"Si Mamat tu baik orangnya. Satu hari tu, aku marah dia, namun dia tidak membalas apa-apa, dia hanya tunduk diam, aku sekarang menyesal kerana belum sempat meminta maaf dia sudah meninggal"
"Suatu malam, isteri aku nak bersalin. Oleh sebab masa tu aku belum ada kereta, aku ketuk pintu rumah Allahyarham Abdul Rahman. Dengan penuh senang hati, dia menghantar kami ke hospital"
"Aku berjiran dengan Allahyarhamah Enab. Sepanjang berjiran dengannya, dia tidak pernah menyakiti hati kami sekeluarga. Dialah jiran yang terbaik pernah aku temui".
Begitulah antara komen orang tentang seseorang yang telah tiada di dunia ini.
Apakah yang diperkatakan orang tentang diri kita, apabila kita telah tiada nanti?
Justeru itu,
jadilah yang terbaik kepada diri sendiri, terhadap sahabat, terhadap jiran, antara sesama manusia, haiwan dan segala isi yang ada di dunia ini.
Alangkah malang, jika orang masih memperkatakan kejahatan kita walaupun kita telah meninggal dunia berpuluh-puluh tahun lamanya.
Nama Qabil, Firaun dan Namrud telah terpahat sehingga hari Qiamat.....sekian untuk renungan diriku sendiri pada pagi Jumaat yang hening ini, dan kepada sahabat-sahabatku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan