Tidak ada kayu ukur untuk menjadi genius, tetapi jika anda boleh menjawab YA kepada beberapa soalan di bawah, mungkin anda mempunyai anak yang pintar:
- Adakah anak anda yang berusia empat tahun menggunakan perkataan-perkataan besar seperti 'biografi' atau 'bijaksana'?
- Adakah anak anda di tahun satu menghabiskan kerja di dalam kelas jauh lebih pantas berbanding murid-murid lain dan tertanya-tanya apa yang hendak dibuat selepas itu?
- Adakah anak anda mengajak orang dewasa berbual tentang topik tertentu seperti politik atau ekonomi?
- Adakah anak anda lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang beberapa tahun lebih tua daripadanya?
- Adakah anak anda sering membuat jenaka yang pintar?
- Adakah anak anda mahir dalam sesuatu perkara? Misalnya, bolehkah dia menyebut nama semua negara yang bermula dengan huruf A? Bolehkah dia bercerita tentang semua jenis dinosaur?
- Bolehkah anak anda ingat kandungan buku yang anda baca untuknya ketika dia berumur tiga atau empat tahun?
- Adakah anak anda yang bersekolah rendah mempunyai minat terhadap buku-buku sains, sejarah atau biografi berbanding buku bukan fiksyen lain?
- Adakah anak anda bertanya orang lain bila mereka diolahirkan dan memberitahu tarikh lahirnya sendiri?
- Adakah anak anda belajar membaca dengan mudah, tanpa arahan anda, ketika berusia tiga atau empat tahun?
Skor IQ
Mengikut skala Stanford-Binet, tahap iq individu boleh mencecah julat tertinggi 160 mata, manakala 62 mata untuk peringkat paling rendah:
- Profesor dan penyelidik 134
- Doktor dan pakar bedah 128
- Peguam 128
- Akauntan 128
- Jurutera 125
- Guru sekolah 123
- Pengarah Urusan 122
- Pentadbir Pendidikan 122
- Jurutrengkas 121
- Ahli Farmasi 120
- Jururawat 119
- Kerani Kanan 118
- Juruwang 116
- Jurujual 114
- Kerani 112
- Juruelektrik 109
- Polis 108
- Mekanik 106
- Operator mesin 105
- Pekedai 103
- Pekerja Gudang 98
- Pemandu 97
- Pekebun Kecil 96
- Tukang Kebun 95
- Pembungkus di kilang 85
Satu bonus yang hebat, jika kita mempunyai pemimpin yang genius, beriman dan bertakwa seperti Morsi dan Tayyip Erdogan?
Entri Ulangan Sebagai Pedoman
3 ulasan:
itu semua tanda2 anak kit genius ye?? wah.. saya setuju dengan cikgu. satu bonus jiga kita mempunyai pemimpin genius yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.. itulah pemimpin yang patut kita sanjungi
Anak saya cuma ada beberapa di atas. Terus tersenyum pepagi ni. Moga2 ada perkembangan dan peningkatan....Amin
Utk saya, satu pun tiada dalam senarai.. cuma dua biji mata gak la mccm awak..
Catat Ulasan