Rabu, 2 Jun 2010
KAHWIN DUA PUNYA CERITA
Minggu lalu aku ada menemui dua orang rakan MLM yang bertemu secara berasingan. Kedua-duanya secara senyap-senyap telah beristeri dua. Yang sorang tu, dari tahun lepas lagi sudah tersebar beritanya di kalangan kawan-kawan bahawa dia telah mempunyai cawangan.
Apabila aku sms bertanyakan hal itu (tahun lepas), esoknya, pagi-pagi dia sudah datang rumah aku, marah-marah katanya aku dengar cakap-cakap orang.
Tetapi minggu lepas, dia mengakui bahawa dia sudah ada isteri kedua. Dia kata isteri keduanya sudah mempersilakan pula untuk menambah yang ketiga, jika mampu. Katanya, hendak mula sahaja yang boleh berlakunya perang dunia. Masuk yang ketiga sudah senang. Tetapi katanya, yang mula-mula itulah orang biasanya kecundang dan ketakutan diserang isteri (yang seperti orang histeria).
Dia kata, kalau nak kahwin di Thailand, nikahlah di Narathiwat. Jangan di Songkla. Narathiwat setakat ini diiktiraf. Satu lagi, masa nikah tulah jangan lupa ambil gambar sebagai bukti. Yang susah ni, sudahlah nikah di Songkla, tak ambil gambar pula, kalau dapat anak, jawabnya anak yang dilahirkan bakal tidak mempunyai surat beranak! Kalau sudah tidak ada surat beranak, jawabnya......tidak ada negara!
Yang seorang lagi kawan aku ni, kutemui mukanya dalam keadaan masam. Fasal pulak kahwin dua muka tidak ceria?
Rupa-rupanya sudah berantakan dengan isteri barunya yang masih setahun jagung tu. Ha ...! Baru tahu langit tinggi rendah. Kasihan-kasihan.......!
Petang tadi Pak Uda ditemu ramah oleh juru hebah TV 1 yang cun itu, tentang bagaimana Pak Uda dapat mengekalkan rumah tangga? Pak Uda Pimai Pimai Tang Tu jawab,
"Kita mesti mempunyai perasaan kasihan, bukan kasih sayang, apabila kasihan(kesian) kita akan kesian dengan isteri kita, nak buat itu kesian, nak buat ini kesian, jadi orang yang suka kahwin lagi tanpa sebab tu ialah orang yanmg tidak kesian dengan isterinya" Tetapi isteri juga kalau kesian bagaimana? Kesian suami aku berbini satu je, kesian...kesian...!"
Apa komen Pak Uda?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
hahaha... ko ni...tetiba je buat entry gamat nih...
betul kata Pak Uda tu... kita mmg kena kesian kt pasangan kita, sbb bini kesian la bini tak bagi suami kawin lagi...kesian suami takut tak berlaku adil dan jln senget sebelah kt akhirat.... wallahualam.
Yalah, ingatkan masa2 dulu, masa pakai kreta buruk dulu, kreta tak ada ekon, kadang2 mati tengah jalan, isteri tak merungut pun kan?
Alih2 dah pakai kreta mewah, lupa pulak isteri yg setia tu, kesian...kesian...!
Tak patut... masa susah sama2 susah tak kan bila dah senang nak kongsi dengan orang lain pulak... tak adik...
Abang Yin kita ni memang suami MITHALI di NEGERI JOHOR dan negara MALAYSIA ini.
Alhamdulillah, masih lagi ramai suami2 mithali yang masih boleh berfikir dengan rasional...tahniah yer...hehehe
Catat Ulasan