Ahad, 30 September 2012

TAMAN NEGARA JOHOR-PULAU KUKUP

Minggu lepas ana menerima SMSlah daripada sahabat ana, Sheikh Imam Mursalin, imam Mesjid bandar Pontian, menjemput ana ke majlis kenduri keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah. Ana pun fikir-fikirlah, nak pergi, tidak, nak pergi,tidak. Ana pun buat keputusan....pergilah.Tuan imam sudah tiga kali datang ke rumah ana,tak patutlah tak pergi, lagi pun ana tak pernah pergi ke rumahnya. Sebagai sahabat yang baik, jangan menghampakan jemputannya....

video
   
Aku tunjukkan peta di atas ni, supaya kalian tahu, bahawa Pulau Kukup itu berbeza dengan pekan Kukup. Jarak antara Pontian ke Kukup ialah 21.4 km. 
 TShirt Kukup...antara yang dijual dipekan Kukup...ole-ole untuk saudara-mara dan sahabat anda.
KELONG DI PULAU KUKUP

Dari jeti Kukup ke Pulau Kukup kita naik bot besar. Tambang untuk dewasa RM 5, Kanak-kanak RM2.50.Baby freelah. Tu anak aku 2 tahun tak kena tambanglah.

 Tiba di jeti Pulau Kukup...tauke bot bagi no hpdia....nanti kalau mau balik,call wa cepat ma...Lu jalan-jalan sini 2 jam,3 jam ok...OK Bossss....
 Untuk masuk ke Pulau Kukup ini pula ada kauter Taman  Negara Johor. Bayaran masuk dewasa RM 5.00 kanak-kanak 3.00...oklah tu, tak mahal...duit ni untuk kerajaan...
 Matsomherbs, memang suka yang hijau-hijau. Apabila jumpa suasana hijau, hati pun gumbira sangatlah.
JAMBATAN GANTUNG PULAU KUKUP
ILI-96 Salah seorang anak yang akan mewarisi dunia kebloggeran aku
JAMBATAN GANTUNG PULAU KUKUP 
Yang besar-besar pucat lesi lalu jambatan gantung ni, tapi Aliff Iskandar tak rasa apa-apa pun
 Tengok tu dua beranak menggeletar lutut......gekgekgek 
 Nampak Arina dah mula berani, Puan Hamidahnya macam gayat aje!
 Ili macam stedy, berlakon berani kut?


 Sesiapa yang suka menggedik, tempat ni sesuai untuk berfotografi dengan pakaian baru



 MENARA PEMERHATI PULAU KUKUP
Aku sangat teruja dengan kehijauan di Pulau Kukup ini....dan terasa masa beredar bagitu cepat...

 Arina dah mula berani di tempat tinggi...
 Sesi naik bot, tambang bot untuk menelusuri sungai di Pulau Kukup ni RM 3.00 seorang...
 Yang bawa bot ini bernama abang Zainal.
 Yaaaa hi he hoooooooooo....lupakan syilibus sekolah kejap
 Penerangan tentang jenis-jenis ikan di Kelong.....
Aliff Iskandar tersenyum puas, dapat cenderahati kenang-kenangan dari Pulau Kukup
Antara hidangan di rumah Tuan Imam Mursalin 
 Pukul 4.00 petang barulah ke Pontian, jumpa Imam Mursalin, walaupun ramai tetamu, imam Mursalin tetap melayan kami dengan begitu mesra....Pak Imam kita ni seorang yang sangat peramah. Aku cuma mintak satu, sampai Mekah nanti doakan aku supaya aku akan segera menyusulnya ke sana.   

28 ulasan:

encik cool berkata...

lawa anak..seronok tgk pemandangan hijau pulau kukup yg masih terpelihara..x pergi tanjung piai ke??

Mat Som berkata...

Encik Cool, tkasih ke blog saya.

Tanjung Piai masuk juga dlm perancangan kami, tetapi kerana masa terhad,kenalah tunda pada lain masa, mungkin hujung tahun ni. Bandar Pontian pun tak sempat nak meronda.
Wal hal, kami keluar rumah pkl seawal pkl 8.30 pagi.

mak encik | SZ berkata...

Ma'am kurg ahli je cikgu...anak bujang tak ikut ke tak masuk gambo?

mak encik | SZ berkata...

Opsss tersilap mata plak ...hihi kira semula cukup ahli

Mama Janet berkata...

kat pulau tu x de jual2 makanan ke.mau kebulur

Pida berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pida berkata...

Saya pernah tinggal di Pontian dari tahun 1996-1998. Pernah juga sampai ke Kukup tapi masa tu belum dijadikan tempat pelancongan macam ini.

shinji izac berkata...

uih...ada jambatan gantung...
gayat tu, nampak panjang jer.. :)

hijau itu tenang, betui tak cikgu? :P

Tanpa Nama berkata...

