Memaparkan catatan dengan label PEDOMAN HIDUP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEDOMAN HIDUP. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2015

MAKSUD WAKTU SEPERTIGA MALAM TERAKHIR





Saranan Solat Tahajud adalah perintah terus daripada Allah kepada manusia, membuktikan betapa ia sangat dituntut. Usia kita yang semakin berlari ke penghujungnya ini, marilah isi dengan mengabdikan diri kita kepada Allah kerana kepadaNyalah kita semua akan kembali. InSha Allah kita dapat sama-sama tingkatkan kualiti ibadah kita......Amin


Hasil carian imej untuk al israa' 17: 79
 "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
Maksud Surah Al-Israa' ayat 79

Blog Suara Simpang Kiri


Terima kasih atas perkongsian rakan blogger di Google Plus.

Jumaat, 17 Oktober 2014

UBAT HATI YANG RESAH GELISAH



Antara intisari kuliah Subuh Ustaz Marwan pagi ini (di MASJID SIMPANG TIGA, PARIT SULONG JUMAAT 17 OKTOBER 2014)
Jika hati anda TIDAK TENANG, RESAH GELISAH, GUNDAH sedangkan anda tidak tahu apa puncanya,lakukanlah perkara-perkara berikut:
1. Hadirlah SELALU ke majlis-majlis ilmu agama, mendengar tazkirah dan peringatan, agar hati menjadi lembut, dan tenang.
2. Atau bacalah Al-Quran dengan khusyuk dan memahami maknanya....
3. Berdampinglah dengan alim ulama, jika mereka datang ke tempat anda, pergilah mendapatkannya, dengarlah nasihatnya, mintalah ia mendoakanmu
4. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat Allah yang diberi kepada anda, dan berzikirlah iaitu ingat Allah sentiasa

Jika HATI ANDA KERAS (iaitu memiliki sifat-sifat mazmumah, bongkak, ujub, dan sebagainya)...caranya ialah dengan selalu mengingati MATI. Bahawa kita semua akan MATI.....Tiada apa yang perlu dieksyenkan dalam kehidupan yang sementara ini.
Hari ini, dunia menjadi rosak,kerana PEMIMPIN-PEMIMPINnya memiliki sikap-sikap terkutuk seperti tamak, dan tidak mahu mendengar nasihat ulama.
Selain PENYAKIT JASMANI, Sebahagian besar manusia juga menghidap PENYAKIT ROHANI. WHO sebuah badan PBB sentiasa agresif mencari penawar untuk pelbagai penyakit seperti AIDS,EBOLA dan sebagainya. Hospital dan pusat kajian didirikan di seluruh sejagat ini. Tetapi tidak ada usaha untuk mengubati PENYAKIT ROHANI yang kian parah ini.

Selasa, 19 Ogos 2014

CARA-CARA MENGELAKKAN MAKSIAT



Maaflah sahabatku, sejak awal raya tempoh hari, aku rasakan kehidupanku semakin sibuk. Ditambah dengan masalah line internet di rumahku ini agak mengecewakan, menjadikan aku tak dapat mengomen di blog sahabat sekalian. Nak tulis entri panjang-panjang pun dah tak sempat atau barangkali mindaku semakin tepu?....Almaklumlah anak-anakku semakin membesar, dan ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Syawal yang mulia ini tercemar dengan berita kenaikan harga kos lesen memandu. Khabarnya naik menggila. Siapalah yang RAKUS SANGAT NAK KEBAS DUIT RAKYAT NI? Cuba kau jawab! Bukan senang nak kumpulkan duit begitu banyak, hanya untuk ujian memandu motosikal dan kereta? Nampaknya, ramailah nanti akan memandu tanpa lesen! 

Lainlan kalau aku lahir di dulang emas, tentu kenaikan ini tidak memberi sedikit pun tempias kepadaku. Aku hanya tinggal cedok duit dalam tempayan yang tersimpan di dapur mewahku. 

