Isnin, 25 Mac 2013

GERAM KERANA GARAM ATAU KIRAM?

Geram jangan engkau geram.....geram bermacam ragam.....kerana suka, kerana marah, janganlah kau geram!!!

Nak masak, tiba-tiba garam tak ada.....terbantutlah masakan kita tu.....Tetapi satu perkara yang harus kita sedar bahawa.....

......Pengambilan garam berlebihan didakwa menjadi punca kematian 2.3 juta penduduk di seluruh dunia pada setiap tahun.

Patutlah tiba-tiba ada teman yang mati mengejut semasa bermain bola dengan rakan-rakannya....

Dipetik daripada MailOnline, kajian oleh Persatuan Jantung Amerika ke atas 247 dewasa menunjukkan sebanyak 15 peratus daripada mereka meninggal dunia akibat serangan strok dan penyakit  berkaitan kardiovaskular.


Sementara itu, penyelidikan dilakukan oleh pakar di Universiti Harvard mendapati minuman ringan hanya menyebabkan 180,000 orang maut pada setiap tahun, namun jumlah tersebut tetap berada pada tahap membimbangkan.


Profesor Bersekutu Perubatan dan Epidemiologi, Dariush Mozaffarian berkata masalah itu boleh diatasi dengan langkah kesihatan awam seperti program kurangkan pengambilan garam dan gula di peringkat global.


Akhir kata, Geram bukan sebarang geram, geram kerana kerenah Kiram...!
Kurangkan garam dalam masakan, tambahkan salam dalam kehidupan.   

4 ulasan:

Unknown berkata...

Amboiii cikgu... siap dengan pantun 4 kerat lagi

dilabangiWORLD berkata...

banyak garam nanti kena penyakit DARAH tinggi. kurang garam jadi tawar....so kena balen erk (hehehe)

Kayu Manis berkata...

mmg ada setengahnya suka ada sedikit masin..tapi kak akan terbantut selera kalau ada sedikit masin..

bila ada org dtg rumah mkn masakan kak mesti minta garam..katanya tawar..akak bg je..satu mangkuk "nak masin tambah grm sendiri ye.."

boni kacak berkata...

dan banyakkan minum air kosong..hehehe