Sabtu, 29 Disember 2012

PASARAYA BARU DI PT SULONG



Pt Sulong- 29 Disember, sebuah pasaraya terbesar di Pt Sulong telah dibuka dengan rasminya hari ini. Nama pasaraya terpaksa aku rahsiakan, kerana aku belum dapat komisen daripada syarikat tersebut. Majlis gilang-gemilang dihadiri oleh ribuan pelanggan yang nak melihat apa yang murah di situ. Pasaraya ini terletak di Simpang Tiga, yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah aku.....tu yang best tu..... Tinjauan aku mendapati harga barangan bolehle dikatakan murah. Tak taulah sampai bila..... harap-harap harga itu berkekalan untuk beberapa bulan akan datang.

Yang aku tengok tadi harga spesis-spesis semua jenis susu pekat 11 sen lebih murah daripada kedai-kedai runcit. Pampers Pet Pet anak aku yang harga biasa RM 37.90, dijual RM 32.90 sahaja. (Size M 80 keping tu). Itu cuma beberapa contoh.

Yang penting, aku dapat jimatkan duit aku. Juga lepas ni aku tak perlu susah-susah dan pening cari lauk kalau tiba-tiba ada tetamu yang datang mengejut . Tersedia pelbagai ikan-ikan dan sayur-mayur dari jam 10.00 pagi-10.00 malam. Yang kesian peniaga-peniaga runcit daripada peniaga Cina dan Melayu di kawasan Pt Sulong ini...... Biarlah mereka bersaing turunkan harga, dan  tak taule siapa yang akan kecundang selepas ini?

Awal tahun 2012, sebuah pasaraya yang dah bertahun-tahun beroperasi telah menggulung tikar mengkuang di dataran Pt Sulong, dan sampai hari ini, muka taukeynya sudah tak nampak lagi......dengar khabarnya tengah berjalan-jalan di Bejing sambil cari idea nak membuka perniagaaan baru, jual ubat kuat hahahahaha...!  

Seorang kawan aku, bekas peniaga runcit berkata, dalam keadaan sekarang peniaga runcit hidup tersiksa, dan cuma rakan-rakan peniaga saja yang memahami kesulitan itu. Ini kerana keuntungan sesuatu barangan itu terlalu minimum, menyebabkan ramai yang tak dapat bertahan. Contohnya beras yang berat tu, kalau dulu boleh untung RM 2 satu kampit bagi 10 kg, tetapi sekarang cuma dapat 50 sen saja, dan kadang-kadang lebih rendah daripada itu.  

  

4 ulasan:

hnahdy berkata...

mula2 ja kot murah

Kayu Manis berkata...

eloklah ada pasaraya besar ni..mmg murah selalu..

tulah kedai runcit jual mahal sgt..kecik tapi mahal..pilihan atas kita kan..mestilah nak pg tempat murah memandangkan harga barang skrg sgtlah mahalnya rm 50 mcm rm5 je..

yg untung cina..diorg juga yg kaya..org melayu tak pandai berniaga..asyik2 dpt penyakit hati..org kita ni mampu jual nasi lemak,pisang goreng..buah potong2 itu ajelah..yg besar sikit malas layan pelangan asyik nak duduk dkt tong duit ajelah..buka kedai matahari dah nak tengelam..bosan..!!!

Mat Som Sadona berkata...

Entahlah ya..?

Mat Som Sadona berkata...

Kaya sikit beli kreta besar, rumah besar, isteri besar, cakap besar