Sabtu, 8 Disember 2012

PUNCA-PUNCA BADAN BERBAU


Perompak pun tewas dengan bau yang meloyakan.....!

Makanan Yang Menyebabkan Badan Berbau ialah:
1. Bawang Merah

2. Kunyit
3. Daging Merah
4. Makanan Pedas

Penghilang Bau Badan
1. Tomato
2. Teh Hijau
3. Daun Sup
4. Jus Rumput (Di barat, ia sudah biasa, antaranya sejenis rumput yang mahal-alfalfa).

Kita tentu ketawa terbahak-bahak sewaktu Rajagobal menyatakan alasan, kekalahan Harimau Malaya hanya disebabkan bau ketiak bacin pemain-pemain Bangladesh. Mungkin ia ada benarnya, kerana orang-orang di sana, sama ada Bangla, Pakistan jual karpet, Nepal, mereka memang suka makan empat benda itu.


Baru-baru ini sewaktu sekolah saya membuat rombongan ke Mersing. Akak seorang yang turut serta dalam rombongan itu memberitahu saya.

"Aku tak nak naik bas tu lagi. Aku nak suruh anak aku datang ambik aku. Mati hidup semula pun aku tak nak naik bas tu lagi..."

"Soalnya, kenapa kak, akak kena raba ke?"

"Ish....! Tu ha, akak ni duduk depan. Bau ketiak driver tu macam bau musang!" 

Dan di sebuah restoran, seorang pelayannya mempunyai bau yang tidak menyenangkan, terutama ketika berpeluh. Puas ia ditegur oleh kawan-kawannya, namun dia buat tak tau aje. Memang yang empunya diri, tidak menyedari, BAHAWA baunya itu amat mencemarkan alam sekitar! 

Bagaimana pula dengan bau badan anda? Pasti harum bak pengantin baru!

2 ulasan:

Unknown berkata...

tapi hairan kita..bau mamak yg melampau pun masih dok lepak lagi kedai mamak lagi..khakha

Mat Som Sadona berkata...

Encik Cool

Mamak tu menderemnya (mantera) kuat