Ketika orang lain sedang tidur nyenyak, jiranku Ah Hock
sudah menghidupkan engin lorinya untuk keluar pergi bekerja. Jam masih
menunjukkan pukul 4.00 pagi. Biasanya Ah Hock dan keluarganya mula tidur pukul
1.00 pagi. Begitulah rutin hidup mereka sejak aku berjiran dengan mereka 18
tahun yang lalu. Memang patutlah mereka mampu membeli rumah 300K, rumah baru di
sebelah perumahan ini, setelah
mendiami rumah kos rendah sekian lamanya.
Lalu aku teringat, ayah dan ibuku dulu bangun untuk bekerja. Ayah dan ibu aku biasa mula menoreh
seawal pukul 4.00 pagi juga. Mereka akan solat Subuh menyambung semula kerja
memotong getah tu. Siap biasa dalam pukul 8.00 pagi. Kerja-kerja meleperkan
getah pada mesin getah akan siap dalam pukul 10.00 pagi.
Petang pula ayahku akan bekerja di kebun pisang dan aneka
sayur-sayurannya. Ibuku pula memetik kopi. Pendek kata, mereka jarang untuk
baring-baring atau bersantai-santai .
Orang sekarang sebenarnya bekerja dengan lebih teruk
sekali. Ini kerana pendapatan mereka tidak dapat menampung akan kenaikan harga
barang yang melampau-lampau. Mungkin kita sekarang dikelilingi para pekilang,
pemborong dan peniaga yang rakus untuk kaya dengan cepat. Kalau boleh bisnes
setahun dah boleh kumpul harta sekian juta.
Paling mengerikan harga rumah, sudah mencecah suku juta
sehingga setengah juta. Susah sekali nak jumpa rumah harga di bawah 100 ribu.
Nampaknya, gaji anak-anak kita pada masa akan datang kurang-kurang RM 10 ribu
sebulan, barulah mereka dapat menikmati kehidupan yang dikehendaki.
Tapi usahlah kita bimbang. Dulu ibu bapa kita risaukan
kita juga. Tetapi kita dapat membina kehidupan juga akhirnya. Begitulah
anak-anak kita. Yang penting, sekarang mereka menuntut ilmu habis-habisan agar
dapat menyesuaikan diri dalam zaman yang penuh pancaroba nanti. Teringat lagi
kata-kata Pramoedya Ananta Toer, dunia sekarang ini tidak ada ruang untuk orang
yang dungu.
8 ulasan:
Assalam pak,
bener sekali. Dunia ini bukan tempat orang dungu. Ilmu dan iman perlu dicari dan di amal.
Saya setuju 100% dengan pendapat Cikgu..
Tiba2 teringat kakak sulung di kg, dia tidur cuma 2-3 jam jer sehari, patut le dia senang walaupun tidak punyai pelajaran yang tinggi.
assalam, salam ukhuwah dan salam kenal dari bunda..
Mamawana
Pandai tak semestinya ada segulung sarjana
Pandai cari duit, pun pandai juga
Umi Alya
Citerlah sikit tentang kakak Umi Alya
itu nanti
Saya suka kisah-kisah org biasa
akhirnya jadi org luar biasa
Tkasih Bunda, macam pernah jumpa TAPI
di mana YA?
Pramoedya Ananta Toer,
nama yang saya pernah dengan tak lama dulu..
selepas membuat rujukan di google,
barulah saya teringat, saya pernah membaca hasil nukilan beliau..
tp saya dah lupa apa tajuknya..T_T
1.prinsip kejayaan orang cina tak boleh diikut semuanya terutama bagi yang beragama islam!
2.mengikut prof ungku aziz!!ada 7 prinsip perniagaan orang cina!5 je yang boleh diikut!!2 lagi tak boleh diikut!!
3.2 prinsip yang tak boleh diikut tu la yang menyebabkan orang cina kaya!!
Catat Ulasan