Isnin, 21 Jun 2010

Akhirnya Yang Kutakuti Telah Berlaku


Petang Ahad 20 Jun aku menyambung kerja membasuh periuk
Chef Sahid. Aku ingat dah siap ni aku nak tidur dulu, nanti jam 6.00 petang aku hantar ke rumah Sahid.




Oleh sebab aku terlalu penat aku pun terlelap




Z

ZZ

ZZZ

ZZZZ

ZZZZZZZ


ZZZZZZZZZZZZZ



ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ


........






.............................



Bang....! Iwan bang.....!
Iwan...!



Kenapa?
Kenapa?




Adakah aku akan kehilangan seorang anak lagi?



Tidak!!!!!!!



Aku pun menjengok tingkap, ramainya jiran aku yang datang. Abang Sani memapah Ikhwan.


Kenapa ni?


Dia melanggar motor Kak Tifah!


Aku segera memakai baju dan basuh muka lalu memandu kereta.....

Semua ikut sekarang!



Dengan lajunya aku memandu kereta ke Klinik Sri Sulong kerana klinik lain semua ditutup pada hari Ahad. Doktor yang merawat menasihatkan kami menghantar Ikhwan ke Hospital Batu Pahat, kerana Ikhwan pengsan semasa eksident tadi. Ditakuti ada kesan-kesan dalaman.



Maka pada malam itu, Hamidah meminta pertolongan abangnya sekali lagi, dahlah semalamnya penat rewang, ni nak mintak tolong lagi. Jam 11.00 malam Hj Osman Ali dan Hjh Faridah datang mengambil Midah dan anak-anak kami dan menghantar ke rumah kami, kerana aku kena jaga Ikhwan di wad 1, memandangkan dia masih trauma.

Malam itu aku mendapat pengalaman baru, menjaga anak di wad 1. Di kiri dan kanan katil Ikhwan dipenuhi kanak-kanak yang menjerit dan menangis kerana pelbagai kes. Ada satu kes, dimana abang menggusti adik sehingga adik budak itu terpaksa dibedah limpanya. Siibu menangis teresak-esak. Namun aku tidak merasa sedih langsung, seperti perasaan jururawat-jururawat itu. Tangisan sudah tidak berguna. Satu organ sudah tidak boleh digunakan lagi. Pastikan anak-anak anda tidak bergusti sampai berlaku kejadian seperti itu.

Sepanjang malam aku tidak dapat tidur, budak-budak itu semuanya ditemani ibu mereka. Aku sorang sahaja lelaki yang menemani anak di wad itu. Daripada aku disuruh menyusukan Aliff Iskandar, lebih baik aku bersengkang mata di wad ini menjaga Ikhwan.
Kulihat disebelahku seorang perempuan bertudung, dia kata
"Kalau dia ni bukan anak saya dah lama saya tinggal"
"Dah berapa lama puan ada di sini?"
"Dua minggu"
"Patutlah"

Sebelah aku lagi, seorang ibu, tidak memakai tudung dan berbaju dan berseluar sendat. Aku lihat macam bukan anaknya yang sakit, tapi dia yang sakit. Sampai jam 8.00 pagi masih berdengkur! Macam-macam kerenah manusia ni. Doktor kejut dia pun, dia buat tak tahu!
Setelah dirawat dan di x-ray doktor menjelaskan Ikhwan ok dan setiap kali doktor datang
mereka akan bertanya tentang bagaimana kejadian itu berlaku.
Aku sendiri pun tidak begitu jelas, sebab belum sempat berbual dengan jiran-jiran aku.
Tetapi aku faham sangat, Ikhwan tidak akan berhenti di simpang kalau menunggang basikal. Dah banyak kali aku pesan.

Lepas ni taulah Ikhwan. Aku akan belikan rantai besi. Basikal Ikhwan dan Irfan akan disita selama enam bulan.

Berapa lama?

ENAM BULAN



Kesian Aliff Iskandar, sepanjang Isnin 21 Jun
(pagi sampai petang) turut berada di hospital



Mereka semua kami cutikan pada hari pertama persekolahan
penggal kedua ini demi untuk melancarkan urusan mengejut itu.
Isnin 21 Jun, Jam 5.30 petang Ikhwan Rabbani dibenarkan pulang.
Aku sendiri mengambil Cuti Rehat Khas akibat kejadian ini.
Doktor memberikan cuti selama empat hari kepada Ikhwan.

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Suspen betul aku!!! Berderau darah aku baca!!!!Siannyaaa....tak payah la bg budak2 main kat tgh jalan lagi pasni... Kunci gate...main kt laman je. cehh makciknya pulak yg bising ni!!! Sib baik tau dgn motor!! Aku mmg selalu cuak2 kalau tengok budak2 naik beskal tgh jln ni.. Org naik motor dah tak mcm kita kt kg dulu... Ya Allah hai...patut le senyap je...ada musibah rupanya... Takziah atas semua ni.. moga cepat sembuh.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Semoga Iwan cepat sembuh... Anak2 Mummy si Daniel & Danish bercalar balar gak dagu dan lutut masing2, gara2 jatuh basikal sendiri... takut nak bagitau kita orang nanti kena marah so, menahan sakit la dia orang. Pandai lak masing2 ambik minyak gamat dan sapu kat luka masing2... Mummy balik sampai rumah je dia orang cakap tadi jatuh basikal tapi tak sakit pun...heheheh... pandai dia orang nak cover

Wong Khoo Lai berkata...

Memang le dah namanya budak... mereka selalu memikirkan orang lain menjaga keselamatan mereka... kalau lintas jalan tak pernah berhenti... kadang2 macam bersyukur gak basikal Harith dah kene curi... rasanya tak akan ku belikan lagi... tapi kalau merengek jerr...entah lerrr...

Sabarlah Msom ye... mudah2an Ikhwan cepat sembuh dan boleh gi sekolah.

Siti Indrawati berkata...

Salam Cikgu..sabar yea..dah lumrahnya anak memang begitu apa pun sebagai ibu bapa selepas ni kita kena lebih berwaspada..takziah dari saya sekeluarga..anak2!

Siti Indrawati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MSOM berkata...

Miss Mirror,
Semua yg berlaku akibat kecuaian ibu bapa, nak dilarang keluar, nanti terbantut sosial mereka.

Mummy Gee,
Jika pengsan, memang kena rujuk doktor, apatah lagi kalau muntah selepas eksiden.

Itu menunjukkan anak2 Mummy Gee telah kreatif.

Cikgu Yin,
Ni basikal anak saya, saya dah rantai, modal lagi RM 20.
lEPAS NI SAYA KENA programkan aktiviti waktu petang seperti memancing atau ikut saya buat marketing. Adalah upah utk mereka nanti.

Siti Indrawati,
Sehingga hari ini Iwan masih bercuti kerana mukanya yang agak hodoh itu masih belum kering.
Tkasih atas sokongan Puan.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Satu cara menambah usahawan bumiputera... ajar anak business.
Bagusssssssssss

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Sabar ye Bro,
Tu la dugaan & cobaan di dalam membesarkan anak2...