MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 13 Jun 2010

AUTO SHOW DI PARIT SULONG

Dua hari ini, banyak betul jemputan kahwin.
Penat makan nasi minyak di rumah orang, aku ingat nak lepak2 kat warung di Pt Sulong,
rupa-rupanya Pt Sulong geger dengan deruan kereta sport sehingga jalan pun jem
macam esok nak raya.

Antara kereta antik yang turut mengambil bahagian


Eh macam kereta Myvy?


Jika masa memandu, tiba-tiba kita disergah kereta ini
mesti kecut perut juga kita!


Kenapalah orang ramai berkerumun sangat di sekeliling kereta ini....
Rupa-rupanya, speaker dia ada 15! Bunyinya barat sampai ke Pt Maimon, utara sampai Pt Sentang, timur sampai Kangkar Senangar, selatan sampai Pt Penghulu.
Booth kereta ini ada tv! Siapalah yang duduk di booth ya?



Kereta tersebut dari pandangan hadapan


Kereta hijau ni rasanya dimiliki oleh pecinta alam sekitar?



Kali ini pameran dan pertandingan kereta sport ini disertai juga oleh kaum Cina. 1 Malaysia!

10 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

kereta yg ada tv kat booth selalu dia org akan parking kat area yg ramai org, pas tu pasang tv dan lagu kuat2, kdg2 karo-k lagi...nak show-off la...heheh... kat area kedai2 dpn rumah Mummy selalu ada sebiji keta cam ni park depan workshop... kdg2 cam disco pulak dengan bising dan lampu lip lap dia...

Mama Miraki berkata...

kereta yg warna hijau yg mesar alam sekitar tu...heiiiii tak sanggup rasanya mama nak drive....heheheh..bagi pun tak nak lah

catz berkata...

hebat ya pt sulong now ni..
macam2 event ada.
kagum niii.,

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Ohhh macam tu kegunaannya.... kalau pergi berkelah naik kreta macam tu mesti meriah satu pantai

MSOM berkata...

Mamamiraki:
Bagi pun tak nak..? Bagilah kat hubby pasti gempak!

MSOM berkata...

Catz,
Pt Sulong pun jeoules tengok org KL yg sentiasa ada pesta, ni belum campur program politik, kalau saya masukkan semua, alamat saya tak buat kerja lainlah, asyik upload gambar dalam blog

en_me berkata...

biasanya kaum Cina jual barang perkakas jerr maa.. ehehe

MSOM berkata...

Betul kata En Me tew....kannnnn

Wong Khoo Lai berkata...

Aku teruja tengok kereta2 tu... kalaulah usia masih 20-an... mungkin aku antara pemiliknya... tapi masa usia 20-an motosikal pun tak ada. Semuanya arwah Hj Omar punya.Kalau sekarang buat macam tu orang kata dah buang tebiat apa? Masa dah berlalu...meniti usia emas.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Untuk Wong Khoo Lai - nasib baik le kau tak buang tabiat deco keta cam tu, klu tak cam malas nak mengaku sedara... hehehhe...