Sabtu, 18 September 2021

PIDATO SEKOLAH RENDAH: SAYANG BUMI SELAMATKAN GENERASI

Adik Mazni Zawani Binti Md Zaidi wakil dari
SK Seri Pasir antara lima orang pelajar yang mewakili Zon Parit Sulong ke peringkat Daerah Batu Pahat bagi pertandingan Pidato Piala Diraja Kategori Sekolah Rendah 2021.

Teks saya ucapkan terima kasih kepada sumber Google, dan saya edit sedikit sebanyak agar sesuai untuk murid sekolah rendah. Saya tidak tahu penulis asal petikan pidato ini.

Jutaan terima kasih kepada Ibu bapa adik Mazni Zawani, Cikgu Md Zaidi dan isterinya yang melatih dan memberi tunjuk ajar dan sokongan padu kepada Mazni.

TAJUK PIDATO: SAYANG BUMI SELAMATKAN GENERASI

Sekalung apresiasi  saya hulurkan buat saudara pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, seterusnya hadirin  yang dihormati sekalian.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. 


Hadirin sekalian, 

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengatur bicara izinkan saya mendefinisikan secara konseptual SAYANG BUMI SELAMATKAN GENERASI sebagai menjaga alam sekitar akan melindungi masyarakat dalam jangka masa yang panjang. Jika kita renung dan teliti, senario ini mempunyai aspek yang luas maka pidato saya pada hari ini berpaksikan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia, kesan kemusnahan alam sekitar dan langkah-langkah mengekalkan kelestarian alam sekitar agar seluruh organisma di bumi ini dapat hidup dengan selesa dan harmoni.  



Warga dewan yang dihormati sekalian, 

Alam sekitar ialah sumber keperluan kehidupan kita. Misalnya sungai merupakan komponen penting dalam kehidupan seharian kerana ia membekalkan sumber air yang kita gunakan pada setiap masa, Baru-baru ini kita saksikan, apabila sungai tercemar di ibu kota kita yang tercinta, beratus ribu orang telah terjejas kehidupan mereka. Begitu juga jika laut kita tercemar, akan menjejaskan sumber perikanan utama kita.


Seperti yang kita sedia maklum, manusia memerlukan udara yang segar untuk meneruskan kehidupan yang selesa di samping memberi ketenangan jiwa kepada manusia sejagat. Selain itu, pembekalan udara yang segar dapat menghindari pelbagai penyakit seperti asma, stress, penyakit yang melibatkan paru-paru dan jantung.


Menurut kajian saintifik, pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku. Hal ini kerana benda asing seperti habuk, asap dan gas seperti karbon monoksida akan menyebabkan kepekatan udara dan akan menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Oleh itu alam sekitar yang terpelihara akan memastikan generasi akan datang dapat menikmati bekalan makanan, air dan udara yang berkualiti.


Warga dewan yang saya muliakan, 

Kita sering dipaparkan dengan arus pembangunan ekonomi di seluruh dunia yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun di sebalik kemajuan ini, masyarakat semakin leka dan mengabaikan alam sekitar. Bukit-bukau ditarah, tabiat pembuangan sampah yang seolah-olah tidak dapat diubah, menyebabkan bumi kita merintih dan akhirnya berlaku banjir kilat di mana-mana, bukit melungsur dan kejadian  tanah runtuh sudah banyak memakan korban di segenap penjuru dunia.


Meningkatnya perindustrian  dan pencemaran akibat asap kenderaan di seluruh dunia menyebabkan meningkatnya karbon monoksida, menjadi penyebab naiknya suhu global dan akhirnya satu persatu glasier di kutub utara dan kutub  mencair ke laut. Ini mengakibatkan paras air laut meningkat dan menenggelamkan pulau-pulau kecil serta kota-kota di pinggir laut yang rendah. Seringkali kita dengar air banjir melimpah dengan pantas ke tengah kota apabila berlaku air pasang besar yang disertai hujan lebat.


Sidang hadirin yang saya hormati,

Secara keseluruhannya, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga, menyumbang usaha, bersatu suara, mengubah minda agar lebih bertanggungjawab sebagai penghuni planet bumi ini dan memelihara kelestariannya agar generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan bumi kita ini.


Harus dikejut mana yang lena

Harus ditegur mana yang alpa

Sebelum manusia ditimpa bencana

Sebelum alam mulai bicara


Sekian, terima kasih.

Rabu, 15 September 2021

KHASIAT DAN MANFAAT LEMPUYANG

KHASIAT DAN KELEBIHAN LEMPUYANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera gaisss.

Anda pernah dengar nama Husin Lempuyang dalam filem P Ramlee? P Ramlee pun tahu khasiat lempuyang!



Hari ini saya cuba bicarakan tentang khasiat lempuyang. Lempuyang ini banyak diadunkan dalam jamu-jamu tradisi orang-orang terdahulu terutama jamu dari Indonesia. 


Kopi Makota Dewa yang banyak terdapat di pasaran itu saya dapati antara kopi yang ada ektrak lempuyang (tapi sedikit saja). Lempuyang juga disertakan dalam makjun yang selalu kita jumpa di kedai-kedai ubat. Apatah lagi jamu bersalin, sememangnya mengandungi ekstrak lempuyang.


Sayang sekali, pokok lempuyang ini kadang-kadang ada di halaman rumah kita, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Malah ada yang meracunnya hingga terbunuh😂😂 hingga tujuh keturunan sehingga anak cucu kita tidak mengenalinya.