Ahad, 12 Januari 2014

HAK-HAK SEORANG JIRAN

Hak-hak jiran yang harus kita ketahui:(disesuaikan drp Kitab ihya' Ulumuddin oleh
Imam Alghazali) utk diriku dan untuk sahabatku: 

1. Dahulukanlah salam setiap kali bertemu dengannya
2. Usah terlalu banyak menanyakan hal ehwal kehidupannya sehari-hari.
3. Tengoklah jika dia atau ahli keluarga itu ada yang sakit.
4. Ikutlah berdukacita, jika dia ditimpa musibah, dan berilah pertolongan, sekalipun 
tanpa dimintanya.
5. Ucapkanlah tahniah dan ikut bergembira jika dia dilimpahi kurnia oleh Allah SWT.
6. Maafkanlah segala kesalahannya, apa lagi yang tidak disengajakannya.
7. Jangan meneliti cela dan keburukannya, baik dgn apa jalan sekalipun.
8. Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya.
9, Usahlah mempersempit jalan ke rumahnya.
10.Jangan memerhati apa sahaja yang dibawa ke rumahnya.
11.Tutupilah segala rahsianya, agar tidak diberitahu kepada sesiapa pun.
12.Berilah semangat ketika dia dilanda kegagalan.
13.Lihat dan periksalah rumahnya, semasa dia pergi jauh agar tidak dicerobohi orang.
14.Jangan mendengar ucapan orang lain tentang dirinya, yang berupa umpatan dan
berita-berita yang tidak menyenangkan.
15.Tunduklah kamu ketika melihat isterinya.
16.Jangan selalu memandang pembantu rumahnya, dan anak perempuannya.
17.Bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya, baik dgn percakapan dan kelakuan.
18.Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui oleh jirannya itu dalam dalam urusan
dunia mahupun akhirat.
Sekian.

Sabtu, 25 Mei 2013

CARA RINGKAS MENGELAK GANGGUAN JIN, SAKA ATAU SIHIR



Dulu Panglima Salleh menggunakan Ayat Empat, antaranya  termasuklah ayat ini sebagai amalan para pengikutnya bagi menghadapi serangan kejam komunis di seluruh Batu Pahat. Alhamdulillah, dengan kekuatan mental mereka, komunis yang bersenjata canggih, tunduk takut dan memohon perdamaian di mana Datuk On menjadi orang tengahnya ketika itu. Seandainya komunis dapat ditundukkan, apatah lagi jin, saka dan sihir.......yakinlah bahawa mereka hanya ciptaan Allah yang lemah....

Doa ini ialah doa nabi Yunus, semasa ditelan ikan Nun. Nurse dan doktor di wad bersalin pun hafal doa ini. Doa supaya wanita mudah untuk bersalin, dengan izin Allah.

Pendek kata, sesiapa yang menghadapi pelbagai kesulitan hidup, amalkanlah doa ini, In Sha Allah, Allah akan menemukan jalan keluar daripada masalah yang kita hadapi.

Rabu, 1 Mei 2013

RANCANG KEWANGAN KALIAN


Selamat menyambut Hari Pekerja, tak kira kalian sebagai suri rumah, kerja kerajaan, kerja swasta, berniaga dan sebagainya, semuanya BEKERJA. Yang tak bekerja cuma banduan di penjara, yang makannya ditanggung oleh rakyat Malaysia dan yang tidur bangun tak buat apa-apa.

Penat malam tadi mengisi E-Filling, ingatkan akan berakhir jam 12.00 malam 30 April. Rupa-rupanya apabila sembang dengan kaum guru di fan Kami Guru Malaysia, ia dilanjutkan ke 15 Mei. Itulah sibuk kempen aje, sampai tak tahu tarikh akhir LHDN.  

Selasa, 19 Mac 2013

INGATAN KEPADA PARA ISTERI

Gambar pinjam dan kredit untuk : melayublues.blogspot.com

Kejadian menjadi janda secara tiba-tiba, bukan sahaja berlaku dalam insiden Lahad Datu.

Setiap hari ramai yang menjadi janda. Sama ada kerana suami eksiden, sakit kronik, mati mengejut kerana strok, jantung, dibunuh, kemalangan ditempat kerja dan pelbagai lagi.

Ada pula menjadi janda kerana dicerai suami, sama ada bersebab, atau tidak ada sebab. Suami tiba-tiba ghaib ikut perempuan lain, atau sudah bosan hidup bersama, dan macam-macam lagilah.

