Ketika orang sedang khusyuk solat Jumaat, tiba-tiba sahaja telefon bimbit di dalam poket seluar lelaki itu berbunyi. Bunyi suara burung wak-wak yang dipilih untuk deringan telefon itu menjadikan suasana mesjid itu tidak keruan. Dalam hati masing-masing menyumpah seranah lelaki yang tidak berdisiplin itu. Lelaki itu tunduk keseganan yang tidak terhingga. Selesai solat Jumaat, semua mata tertumpu ke arahnya. Dia buat tidak peduli. Dia nampaknya bukan penduduk tempatan. Dia dalam perjalanan ke sesuatu tempat atas beberapa urusan. Kalau tidak masakan dia membawa telefon itu ke dalam mesjid dan terlupa mematikannya.
Ketika di luar mesjid dan semasa memakai stoking, sahabatnya bertanya.
" Handphone engkau kan yang berbunyi tadi?"
" Ya....aku lupa off handphone tu, benggang betul"
" Siapa yang call?"
" Siapa lagi, kalau tak bini aku"
" Engkau pun satu, boleh lupa"
Aku pun meninggalkan dua orang sahabat itu berbual, kerana mereka pun telah menuju ke kenderaan mereka.
Dalam benakku, isteri dia pun satu hal, tidak ingatkah hari ini hari Jumaat? Nasihatku kepada wanita-wanita di luar sana, para isteri, makwe, saudara, teman wanita.....JANGAN TELEFON PASANGAN, SAUDARA, ABANG, ADIK DAN TEMAN LELAKI ANDA pada hari Jumaat antara jam 1.00 - 2.00 petang. Perbuatan anda mungkin menjadikan solat Jumaat satu mesjid jadi rosak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan