Ahad, 17 Mac 2013

TELUR DINASOUR DITEMUI LAGI!

pic: kredit > esavants.blogspot.com

Pasukan penyelidik Miquel Crusafont Catalan Palaeontology Institute berjaya menemui ratusan telur dinosaur di satu kawasan.

Pasukan mencari telur telah menemui pecahan kulit telur dan berdozen-dozen kuku dinosaur pada lapisan bawah Cretaceous. Fosil berada di formasi geologi Tremp di laman Coll de Nargó, Wilayah Llieda Sepanyol. Menurut penyelidik, pada akhir zaman Cretaceous, kawasan ini adalah kawasan paya.


"Begitu banyak kulit telur, telur, dan sarang dinosaur yang ditemui. Antaranya adalah jenis sauropoda, "ujar ketua pasukan penyelidik, Albert Garcia Selles, seperti dilaporkan oleh LiveScience, Khamis (14/3/2013).


"Hingga hari ini, baru satu jenis telur dinosaur yang telah didokumenkan dari daerah ini, iaitu Mageloolithus siruguei," kata Selles.


Ia dan pasukannya menemui bukti sekurang-kurangnya ada empat spesies lain yang dikenalpasti. Spesies itu antara lain Cairanoolithus roussetensis, Megaloolithus aureliensis, Megaloolithus siruguei, dan Megaloolithus baghensis.


Telur Megaloolithus diduga bergabung dengan dinosaur jenis sauropoda.Berdasarkan hasil kajian, penyelidik mendedahkan bahawa kawasan Coll de Nargo merupakan tempat bersarang dinosaur yang paling penting di Eropah.


Hasil kajian menunjukkan, kawasan tersebut digunakan oleh beberapa jenis dinosaur untuk bersarang sejak zaman akhir Campanian, kira-kira 71 juta tahun lalu, hingga masa akhir Maastrichtian, lebih kurang 67 juta tahun lalu.Hasil penemuan ini telah diterbitkan di jurnal Cretaceous Research untuk edisi bulan Mac.

"Sebelum ini, kami belum pernah menemui begitu banyak sarang dalam satu kawasan. Kewujudan pelbagai jenis oospesies (spesies telur) pada satu lapisan tanah menunjukkan beberapa jenis dinosaur yang berbeza saling berkongsi kawasan bersarang yang sama, "ujar Selles.


Ia menambah, telur-telur dinosaur yang ditemui itu dapat membantu penyelidik menentukan masa dari penemuan lanjutan di kawasan tersebut."Ini menjelaskan bahawa pelbagai jenis telur dinosaur yang berbeza ada pada lokasi dengan perbezaan waktu yang sangat khusus," tambah Selles.


"Ini membolehkan kita untuk membuat skala biokronologi dengan penetapan waktu yang tepat. Ringkasnya, berkat penemuan koleksi oospesies yang ditemui di Coll de Nargó, kami dapat memastikan usia kawasan tersebut berlaku antara 67 hingga 71 juta tahun," tegasnya.

4 ulasan:

Hans Hanis berkata...

hans pun suka baca pasal dinosour :-)

che mid berkata...

Agak-agak di Johor, ada tak telur dinosour he he

Mat Som Sadona berkata...

Oh..bagus tu Hans
Pening baca hal politik yg makin kalut ni

Mat Som Sadona berkata...

Che Mid
Kat sini yg ada
TELOR BIAWAK!