Yang saya hendak cerita ini ingatan untuk isteri-isteri......!


Janganlah rasa selesa, sehingga segala urusan keluarga diserahkan kepada suami, kelak sidia tiba-tiba menghadap Illahi, anda bagai dunia kehilangan mentari


Ingat, jika ada waktu puan-puan mesti belajar menguruskan hal-ha di bawah:

  • Sesekali puan menggantikan tempat suami untuk membeli segala barang runcit, beras, gula, gas, dan segala barang dapur.
  • Sesekali puan pergi membetulkan sendiri kereta di bengkel kereta. Juga kenalah belajar uruskan minyak hitam, air kereta, minyak brek, tayar dsb.
  • Sesekali puan pergilah menguruskan insuran dan road tax kereta sendiri.
  • Sesekali puan pergilah uruskan pembayaran bil elektrik, air, internet, Astro, indah water.
  • Sesekali puan membetulkan sendiri lampu yang rosak, kepala paip yang bocor, dinding yang retak, areal TV yang senget.
  • Sesekali puan kenalah tahu siapa pakar wyring, pakar paip, pakar perabot, pakar betulkan rumah.
  • Kalau tidak ada lesen memandu, cepat-cepatlah belajar, pandulah di jalan-jalan yang mencabar sedikit untuk menghilangkan ketakutan, dan menanamkan keyakinan.  
  • Luaskan pergaulan, supaya tahu banyak perkara, susah sangat layari sahaja internet tentang hal-hal tersebut.
  • Puan juga kena tahu menguruskan persekolahan anak, duit anak, kenderaan menghantar, pendaftaran anak dan...
  • Dan banyak lagi.....



    Saya cadangkan ini bukan apa, jika tiba-tiba puan jadi janda, (MINTAK JAUHLAH YA)...Puan-puan tidaklah menjadi insan yang paling malang di dunia ini.
  • Saya ada seorang kawan, masa ada suami dulu, suaminya melarang dia memandu kereta. Entah bagaimana suami yang disayangi pergi menghadap Allah......
  • Sekarang, bukan sahaja jalan-jalan di Batu Pahat ini dia mahir, tetapi dia sudah berani memandu sampai ke Kuala Trengganu semata-mata hendak menghantar anaknya belajar.   
  • Kita semua milik Allah, bila-bila masa sahaja, apa-apa saja boleh terjadi. Tepuk dada tanya kalbu, bagaimana andanya aku, ditakdirkan menjadi seorang balu?      
      

Rabu, 27 Februari 2013

Ahad, 24 Februari 2013

INTISARI CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS 23 FEBRUARI



Kredit kepada saudara Akhi Akmal.


Kuliyah Ustaz Azhar Idrus di Masjid lama Gopeng, Perak malam SEMALAM..23/2/2013

1- Manusia berasal dari air mani kecuali Nabi Adam,
Nabi Isa, dan Siti Hawa. air mani ni benda yang di benci
bila ditengok. tapi apa yang orang benci itu lah diri kita sebenarnya.. Jd, tidak perlu kita berasa sombong, bongkak dan angkuh (samada dengan Allah atau dengan makluk).

2- Kalau kita tidak tahu perkara sebenar, jangan kita kondem (bantah @ kutuk dsb).. belajar dulu baru kita tahu..tanya dulu Ulama2, jangan terus kata tidak boleh..

3- Sebab kita malas mari belajar ilmu agama, malas pergi surau masjid sebab tidak dapat duit..

4- Orang tidak marah pun mu hendak tengok tv 24 jam, tapi biar pada waktu nya.. ni tidak, time (masa) maghrib hingga isyak time itu lah dia duduk tengok tv.. orang lain duduk pergi surau blajar ilmu agama, kita belajar dengan tv..

5- Cari duit tidak salah..carilah sampai 3 billion sekali pun.. tapi ilmu akhirat jangan tinggal.. nanti kita jahil, bila kita jahil sembahyang kita tidak betul.. bila sembahyang tidak betul, semua ibadat jadi rosak, sia-sia..

6- Agama Islam tidak larang pun mu hendak jadi kaya, masalahnya cari duit sahaja, akhirat tidak cari. yang ini lah orang yang kena tipu oleh dunia..

