Khamis, 27 September 2012

KENAPA KAU BUAT MACAM TU?

Lokasi di Lampu Isyarat Pt Sulong: Oleh sebab ini gambar candid, so aku guna kamera hand phone saja. Aku cukup bengang dengan akak sorang ni. Anak dia yang masih lingkungan Darjah 5 tu yang membawa motosikal, dan  dia tergedik-gedik di belakang. Lebih parah lagi, belok ke kanan saja, balai polis ada di situ. Bukankah ini mencabar undang-undang? Yang paling geram budak ni potong ciluk kereta buruk aku. Ini satu penghinaan....hehehehe....
RANTAU PANJANG

Lupakan gambar tu.....Ini gambar minggu lepas, suasana shoping di Rantau Panjang, Kelantan....macam tulah suasananya....klasik, kalau dilukis pada canvas

 KEDAI JUAL PERIUK DI RANTAU PANJANG

Ramai yang datang ke Rantau Panjang akan mencari periuk, kuali dan yang sekufu dengannya. Tapi jangan lupa, mintak resit, kerana kastam akan check dan kita wajib bayar cukai kepada kerajaan bagi produk kuali dan toto. Kain pelikat dan kain batik kalau beli sehelai dua, tak adalah kena cukai. Kalau beli berkodi-kodi, kenalah jugak cukainya.

Dua hari ni aku dah jemu dengan baner blog aku yang ada muka aku yang monyok tu. Kalau kalian perasan, semalam saja aku dah ganti lima kali baner tu.

10 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,

klu kat cambodia tu dah pemandangan biasa aja naik bertiga, berempat tapi klu kat malaysia ni aisyyy keliru juga kenapa mak nya tak bawak saja motor tu .. sahih lebih tinggi / besar dari budak kecik yg sah2 takde lesen ...

Kayu Manis berkata...

tak payah nak kata kat sana..ni tgh bandar ni juga...selamba beruk je..yg tak pakai helmet tu perkara biasa..mcm jln tu nenek dia yg buat..anak kecil berdiri di dlm raga dpn,si bapa buat pusigan lapan..

kami mengucap panjang.tak ckp dlm hati,terus ckp apa punya bapa ni..

oo tak perasan pulak dgn banner kat atas..tuh..dah tak ada ye..letaklah gambar family..cubalah..

wakgelas berkata...

wak pon bengang jugak kesian pown jugakk.. ahakss

shinji izac berkata...

laaa...awat tak da dah gambar muka monyok tu.. hensem paaa... :)

byk beli barang ape kat sane?

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Teringin jugak nak berjalan2 di Cambodia,melihat kesan2 Pol Pot

Mat Som Sadona berkata...

K.Nor
Gambar famili dah bersepah kat blog ni, malu ah...

Mat Som Sadona berkata...

Kesian Wak Gelas
Kalau ada kereta lebih2 tu dermalah kat keluarga ini

Mat Som Sadona berkata...

Shinji

Tengah fikir nak buat penggambaran ni, lokasi sedang dipilih.Nak buat muka ceria susahlah pulak, dah biasa buat muka bengis

boni kacak berkata...

berapa matang la sangat budak tu untuk membawa motor.. kemungkinan besar boleh terjadi kemalangan kerana budak tu sangat2 mentah untuk mengetahui perjalanan dan bahaya jalan raya...adeh..

wah.. lama gila tak singgah kat rantau panjang..cari jersey..heehehe

Mat Som Sadona berkata...

Memang banyak jersie kat RP tu Boni, nasib baiklah saya ni tak minat jersie, kalau tak 10 kodi saya angkut....!