Gambar pinjam dan kredit untuk : melayublues.blogspot.com
Kejadian menjadi janda secara tiba-tiba, bukan sahaja berlaku dalam insiden Lahad Datu.
Setiap hari ramai yang menjadi janda. Sama ada kerana suami eksiden, sakit kronik, mati mengejut kerana strok, jantung, dibunuh, kemalangan ditempat kerja dan pelbagai lagi.
Ada pula menjadi janda kerana dicerai suami, sama ada bersebab, atau tidak ada sebab. Suami tiba-tiba ghaib ikut perempuan lain, atau sudah bosan hidup bersama, dan macam-macam lagilah.
Yang saya hendak cerita ini ingatan untuk isteri-isteri......!
Janganlah rasa selesa, sehingga segala
urusan keluarga diserahkan kepada suami, kelak sidia tiba-tiba menghadap
Illahi, anda bagai dunia kehilangan mentari
Ingat, jika ada waktu puan-puan mesti belajar menguruskan hal-ha di bawah:
- Sesekali puan menggantikan tempat suami untuk membeli segala barang runcit, beras, gula, gas, dan segala barang dapur.
- Sesekali puan pergi membetulkan sendiri kereta di bengkel kereta. Juga kenalah belajar uruskan minyak hitam, air kereta, minyak brek, tayar dsb.
- Sesekali puan pergilah menguruskan insuran dan road tax kereta sendiri.
- Sesekali puan pergilah uruskan pembayaran bil elektrik, air, internet, Astro, indah water.
- Sesekali puan membetulkan sendiri lampu yang rosak, kepala paip yang bocor, dinding yang retak, areal TV yang senget.
- Sesekali puan kenalah tahu siapa pakar wyring, pakar paip, pakar perabot, pakar betulkan rumah.
- Kalau tidak ada lesen memandu, cepat-cepatlah belajar, pandulah di jalan-jalan yang mencabar sedikit untuk menghilangkan ketakutan, dan menanamkan keyakinan.
- Luaskan pergaulan, supaya tahu banyak perkara, susah sangat layari sahaja internet tentang hal-hal tersebut.
- Puan juga kena tahu menguruskan persekolahan anak, duit anak, kenderaan menghantar, pendaftaran anak dan...
- Dan banyak lagi.....
Saya cadangkan ini bukan apa, jika tiba-tiba puan jadi janda, (MINTAK JAUHLAH YA)...Puan-puan tidaklah menjadi insan yang paling malang di dunia ini. - Saya ada seorang kawan, masa ada suami dulu, suaminya melarang dia memandu kereta. Entah bagaimana suami yang disayangi pergi menghadap Allah......
- Sekarang, bukan sahaja jalan-jalan di Batu Pahat ini dia mahir, tetapi dia sudah berani memandu sampai ke Kuala Trengganu semata-mata hendak menghantar anaknya belajar.
- Kita semua milik Allah, bila-bila masa sahaja, apa-apa saja boleh terjadi. Tepuk dada tanya kalbu, bagaimana andanya aku, ditakdirkan menjadi seorang balu?
14 ulasan:
bersedia tetap bersedia..tak nak mati pun kita mati,tak suka mati pun kita mati,lari pd mati kita mati..so mati tetap mati.
kalau boleh biarlah saya je yg mati dulu..anak2 kata nak mati serentak.
Ya AllAH.
Saya salah sorang isteri yang terlalu dimanja2kan, hurmmm 90% terkena batang hidung sendiri, huwaaaaaaaa..
Ini bermaksud, seorang wanita kena juga belajar berdikari.. :)
Mati serentak?
Bahaya tu K.Nor
Tak apa pelan-pelan....
Belajar memandu dulu,kalau belum ada lesen ya...
Umi Alya
Untunglah suami sayang 199%....
Ramai isteri kena tanggung keluarga di luar sana, suami asyik mengeteh aje
Hehehehee
Jadi, Boni kena cari isteri yg ada ciri-ciri tahan lasak, kurang2 cemerlang dalam PLKN hahahaha!
seandainya itu yang harus di lalui
ku harapkan mereka tabah melalui perjalanan kehidupan ini
Mudah mudahan diberikan kekuatan untuk para isteri yang di kasihi.... amin
As salam Cikgu,
Entry yg sangat bagus & menarik! Saya pernah terfikir nak buat entry ttg ni juga cikgu :)
Saya akui saya isteri yg manja tp insya'Allah bila berseorangan saya bisa berdikari... acewah! Tapi saya tetap berdoa moga suami saya pjg umurnya & tua sama2... kalau boleh nak mati bersama, segalanya dgn izinNya juga kan ;))
Suami isteri memang kena ambik tau pun segala urusan ni. Kalau semua nak harapkan suami kesian cik abang kita, tapi jangan pulak si isteri terlebih rajin nak take over semua perkara. Nanti suami 'terlebih' masih dia buat kerja lain pulak...hehehe.
Dilabangi
Begitulah hendaknya
Ramai wanita memperolehi kekuatan
setelah sedar, hidup bukan hanya untuk menangisi
Wsalam...Marya
Eh, tulislah entri yang sama
kan idea berbeza-beza
Apa lagi ditulis oleh seorang isteri
yang sangat bertuah
Yang saya tulis atas persepsi saya sahaja
Mummy Gee!
In sha Allah suami kalian baik-baik
Tak melilau buat kerja lain
Sebab tu saya kata SESEKALI
sebagai satu LATIHAN
Bukan rutin
Mungkin dalam setahun tu puan2 ambil alih membayar bil, sebulan, dua bulan?
Servis kereta sekali setahun..
Setakat ni saya berdikari dan boleh uruskan diri sendiri dan anak-anak.
Tapi saya taknak jadi janda-lah!
Tahniah Pida
Sama-sama saling memahami
akan tugas masing2.
Kalau nak jadi janda pun biarlah umur dah 90 tahun
Catat Ulasan