Memaparkan catatan dengan label PEKAN2 DI BATU PAHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEKAN2 DI BATU PAHAT. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2013

JARAK ANTARA BATU PAHAT DAN PEKAN SEKITARNYA


Dalam pencarian yang dikesan dalam blog aku ni, segelintir pengunjung mencari jarak antara Batu Pahat dengan pekan-pekan sekitarnya,malah ada yang SMS bertanyakan hal itu. Mungkin mereka tidak tahu, Google Map telah menyediakan kemudahan itu. Tak apalah, aku paparkan sedikit jarak antara lokasi-lokasi yang beriku:


  • Jarak Batu Pahat - Pt Raja 21.0 km perjalanan 20 min
  • Jarak Batu Pahat - Rengit 36.6 km perjalanan 35 min
  • Jarak Batu Pahat - Air Hitam,Johor  33.9 perjalanan 39 min
  • Jarak Batu Pahat - Parit Sulong - ikut Jalan Pt Jalil Tongkang Pechah 24 km 24 min
  • Jarak Batu Pahat - Pt Sulong -ikut Jalan Simpang Lima 26.7 km 31 min
  • Jarak Batu Pahat - Yong Peng 30.3 km perjalanan 37 min
  • Jarak Batu Pahat- Seri Medan 22.8 km perjalanan 34 min
  • Jarak Batu Pahat - Parit Yaani 21.2 km 25 min perjalanan
  • Jarak Batu Pahat - Senggarang 10 km 20 min (banyak selekoh,trafiklight) 
  • Jarak Batu Pahat - Minyak Beku 8 km 15 min (banyak selekoh yang mencabar)
  • Yang lain cari sendiri......penat dah aku taip ni....

Selasa, 8 Jun 2010

PEKAN AIR HITAM MERIAH SEPANJANG TAHUN

Macam sedap je jambu ni, menyesal pulak tak beli nanti...



Masa kecil dulu aku kenyang makan keladi selatah ni.
Sekarang sudah jarang ada, tetapi di Pekan Air Hitam masih boleh diperolehi.



Eh Eh...banyaknya Teddy Bear



Pekan Air Hitam memang tidak pernah lengang, sentiasa dipenuhi pengunjung




Buah Lychee ni buah kegemaran anakku Ili Nabilah sejak dalam perut ibunya lagi.....
(masa tu mengidam buah lychee)

Pekan Air Hitam sinonim dengan produk tembikar

Key Chain pelbagai variasi menarik minat kanak-kanak

Wow! Banyaknya barang-barang kat kedai ni!




Kalau pergi ke Johor, tak singgah Air Hitam maka lawatan kalian dikira
belum sempurna......!




Kraftangan ini sejenis mobail yang berbunyi apabila ditiup angin...
Rasa begitu klasik semasa angin bertiup



Macam-macam ada bang, bantal, tikar, topi.


Kedai produk rotan, macam-macam barangan daripada rotan, termasuk
rotan untuk memukul anak-anak yang tidak mahu mengaji pun ada!





Topi Koboi...aku tak ada bela kuda, buat apa nak beli...?

Ahad, 27 September 2009

BERKUNJUNG SEMULA KE RENGIT-PUSAT JUALAN BARANG TERPAKAI

 Jalan merah tu jalan yg perlu anda lalui
jika keluar dari Tol Air Hitam
RAMAI PULA YANG MINTA TUNJUKKAN LOKASI RENGIT
ha ...kali ini saya letak petanya...kira ok kan?
Jarak Air Hitam ke Rengit- 41 km.
Jarak Batu Pahat ke Rengit 36.6 km



Mintak Tolong Kawan-kawan Klik Iklan ni....tak kena bayar, jangan takut..
Tolong saya ya....












Hari Raya kelapan,barulah kami dapat meluangkan masa berhari raya di rumah abang Baharuddin di Rengit. Setiap kali ke rumahnya pasti kami tidak melepaskan kunjungan kami ke perkampungan orang asli yang lebih terkenal daripada pekan Rengit itu sendiri. Kalau orang kata Segamat itu Jakel, Jakel itu Segamat, begitulah Rengit yang popular dengan jualan barang terpakai dari Singapura ini.
Panorama Pekan Rengit

Pembelinya bukan sahaja penduduk setempat, malah dari Kuala Lumpur dan juga negeri-negeri pantai Timur. Ini dapat dilihat daripada flat-flat kenderaan yang pakir di sini.


Jika anda melalui Lebuh Raya Utara Selatan, anda boleh menemui perkampungan ini melalui susur keluar Air Hitam. Belok ke kiri sehingga bertemu Simpang ke Pt Botak, iaitu jalan ke Senggarang. Habis Jalan Pt Botak anda akan menemui jalan ke Pontian. Belok ke kiri dan jalan terus sehingga berjumpa pekan Rengit. Bertanyalah penduduk di sana tentang lokasi kampung ini.


