Ahad, 20 Jun 2010

MAJLIS KESYUKURAN ALIFF ISKANDAR



Cucu pertama dan tunggal (setakat ini)
kepada Ustaz Baharuddin
Aku memang tidak menjangka kedatangan Abang Din malam tadi kerana dia pun sibuk


Cendul Jely Era ciptaan Siti Muriyati.
Cendul ini belum dicampur dengan santan dan susu cair lagi.
Ramai berminat dengan cendul yang unik ini.

Nasi Jagung

Menu makanan disediakan sepenuhnya oleh Chef Sahid


Nurul dan suami hadir dengan kereta idaman Vitec terbaru
Tahniah!


Majlis kesyukuran ini kami adakan di rumah kami di Parit Sulong dengan menjemput rakan-rakan dan jiran-jiran setaman di Parit Sulong serta kaum kerabat terdekat. Jika di sana ada yang kukenali dan tidak kujemput maaflah ya, tunggulah rumah kami dibesarkan sedikit nanti, baru boleh jemput semua.

Pada masa kehadiran saudara dan sahabat sebelah siang aku tak sempat ambil gambar. Sehingga aku sendiri lupa memgambil gambar Aliff Iskandar yang diraikan. Gambar-gambar yang diambil di sini banyak pada waktu malam kerana ketika itu aku sudah lapang.

Terima kasih kepada emak mentua Hjh Yaimah, bondaku Hjh Tumut, Hj Osman Ali dan Hjh Faridah, En Ikhsan dan Kak Siti, Siti Muriyati, En Isa dan Kak Hamsaton yang bertungkus lumus membantu melancarkan majlis kami.

Jutaan terima kasih aku ucapkan
Khas kepada Encik Sahid yang memasak makanan yang sungguh sedap dan lazat.



Sebahagian adik-beradikku.
Batik kuning-Abang Baharuddin, Abang Timyati, di belakang tu Siti, Marfiah (anak bongsu),
Yg comel tu bondaku Hjh Tumut, Hjh Saripah (Kak Long) dan kakak iparku Kak Fatemah sulaiman isteri kang Baharuddin.Dan yang berbaju biru tu permaisuriku. Ustazah Amanah sekeluarga telah datang sebelum Magrib dan memohon pulang dengan cepat kerana ada urusan penting. Miss Mirror seorang sahaja yang tidak dapat bersama-sama dalam majlis ini.

Tanpa disangka bakal calon menantu Kak Saripah dari Melaka
turut hadir ke rumah kami, Fariza bersama Amira (putri cahaya).
Gambar terpaksa dikaburkan untuk bagi suspen....


Sudah lama aku tidak bertemu Marfiah


Kenduri tahlil ini untuk adik-beradik dan kerabatsahaja, Alfatihah untuk Almarhum ayahanda Hj Sodono, Hj Ali ayah mentuaku dan Aulia Safiah anakanda kami yang meninggal dua tahun lalu pada 13 jun 2008.


9 ulasan:

Mama Miraki berkata...

wahhhh..wat kenduri yea...meriahnya...tak jemput pun......

MSOM berkata...

Maaflah Mama Miraki, rumah saya ni tak muat, tunggulah dah jadi tiga tingkat nanti saya jemput semua blogger. ADO En Razak, saya jemput, tetapi nampaknya dia tidak dapat pulang ke kampung minggu ini.

Mama Miraki berkata...

best arrrrr.....daapt kumpul adik beradik semua ka....

MEK KLATE berkata...

meriahnya warna cendol jely tu.rsanya sdp cam cendol parit sulong yg jual kat jln masuk tu tak?

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Sob sob sob... waaaaa......hanya itu yg dpt kuucapkan.

Eh! Si Asraf Sinclair pun ada..

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Tahniah jua...
Tapi tak jemput pon...hehe

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Tahniah jua...
Tapi tak jemput pon...hehe

Wong Khoo Lai berkata...

Tengok hidangan pun dah menyelerakan!

MSOM berkata...

Maaflah teman2, Mek KLATE, SP, MMiraki,YIN, lain kalilah saya jemput ya. Tupun tunggu saya jadi jutawan MLM ya. Ni masih belum mencapai tahap itu, ada sahaja rintangan yg melanda. Agaknya saya kena buka syarikat sendirilah ya?

Miss Miror, kenapa ya kamu menangis...?