Ahad, 4 Oktober 2009

PT SULONG KEMBALI AMAN

Ini bukan rumah aku.Bukan juga rumah Tok Penghulu, tetapi GALERI SMK DATUK SULAIMAN.
Aku tanya anak aku yang bersekolah di situ. Ada apa di dalam Galeri ini? Dia pun tidak tahu.
Agaknya barang-barang bersejarah kut?
Hari ini syawal yang ke 15. Pekan Pt Sulong, kembali aman seperti biasa.

Aktiviti ekonomi di Pt Sulong berjalan seperti sebelum raya.


Padang telah direntap petaka, Vietnam dilanda Ketsana Menggila,
Samoa diterjah gelora perkasa,
Namun Pt Sulong Sekadar dihujani Cuma

Panggung Wayang Pt Sulong dalam memori JBB
Siapa JBB? Mungkin pemilik kereta antik? Asalnya dari Pt Sulong, kini
menjadi penghuni Kota Metropolitan Kuala Lumpur namanya!

SMK DATO' SULAIMAN YANG MENJADI KENANGAN MUMMY GEE, MAMA MIRAKI DAN PARA
PERANTAU YANG DAHULUNYA BEKAS PELAJAR SEKOLAH INI. Nah! INI LAH
GAMBAR DARI AKU UNTUK KALIAN

PUSAT SUMBER SMK DATUK SULAIMAN

DEWAN SMK DATUK SULAIMAN

KUATERS GURU/ PANGSAPURI GURU SMK DATUK SULAIMAN
YANG TERSERGAM BAK KEDIAMAN MEWAH
SEBAHAGIAN KELAS YANG DAPAT DIPERTONTONKAN KEPADA ANDA

10 ulasan:

Mama Miraki berkata...

wahhh Pt Sulong dah aman semula ye. Dah bebas dari kesesakan lalu lintas. Sekejap aje ye dah 15 hari raya berlalu. Kat KL raya semakin rancak. Tengok gamabr SMDS..alahai memori lama tu..dah berubah yea..dah cantik pun. ada lagi tak ye cikgu2 lama saya dulu kat sekeolah tu...dah pencen kot...

~ Mummy Gee ~ berkata...

emmm SMDS..teringat memori lama, garangnya Cikgu S*****, cikgu O***** yg suka ambik gambar, cikgu B**** yang suka merajuk, cikgu Ruhila yg comel lote ajar math (Alfatehah untuk beliau, dengarnya dah meninggal sbb cancer). Kak Chom towkey kantin ada lagi ke? Zaman saya skolah dulu tak der lagi quaters guru yang cantik bertingkat, ada quaters kayu jer

MSOM berkata...

Mama miraki......kenangan di skolah memang tak dpt dipisahkan drp kita. Saya ada mgajar di sekolah sebelah tu, SMK Penghulu Saad-1999 -2003. Saya cuma dapat mengenali beberapa org guru sahaja guru SMKDS, antaranya Cikgu Ghani (dah pencen skrg ni),cIKGU AZIZOL, yang lain muda-muda belaka.

MSOM berkata...

Banyak-banyak yang Mummy Gee sebut tu, saya suspect satu aje...Cikgu O,tu rasanya Ustaz Osmankan? Saya selalu berhubung dengan beliau, maklumlah kami sama-sama terlibat dalam dunia Multilevel. Beliau telah pencen...namun masih aktif buat bisnes.

Mama Miraki berkata...

SMK Penghulu Saad..dulu nama dia SMR PT Sulong kan. Dulu sekolah situlah sampai Form 3..pas tu ke SMDS...cantik dah kan sekolah tu..kat SMDS heiiii teringat cikgu S*****..tu....heiiiii garangnya..misai melenting..cam sarjan misai...tu belum minum herba misai kucing lagi tu..hihihihi...sorry cikgu....

MSOM berkata...

Sapelah Cikgu S..tu? Cikgu Sa**an YA? kALAU cikgu tu, dah jadi Pengetua sekarang di sekolah paling tersohor di Muar. Taip aje nama beliau kat iMEJ GOOGLE, BANYAK GAMBARNYA akan terpapar.

Mama Miraki berkata...

yeaaa betu tu...pandai cikgu teka yea.... hihihihihi dulu dia memang garang..cikgu disiplin kan....

MSOM berkata...

Cikgu S****N tu tegas orgnya,saya pernah berada di bwh pentadbirannya di SMKPS tu,mungkin lepas ni jd pengarah...sama2lah kita tengok..dia sgt protokol orgnya.

Mummy Gee trus senyap? Kut2 tekaan saya betul juga tu?

~ Mummy Gee ~ berkata...

bukan senyap tp busy skit dgn presentation dan ada 2-3 proposal nak kena htr dan review. Betul le tekaan cikgu tu ttg ust O. Saya ingat lg cik. Azizul dulu ajar sya BM...mama miraki ingat tak satu mamat hensem kerja kat smds dulu? Sukanya klu nampak dan selisih ngan dia...bunyi motor dia lalu dpn rmh pun kita blh kenal kan...hihih...mana dia skrg ni ek berapa rmai askar la ni

MSOM berkata...

Nampaknya kalian diajar oleh Cikgu2terhebat di Johor,patutlah kalian jadi org2 hebat! Kat Malaysia ni sapelah tak kenal Cikgu Azizul? Cuba beli Dewan Siswa,beliau antara penulis ruangan BM.

Kalau di Bp dengan Muar ni tanyalah nama Cikgu S,semua warga pendidik kenalle dgn kewibawaannya.

Kalau Mamat hensem tu tak dapatlah saya menekanya, sebab saya tak bersekolah di Pt Sulong.