Syeikh Hasan Nasrullah, setiausaha Agung Hizbullah menyeru melalui surat rasminya kepada para alim ulama Islam di seluruh dunia, menjelaskan bahawa salah seorang menteri Israel yang mendokong kuat gerakan Zionis, mengancam akan merobohkan Masjid Al-Aqsa.
Dalam suratnya, beliau mengajak semua pihak yang terdiri daripada pemimpin kerajaan dan negara umat Islam, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, individu tampil bergabung tenaga membuktikan pendirian tegas dalam menghadapi golongan Yahudi Zionis yang kejam, ganas dan sentiasa melakukan kerosakan dan keganasan.
Dengan pengemblengan tenaga semua pihak di kalangan umat Islam akan memastikan terkikisnya saki-baki bangsa Yahudi dan merubah peta rantau Teluk dengan ketiadaan negara haram Israel pada masa akan datang.
"Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan sekalian, cukuplah dengan kemusnahan bumi ini yang dipenuhi dengan kekejaman yang pernah dilakukan oleh golongan Yahudi pada masa silam, usahlah ia berulang pada masa akan datang. Percayalah bahawa jika robohnya Masjid Al-Aqsa, ini bermakna hilanglah harga diri dan maruah umat Islam sejagat, sudah masanya kita bangkit menentang Yahudi yang dilaknat oleh Allah SWT," tegas Syeikh Hasan Nasrullah.
"Kita perlu sedar Zionis merupakan penjenayah nombor satu dunia yang dilindungi Amerika, PBB dan mahkamah dunia. Ia bermula dengan jenayah yang berlaku pada 16-18 September 1982 dalam peristiwa menyayat hati di Sabra dan Shatila, bagaimanapun masyarakat antarabangsa membisu seribu bahasa tanpa dakwaan terhadap Zionis.
"Sekarang umat Islam perlu membuktikan kekejaman Zionis bertindak tanpa undur lagi. Usaha yang kita mahu lalukan ini perlu dipimpin oleh golongan ulama yang memiliki fikrah Islam yang jelas supaya matlamat dan caranya menepati tuntutan syarak,"
Sikap berdiam diri akan merugikan Islam, sekali gus mengiktiraf kekejaman yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah Yahudi.
'Mereka telah lama merancang perobohan Masjid Al-Aqsa, kita tidak rela semuanya itu, perpaduan dan penyatuan hati umat Islam merupakan senjata utamaa menghadapi kemaraan Yahudi dan Zionis'"
"Saya amat yakin bahawa umat Islam yang cintakan agamanya bersedia untuk tujuan itu di samping memperlengkapkan diri untuk mencapai kemenangan yang dijanjikan Allah," tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan