Jumaat, 21 September 2012

TERNGIANG-NGIANG DENGAN PESANAN USTAZAH



"....Smart Phone....Sim Card....Galaxy Tab.....Format....bla...bla.......Tablet Android....bla....pot pet...pot...pet......Ipad3....bla..bla....

....Scaner......bla...bla.....Printer........install....download.....pot pet pot pet......Charger mahal lagi baik....."

Sebenarnya, itulah beberapa perbualan yang aku dengar sepanjang satu jam semasa berada di kedai Supernet di Batu Pahat, petang semalam. Perbualan antara penjual, dan kakitangan kedai dengan para pelanggan itu sangat menarik minat aku. Rasa macam kat planet lain.

Lain perbualan dengan kawan-kawan kat warung yang menyentuh pelbagai hal. Dari hal politik, bisnes, kebun, masyarakat, skandal dan isunya lebih rojak berbanding di kedai komputer tadi.

Semasa tergesa-gesa mengambil anak sekolah tadi, aku fokus pada suara radio itu.Aku mendengar ceramah Ustazah yang cun-melecun itu, Ustazah Siti Nor Baayah...Ustazah berpesan.....Agar kita semua tidak menjadi golongan yang muflis di akhirat.

Siapa yang muflis di sana tu?

Iaitu mereka yang semasa di dunia ini, hidupnya dipenuhi dengan perasaan hasad dengki.

Segala pahala orang yang hasad,irihati dan dengki akan diambil oleh orang-orang yang didengkinya itu, akhirnya dia jadi bangkrap, tiada apa-apa lagi.


4 ulasan:

boni kacak berkata...

betul tu bro.. kita kena buang jauh2 perasaan PHD tu kerana ia mampu menghitamkan terus hati kita...

aza ni berkata...

setuju, cuma amalinya selalu saya kandas...

shinji izac berkata...

kalo kite dengki kat kat orang lain, n kita cuba tuk wat lebih baek dari orang tu, tak pe lagi..

jangan ada dengki,pastu menjatuhkan plak orang tu..

Pida berkata...

Cikgu nak tau tak, kat ofis ni mmg ada sorang tu dengki sangat kat saya. Tapi saya ni kan gonjeng, ada aku kisah?

Tapi saya rasa saya dah buat sesuatu yang sangat sukar dilakukan; yang mana itu merupakan satu paksaan pada diri saya sendiri.

Iaitu memaafkan orang itu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Memang setiap malam sebelum tidur saya maafkan dia.