Ini khasiat lempuyang yang saya kumpulkan dari beberapa laman web:


1. Merencatkan pertumbuhan sel kanser

2. Menurunkan gula dalam darah

3. Melawan infeksi bakteria

4. Menambah Selera makan

5. Mengatasi Penyakit Perut

6. Mengawal Berat Badan

7. Mengatasi Penuaan Pramatang

8. Mengatasi Angin dalam badan

9. Mengatasi Kaki Bengkak Selepas Bersalin

10. Meredakan Kekejangan

11. Membanyakkan susu ibu


Baiklah ..Peliharalah ia supaya tidak pupus pada saat kesihatan manusia terancam dengan pelbagai penyakit.


Ingatlah, Allah jadikan penawar di sekeliling rumah kita, malangnya kita lebih percaya herba-herba yang diimport.


Sekian content saya hari ini. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.

Jumaat, 10 September 2021

BAHAYA ANCAMAN WAHABI

 Modus operandi Wahabi hanya fokus sasarannya kepada ASWJ. Mereka tidak menentang Syiah, Hisbu Tahrir, Khawarij Oman, Zi0nis. Bahkan mereka berbaiah dengan Zi0nis Y4hudi. 


Wahabiah juga pakar dalam memusnahkan kuburan peninggalan sejarah Islam yang berkait rapat dengan Rasulullah SAW, sahabat dan para waliyullah. Kononnya atas menghindari syirik. Tetapi Wahabiah masih kekalkan rumah Musailamah Al Kazab malah dijaga rapi.


Sebahagian berhala yang dulu terkenal masih disimpan di muzeum Riyadh. Apa jadi dengan rumah Saidatina Khadijah? Rumah Rasulullah SAW sendiri? 


Ternyata tindakan wahabiah hanya mendorong ke arah merosakkan kecintaan umat Islam kepada baginda, termasuk membidaahkan sambutan Maulidurrasul SAW. Sebaliknya sambutan kelahiran tokoh pengasas Wahabi dibenarkan. 


Haruslah diingat sebelum kemunculan Wahabi, umat Islam nusantara hidup dalam kedamaian dan keamanan. Namun setelah kemunculan Wahabi, berbagai peristiwa buruk, perbalahan dan bantahan berlaku berurutan tanpa henti. 


Ancaman bahaya dari dalam lebih memberi impak buruk menggugat kesejahteraan umat ini. Inilah antara fitnah besar akhir zaman.


Kita sedang disesatkan oleh ulama Wahabiah yang bijak berbicara, petah berkata-kata dengan ucapan khairul bariyah yang mengabui dan mengelirukan orang awam seperti kita. 


Mereka menuduh sesat ulama terdahulu yang mutakaddimin, yang muktabar dan mengkritik ramai ulama mujtahidin mutlak zaman salaf dan kalaf. Sedangkan pendokong dan penyebar Wahabi bukan ulama yang bertaraf mujtahid, dan bukan ulama salaf atau kalaf tetapi ulama khilaf. Pengasas Wahabi, Muhammad Abdul Wahab lahir tahun 1115 hijriah, 800 tahun selepas zaman Salafussoleh.


Fikir2kanlah!!!

Kredit : Hassan Abdullah


Dengar ceramah Ustaz Wadi Anuar, menjelaskan Wahabi itu bahaya kepada kita kerana mereka mendakwa 95% orang Islam di atas muka bumi ini sesat dan menyesatkan (kerana kita ini berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah).


Gambar ustaz2 Wahabi boleh anda Google, ada puluhan orang, tak perlu saya siarkan di sini.


Di bawah ini saya sertakan beberapa ciri wahabiah:


1. Memahami Nash-Nash Mutasyabihat menurut terjemahan bebas, tanpa merujuk ke kitab Ulama.


2. Mengkafirkan pengikut Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi (dua Imam Aswaja).


3. Mengkafirkan Sufi, dan menganggap Tasawuf bukan ajaran Islam.


4. Sangat anti dengan Sifat 20 pada Allah Ta’ala.


5. Menuduh Imam Abu Hasan Asy’ari telah bertobat dari aqidah Asy’ariyah (aqidah yang diyakini oleh kebanyakan ummat dan para ulama terdahulu).


6. Menolak Ta’wil dalam bab Mutasyabihat.


7. Menuduh Ayah dan Ibu Rasulullah kafir dan tidak akan selamat dari neraka.


8. Menuduh syirik Tawassul, Tabarruk dan Istighosah dengan para Anbiya, Aulia dan Shalihin.


9. Sering mengajak kembali ke Al-Quran dan Sunnah dengan meninggalkan ilmu yang telah diwariskan oleh Ulama.


10. Sangat anti dengan pendapat Imam Madzhab dan pengikut Madzhab.


11. Mudah membid’ah-sesatkan amalan yang tidak sharih dan shahih menurut mereka.


12. Menuduh Maulid itu Tasyabbuh dan Sesat.

Menuduh Tahlilan, Yasinan itu Tasyabbuh dan Sesat.


13. Menyamakan orang baca Al-Quran di kuburan dengan penyembah kubur.


14. Menamakan diri dengan Salafi dan tidak mengakui nama Wahabi, sehingga seolah-olah Wahabi itu hanya fiktif.


Dan banyak lagi...


#bahayawahabi

#wahabimalaysia

#wahabi