Ahad, 25 Oktober 2009

LAWATAN SK SERI PASIR KE JOHOR BAHRU

Destinasi pertama ialah Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar.

Oleh sebab kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam muzium ini,
maka hanya gambar lanskap ini yang dapat diambil
MAT SOM (Terasa seperti di Eropah pulak)

Peserta rombongan murid perempuan SK SERI PASIR

Rombongan kali ini sungguh memenatkan, tidak sesuai untuk yang sakit gout dan lenguh-lenguh sendi

Zoo Johor kini telah diupgrade, tidak seperti yang kulihat dulu-dulu


Orang-orang kuat kantin sekolah pun turut serta kali ini

Macam tak sarapan je pagi tadi....letih benar nampaknya!


Kalau ular ni belit leher aku, nahas!


Panorama indah di Hutan Bandar

Jawatankuasa Lawatan sedang berbincang
Sdra Zulkeflee Rahmat, Ustaz Shahrul, Roy Fahmi Yusof dan Ustaz Sukran Awang
Aku ingat Hutan Bandar ni sama dengan hutan batu

Pemandangan indah di Puteri Harbour Kota Iskandar

Kedatangan kami di sambut dengan lagu Widuri




Destinasi terakhir shoping di Angsana
Kelihatan Ustaz Syukran Awang
meninjau keadaan di sana sebelum melepaskan murid-murid
yang tidak sabar-sabar untuk menghabiskan wang yang dibawa

Gedung buku Badan Book Store


Ada yang tertinggal tak? Menangis nanti emak bapak kamu!
Lepas ni pergi mana cikgu?
Mana lagi....Seri Medanlah!

7 ulasan:

SAM berkata...

Wah! Bestnya... aku yg duk JB pun tak sempat lg nk jejak Puteri Harbour tu.. Si Ecah dah pegi dah ikut rombongan tadikanya.

Yg berdiri kat tiang tu mesti anak Kayati kan? Tengok muka mcm muka Kayati je..tp muka kayati tak nmpk la pulak dlm gmbr ni.

Napa tak gi Jusco Tebrau? Dah dekat dah tu dgn rumah aku? Jusco terbesar di Asia.. takpe lah... Angsana pun best dan selalu jd tumpuan terutamanya musim2 perayaan.

MSOM berkata...

Betul...tu anak yang sulong...ni aku nak upload anak dia yang ke dua.

JUSCO tu dah lalu, tapi dah tak sempat...Muka Kayati LUPA aku nak ambik dr depan.

~ Mummy Gee ~ berkata...

amboi cikgu, belum cuti sekolah dah jalan sakan nampak....ahhhhhhh aku pun mau bercoti.....lambatnye nak cuti sekolah...

MSOM berkata...

Kalau Mummy Gee ni melancong mesti paling kurang pun Phuket...Bali...Perth.

Dah ke sana nanti jangan lupa upload gambar-gambar tu ok!

Mama Miraki berkata...

wahhhh bestnya dah cuti...ni bawak2 budak2 lepas UPSR ker....SK Seri Pasir tu kat mana hah....best erk jadi cikgu ..kejap lagi cuti panjang....

MSOM berkata...

Saya 17 Tahun di sekolah menengah termasuk SMK P SAAD, pengetuanya (cikgu yg paling Mama Miraki kagumi) > Cikgu Samian Sawiyo masa tu.Kat Sri Pasir ni dah 6 tahun. Adapun Sri Pasir ni terletak di bumi di Seri Medan nan indah (jiran PSulong).

Tahun depan mereka dah tinggalkan sekolah ni, harapan kami lawatan tersebut biarlah menjadi kenangan terakhir di sekolah ini.

Best atau tak best jadi cikgu ni tengok murid,kalau dapat murid yang banyak masalah disiplin, kadang2 nak bersara masa tu juga!

Riko Adryansyah berkata...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

Wassalam