1.pernah ke kukup pada awal 98!sampai ke pekan kukup je!tak perasan ada pulau kukup!banyak masa dihabiskan di tanjung piai!kawasan paling hujung di semenanjung malaysia!jelas kelihatan kapal-kapal dagang yang berlabuh di singapura!!agak menarik juga pondok-pondok kayu yang dibina dipantai disitu!sampai magrib kami disitu sementara nak makan seafood dikukup!
2.makan seafood di gerai berhampiran pekan kukup!gerai orang melayu dicelah-celah restoren seafood orang cina!kira sedapla jugak!sedap kerana lapaq( sebab lama jugak dari jb nak sampai kukup) atau sememangnya makanan disitu sedap!!
3.kenangan!kenangan!kenangan!sebab 5-6 tahun habiskan usia di Johor!!terutama dijb!

boni kacak berkata...

wah..best tu..siap naik bot lagi...hehehe

Mat Som berkata...

SZ
Budak lelaki dua orang tu,selalu hilang di situ,pergi jauh-jauh, jadi gambar mereka tak banyaklah, tau-tau kat atas menara....saya call,hp pulak dimatikan.

Mat Som berkata...

Mama Janet,
ada jual jajan dangan air botol kat kauter tiket tu.

Kalau nak makan, makan dulu dipekan Kukup, saya macam tak nampak kedai makan,sebab tak sempat nak pusing habis.

Mat Som berkata...

Pida
Bagi saya Pontian tempat yang indah, tenang, kurang sangat lori-lori besaar....rasa damai.....

Mat Som berkata...

Shinji
Kalau Shinji ke Pontian,usah lupa ke Pulau Kukup dan Tanjung Piai, penghujung Benua Asia!

Mat Som berkata...

Angin Lalu
Tanjung Piai bukan sahaja penghujung Semenanjung Msia, tetapi statusnya lebih hebat ialah PENGHUJUNG BENUA ASIA....lain kali saya buat liputan tentangnya.

Kenangan di JB....eh....macam ada bekas makwe yg ditinggalkan saja bunyinya tu...hahahahah

Mat Som berkata...

Boni
Selalunya jalan-jalan,mandi laut, kolam renang,ubah pulaklah naik jambatan gantung, naik bot..

Yang saya takut masuk taman2 tema air, bab-bab gelungsur air, memang kalau diberi hadiah pun saya tak akan terlibat. Anak2 saya berani drp saya!

Cikgu Zaman berkata...

dah pegi sama dgn anak2 murid pada 22 sept 2012 awal semgu dgn mat som... klau x bleh jumpa kat sana...
gbr kami kat sana...
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.276771319109381.67016.153376254782222&type=1

Fendy berkata...

nampak mcm beast...bole try nanti...hehe

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Tak pergi pulak Pulau Kukup...Tanjung Piai Mac 2012 dah pergi nak cari tempat perkhemahan... jatuh sakit pulak pada Jun 2012 langsung perkhemahan tu dibatalkan.

Knor berkata...

kak dah sampai kukup..makan2 seafood,lps tu naik bot..best2..

suka hijau juga..adibah bercita2 nak jadi pakar alam.kaji,selidik..

Mat Som berkata...

Cikgu Kamaruzaman,
Dah tgok gambar2 FB Caikgu tu sebelum saya pergi ke sana. Yang saya prasan kat situ, Cikgu tak bawak budak naik bot meredah sungai Ular, dan saya faham, itu tidak dibenarkan oleh pihak atasan, kerana bahayalah juga, satu lagi macam tak nampak budak tu menyeberang jambatan gantung, mungkin kes maut di jambatan gantung di Perak tempoh hari jadi peringatan.

Mat Som berkata...

Fendy
Silalah....
Lepas tu boleh ronda2 Rengit yg popular dgn pasar karat terbesarnya

Mat Som berkata...

CIKGU YIN
Bersabarlah, itu semua ada hikmahnya.
Insya Allah akan datang ada perkhemahan yang lebih grand di sekolah Cikgu

Mat Som berkata...

Semoga cita2 Adibah jadi pakar alam tercapai, insya Allah.

Afasz berkata...

cantik pemandangan

subhanallah

Mat Som berkata...

Afasz
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Marya Yusof berkata...

As salam Cikgu MatSom,

Seperti biasa maaf sb lama tak menjenguk ke sini... sedapnye nasi tu dgn kuah yg melimpah ruah..terus rasa lapar ni...hehee... Semoga doa yg dibawa kan dimakbulkan ALLAH SWT... Ameen...

Mmg seronok suasana kehijauan... terbau2 haruman bakau tu...hiks ;))

Mat Som berkata...

Marya
Semoga berbahagia di bumi Lima Peru
Tkasih masih sudi singgah di sini.
Samalah kita, kdgkala sibuk, nakk tgok blog sendiri pun tak smpat krn urusan kehidupan.