7- “Jika telah diletakkan jenazah untuk diusung di leher mereka, jika Jenazah orang soleh maka ia (ruh nya) berkata : percepatlah..!, jika bukan orang baik maka ia berkata : wahai celakalah tubuh, ke mana mereka akan membawa tubuh ini..!, suara itu di dengar oleh segala sesuatu kecuali manusia, jika manusia mendengarnya ia akan roboh pengsan/wafat” (Shahih Bukhari).

8- Jadi modal yang paling berharga sekali yang kita ada ialah NYAWA YANG DIKANDUNG BADAN SEKARANG.. Jadi balas lah jasa Allah dengan tolong agama Allah.. Jangan tunggu hendak mati baru hendak tolong agama Allah, baru hendak kenal Allah..

9- Dunia ialah apa yang kita ada skrg..cari dunia tidak salah, yang salah pegang dunia dalam hati sampai lupa akhirat.

10- Macam sudah Allah bagi kepada kita, degree, kahwin, dapat anak, dapat rumah, dapat kereta.. Itu nikmat Allah bagi kepada kita supaya kita tidak lupa pada Dia.. tapi ramai manusia bila makin banyak dapat nikmat Allah, makin lupa ia pada Allah. (Nauzubillah).

11-Tidak ada sesiapa pun yang boleh tolong kita dalam kubur.. biar dia menteri 7 benua sekali pun, bila amal soleh tidak ada, tidak siapa boleh tolong.

12- Raja mana sekali pun tidak dapat jawab soalan dalam kubur, turut kena pukul oleh malaikat.. biar kita gagal SPM di dunia, jangan kita gagal Soalan Padang Masyar (SPM) dalam akhirat nanti.

13- Kita ni milik Allah, pada Dia jua kita kembali.. oksigen ni milik Allah, bukan milik TLDM, bukan milik Menteri Pertanian, tapi milik Allah, jadi
wajib kita tunduk pada Allah..jangan sombong..

14- Islam tidak suruh pun jadi ustaz, jadi ulamak, belajar agama sampai tidak balik rumah.. belajar sekejap sahaja antara Maghrib dengan Isyak sahaja.. betulkan bacaan Al Fatihah,salah Fatihah tidak sah solat.. tapi sekejap pun, manusia tidak mahu mari jugak.. betapa sombongnya
manusia..

15- Kalau seruan pejabat, sanggup pergi awal, hujan sekalipun rela pergi..sebab takut punch card lambat.. kekgi (nanti) bos marah.. bila seruan masjid, tunggu pencen baru nak mari..

16- Air mani tidak ada dah, baru nak mari belajar.. haid habis dah, baru nak mari dengar..

17- Tadika 2 tahun, sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun..13 tahun sudah cari dunia, tapi akhirat setahun pun tak sampai..

18- Time mati baru cari tok imam kat masjid, mengapa tidak cari kontarkator projek aja.. Mengapa tidak panggil reffree nya mari sembahyang mayat..time hidup tidak kenal surau, pergi main bola sokmo..bila mati, cari set
masjid..

19- Hidup kita ni jangan jadi seperti channel TV..mula2 diawal pagi, dengan bacaan Al-Quran, tapi pertengahan ada joget, nyanyi, cerita seksi.. Selepas itu tengah malam ada bacaan Al-Quran..kita pun macam itu juga lah...
baru dilahirkan, orang azan.. Tapi pertengahan hidup lawan Allah, lawan Ulama, kutuk Ustaz. bila mati, suruh orang baca talkin...

wallahualam..

  Di khabarkan hampir 20 ribu yang hadir ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) malam tadi.

Kebanyankkan duduk bersila di atas tanah sahaja. Allahuakbar manisnya iman.

Share lah banyak2 gambar yang tidak boleh masuk surat khabar ini ya.

