Isnin, 12 Oktober 2009

BETAPA SUKARNYA KITA UNTUK MEMUJI

Satu hari tujuh tahun lalu aku mendengar perbualan dua orang rakan.

" Tak nampak perubahan aku ke?" Mr X ingin mengambil perhatian.
" Kenapa dengan kau? Dapat untung lebih ke?" Tak sabar Mr Y bertanya.
" Aku pakai baju baru...Crocedile, takkan tak nampak?"
Mr Y diam sekejap. Dia melihat baju baru yang dipakai Mr X.
" Terus teranglah X, kau jangan kecil hatilah,kau ni kan....kalau pakai baju apa pun...kau memang tak hensem! Ha ha ha ha!"
Aku terperanjat dengan ulasan Mr Y kepada Mr X. Habislah Mr X merajuklagi. Baru bulan lepas tu dia sebulan merajuk dengan aku. Dia ni lelaki sensitif....gurau-gurau pun diambil serius.Aku sampai tiga kali minta maaf.

Kini ia telah berlalu.Mr Y pun kini telah kembali kerahmatullah kerana penyakit berbahaya. Tinggallah Mr X kesepian kerana kehilangan kawan yang celupar seperti Mr Y dan aku yang kini sudah tidak sebumbung lagi dengannya.

4 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Sebenarnya kita kena ingat, pujian pun satu bebanan sebenarnya. Kehenseman yg kita miliki pun bukanlah kekal, kurang2 kalau dihina at least ianya sbg satu cabaran. Contoh kita persiapkan diri dgn ilmu (yalah x hensem katakan.. so tutupi ketidakhenseman itu dgn ilmu di dada).

Tapi aku rasa kawan ko tu jelous sebab tu dia susah nak puji si Y tu. Kita nak bergurau bukan tak boleh, tapi jgn la sampai menjatuhkan air muka org. Apatah lagi kat depan org lain (depan ko). Aku rasa pun dia berhak untuk merajuk.

MSOM berkata...

Lelaki sensitif macam tu elok benor jaga zoo saja, bagi makan harimau ke...

Kalau perempuan kena kutuk macam tu, sure tiga bulan bertapa kat gua, menuntut ilmu susuk!

~ Mummy Gee ~ berkata...

zaman skrg ni lelaki merajuk lbh teruk dr pompuan....pompuan klu merajuk comel le gak tp klu lelaki merajuk buruk benor ler rupa.....hihih...jgn mare ye...

MSOM berkata...

Banyak udang banyak garam,banyak orang baannnnyakkkklah ragamnya Mummy Gee.

Kalau lelaki merajuk, muka dia buruk macam Imuda dalam lakonan 2+1