adalah antara cara terbaik untuk mengeratkan kasih sayang di dalam rumah tangga,” katanya.


Laporan Sinar Harian hari ini. Maaflah ya Sinar Harian.

 Pada pendapat aku ada lagi punca yang tidak disebutkan oleh Pn Yuhaniz ni. Mungkin suami lemah, tak bertenaga. Kata orang Jawa ngelentruk. Lagi satu ramai juga yang curang disebabkan suami mati pucuk. Dua-dua tu mempunyai makna yang berbeza. MATI dengan LEMAH kan lain maknanya. Pn Yuhaniz malu nak cakap tu. Satu lagi, rasa diri tu cantik sangat dan  menyesal kahwin cepat-cepat dengan suami yang kononnya tak hensem macam Aeron Aziz. Minat sangat dengan Aeron Aziz pun satu kecurangan juga! Takut suami yang ada dibayangkan sebagai Aeron. Dan terakhir, tentulah terjumpa kembali kekasih lama. Ini yang paling BAHAYA, kerana dia memiliki AYAT-AYAT CINTA, mengalahkan jejaka Lombok.....!

6 ulasan:

Umialya berkata...

Jika LELAKI pula yang curang, apakah alasannya? cer bagi pandangan sikit di sudut kaum lelaki......

Mat Som Sadona berkata...

http://webblog.myjodoh.net/2007/08/13/kenapa-suami-curang/

Antara petikan dlm blog itu penulis menasihatkan perempuan agar:

Jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.

Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?

Sekarang ramai isteri yg tidak TAAT dan TIDAK MENGHORMATI suami mereka.

Umialya berkata...

Tidak taat & tidak menghormati suami?, rasanya sebilangan kecil jer..

Jika suami pandai kendali r/tangga, membimbing isteri ke jalan yang diredhai, tunjuk contoh terbaik, rasanya istilah isteri tidak taat & hormati suami tiada di dalam kamus hidup seorang wanita bergelar ISTERI.

Apa2pun tepuk dada tanya selera..

Mat Som Sadona berkata...

Tip-tip Supaya Suami Tidak Selingkuh:

Kalau nak baca detail: Layari
http://www.ruanghati.com/2011/05/10/cara-agar-suami-tidak-berselingkuh-penting-diketahui-istri/

Intipatinya;

1. Melayani Suami Dengan Baik 2. Jadilah Pendengar yang baik 3. Selalu menjaga Penampilan anda.
4. Jadilah Ibu yang Siap memanjakannya. Suami juga memiliki sifat kekanak – kanakan dalam dirinya.
5. Memperbanyak Kegiatan Agama


Umialya berkata...

Terima kasih sebab berikan pandangan cikgu di sudut kaum adam, sebenarnya ia berkaitan ngan entri saya awal pagi tadi..

http://mimialya1.blogspot.com/2012/12/terkedu.html

Secara kebetulannya entri ini hampir punyai kesamaan..

Unknown berkata...

As salam wbt cikgu,

Panas betul topik arini! hehehe...

Tak berani nak komen byk! Tapi masa tinggal di Msia dulu, sy pernah dicop oleh kwn2 suami sebagai queen control! Suami tak boleh lepak dgn kwn2 lama2 diluar rumah malam2... kalau pergi juga saya mesti ikut & paksa balik cepat! Berdesing juga telinga bila ada yg perli2... whatever they want to say... hehehe... hubby saya juga pun tdk melenting... apatah lagi ibu mertua saya... sentiasa menyokong... alhamdullillah... kalau suami nak curang tak perlu jauh dr kita, depan mata pun boleh curang & tertangkap! Gerak hati isteri biasanya tepat! Bab isteri curang, moga saya tak tergolong dlm golongan ini...moga ini bukan dugaan kami..nauzubillah...