Ahad, 30 Disember 2012

9 CARA MENJADI ISTERI YANG DISAYANGI


  1. Tidak Beremosional- Seorang isteri yang bijaksana ialah yang cool. Walaupun kena marah pun steady. Bagaikan isteri Firaun, Asiah, siapalah yang tak kenal Firaun kat dunia ini? Namanya sentiasa disebut sepanjang zaman kerana kesombongan dek kerana kekuasaan yang tiada taranya di atas dunia ketika itu. Sampai sekarang pun Piramid pun dikagumi orang. Jika Asiah boleh bersabar dengan manusia Firaun itu, kenapa isteri-isteri sekarang ini sanggup mengeluarkan kata-kata yang penuh beremosional, padahal suami tak sampai suku Firaun pun? Suami belum habis cakap, isteri sudah mengeluarkan peluru mesingun. Drama-drama Melayu yang steorotaip dengan cerita-cerita suami bagai kerbau dicucuk hidung lebih memarahkan lagi keadaan. Telah ada isteri-isteri menarik telinga suami, bercekak pinggang dan sebagainya kerana pengaruh-pengaruh liar itu. Masya Allah!
  2. Jujur dalam Berkata-kata dan Bertindak- Jangan membohongi suami dalam apa-apa perkara apa sekalipun. Kerana wajah yang berbohong akan nampak jua akhirnya. 
  3. Bertanggungjawab- Bertanggungjawab terhadap suami, dan anak-anak. Isteri yang tidak bertanggungjawab ialah isteri yang lupa apakah peranannya sebagai isteri. Jika telah lupa, taip saja apa tanggungjawab isteri. Taip kat Google. Kursus perkahwinan selama dua hari yang dijalankan sekarang tidak mencukupi sebagai bekalan untuk berumah tangga. Sepatutnya kursus ini dilanjutkan sehingga tiga bulan sekurang-kurang macam PLKN. Kes perceraian sekarang mencatatkan setiap 15 minit berlaku satu kes perceraian. Bayangkan!
  4. Berjimat dan Bijak dalam mengatur Kewangan- Berlaku suami bagi duit RM 100 sehari, suami pun tanya, beli apa? Nampak barang yang dibeli tak sampai RM 30, kata duit dah habis. Esok minta lagi, nak bayar itu, nak bayar ini. Lama-lama suami mula syak. Maklumlah suami sibuk, jadi pemandu lori. Pagi kat JB petang kat Penang. Balik rumah sekejap-sekejap kerana nak mencari duit. Anak ramai yang bersekolah. Apabila disiasat rupa-rupanya isteri beli barang-barang yang tidak diperlukan tanpa bertanya suami. 
  5. Tidak Berdendam- Elakkan berdendam dengan suami. Apatah lagi mengungkit kisah-kisah lama. Dendam yang bahaya ialah, suami ada kekasih, dia pun kerana berdendam angkut mana-mana jantan, saja tunjuk-tunjuk supaya suami mengamuk. Iblis memanglah sangat suka kalau dah peringkat begini. Nasib baik sebahagian suami masih waras, kalau tak mungkin dah kena cerai talak 30.
  6. Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak- Isteri yang bijak ialah isteri yang berfikir panjang, baik dan buruk yang akan menyusul apabila sesuatu tindakan yang akan dibuat itu. Misalnya, suami tak benarkan isteri pergi rombongan ke Langkawi ikut kawan-kawannya. Isteri kena fikir, apa akan berlaku kalau dia pergi juga? Takkan nak ikut hasutan syaitan...ah, aku pegi ajelah...suami aku bukan kasi aku duit, ni duit aku jual pinggan-mangkuk!
  7. Jangan Selalu Meminta- Dah tau suami gaji tak sampai RM 1500, isteri mintak gelang emas, sofa mahal-mahal, Preve, itu, ini....
  8. Merendah Diri- Jadilah isteri yang merendah diri, bukan membesarkan diri tak sudah-sudah. Bangga dengan keluarganya yang kaya-raya, bangga dengan kecantikan yang tak secantik mana....
  9. Berwajah Ceria - Berwajah ceria macam Ustazah Nor Bahayah, happy aje...bukan mencuka, muncung sebatu boleh digantung hanger baju..........Nak berwajah ceria ni, redha bahawa jadi isteri ni memang kena taat kepada suami. Kerana perempuan ni nak masuk syurga senang aje...dua untuk Allah , dua untuk suami. Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

10 MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR

Dipetik daripada FB ADAM DAN HAWA: 


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.