Aku Ciplak Video Detik.Com
Video tersebut memaparkan kejadian toyol (Indonesia kata Tuyul) mengganas di kawasan Pamekasan, Jawa Timur Indonesia.
Di dalam video ini, kita lihat ada penggunaan tangkal dan sebagainya. Ia harus kita jauhi kerana bertentangan dengan agama suci kita. Ada beberapa tip moden boleh dipraktikkan untuk mengatasi masalah ini:
- Dalam perbualan tak sengaja beberapa tahun lalu dengan seorang ustaz penangkap mahluk halus termasuklah toyol, beliau memberi petua kepada aku, kalau nak simpan duit atau emas, masukkan ke dalam air (tong ke, tempayan ke) kerana 'mereka' tidak dapat menembusinya. Balutlah dulu duit tu, atau masukkan di dalam bekas kedap air, baru masukkan ke dalam tong air tersebut.
- Seorang lagi ustaz yang aku terbaca petua barunya dalam sebuah akhbar, beliau mencadangkan kita sediakan duit fotostat di tempat-tempat yang biasa kita letakkan duit. Apabila toyol tu mencurinya, pasti dia akan disumpah-seranah oleh tuan punya toyol. "Awak nampak tak...ini kertas!!? Bo...h punya Toyol!" Begitulah kata-kata tuan toyol.
- Ada duit je, masukkanlah ke bank. Jangan simpan duit tunai banyak-banyak. Pakai kad kredit atau kad debitlah. Mesti Tuyul pun fenin kepala.
Yang susah ni toyol kepala hitam ni. Mereka tak peduli ini semua. Toyol kepala botak pun dah tak boleh cari makan lagi.....Toyol kepala hitam ni sanggup tidur di atas kubur dan di bawah jambatan!
6 ulasan:
oh masuk berita gak tu...
Toyol masuk berita penting, aneh bukan
toyol kepala hitam lagi pandai dari toyol kepala hijau ni..
sebab kad atm pun dia sapu gak..hihi
Oh, toyol tu kepala hijau rupa2nya. Ingatkan coklat mcm kita
Hehehee... Indonesia mmg kuat kepercayaan mereka benda2 gini... Setuju toyol kepala hitam lagi bahaya & bijak! Cek pun dia boleh palsukan...hish...
Yang menakjubkan lagi, mesin ATM pun mereka angkut ke dalam lori.
Catat Ulasan