Jika anda lalu di Batu Pahat pula, jarak Rengit dengan Batu Pahat lebih kurang 30 km.

Pada mulanya aku mengajak famili ke sini untuk membeli speaker kereta Kancil kami.

Namun akhirnya booth kereta Iswara kami penuh dengan barang-barang ini. Beg James bond

yang cantik itu cuma berharga RM 10.00, NAMUN akhirnya beg itu diminati abang aku. Pada hal dia duduk di Rengit, tetapi setiap kali dia ke sini, jarang dia menemui beg yang diidamkan itu. Kipas angin tu harganya RM 25 sahaja.



Peminat-peminat PA Sistem pasti duduk lama di kedai ini




Barang baru sampai dari Singapura, tetapi Speaker kereta tetap tidak kelihatan. Belum rezeki kami lagi...

Perabot pun banyak terdapat di sini. Perabot jati pun ada. Tetapi anda harus pandai tawar-menawar.

Kalau nak beli perabot kena sewa lorilah beb! Booth kereta manalah muat!

TV ni berharga RM 500.00. Jaminan tanggung sendiri le!

Adik-adik boleh borong basikal ini. Harganya dalam lingkungan RM 30-60


Barang-barang terpakai ada peminatnya sendiri. Kalau anda golongan elit mungkin anda tidak berminat dengan barang-barang seperti ini. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
Setengah kota di Eropah pun dengar khabarnya ada menjual barang terpakai, jual di kota besar lagi
Ramai pelanggan, entah datang dari mana-mana

Aku ingat lagi Cikgu Osman Bongsu yang kini menjadi Senator merupakan penduduk asal kampung ini.

EMPAT TAHUN KEMUDIAN......
UPDATE BLOG DENGAN GAMBAR TERKINI: 29 SEPT 2012......................

















ENTRI TENTANG INI  TELAH DILAYARI OLEH 9000 PELAWAT, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS KUNJUNGAN ANDA.....Cuma kedatangan terkini saya di situ, menyaksikan harga barang di situ turut naik macam peniaga Malaysia yang lain....mereka pun dah mula demand jugak...

Selasa, 23 Disember 2008

MENGENALI PEKAN2 HEBAT


Macam-macam ada di Rengit ni

TERJUMPA YU MATON DENGAN ABANG
RASHID

Inilah Rengit Parade yang aku maksudkan


Abang Baharudin sedang berbual dengan kawan lamanya
di Mahad Johor dulu (tahun 70 an), kang Katemon

Balik dari Melaka, kami rehat sehari kat rumah. Meluruskan tulang-tulang yang bengkok, dan mengubati badan yang sengal-sengal. Apabila semua tu dah hilang, kami memasukkan beg pakaian ke dalam kereta. Ahad 21 Disember 2008,kami bergerak lagi.Mula-mula kami singgah di rumah Kamarul Zaman di Pt Kasim. Ni kawan SURECO. Beliau mengahwinkan adiknya.

Dalam majlis itu, kami berjumpa Cikgu Zainal, Diamond Sureco yang amat terkenal di B Pahat ni. Dulu pada awal perjuangan, aku selalu ikut dia ke mana sahaja. Pernah makan satay Kajang sampai pukul 2.00 pagi. Sampai di rumah pukul 5.00 pagi. Pkl 7.00 aku pergi kerja. Dalam pertemuan singkat itu, aku dapat berbual dengan beliau tentang isu2 pendidikan.

Seterusnya kami sekeluarga menuju ke shoping kompleks yang baru. PARKSON sebelah CARFOURE. Alamak! Banyak kedai belum dibuka. Terus kami menuju ke Rengit. Singgah solat Asar di Senggarang. Sampai di Rengit, aku menelefon Misliman/Misman panglima Sureco dari Benut. Panggilan dua kali tak berjawab. Akhirnya, kami ke Rengit Parade (takkan kau 0rang tak tau Rengit Parade? Ramai bisnesman menjual barangan terpakai dari Singapore kat sini). Kalian nak apa, cakap je, semua ada. Piano, barangan elektrik, sebesar-besar TV pun ada, perabot pun semua ada. Bagi yang nak jimat lah. Kalau duit banyak, tak tau nak buat apa, tak payah ke sini. Kami berada di sini selama satu jam. Kami dapat juga membeli beberapa barangan di situ.


Magrib tu kami solat di mesjid Rengit yang masih dalam proses baik pulih. Aku pernah tidur di mesjid ini 14 tahun lalu. Waktu tu, aku nak menaja Haslina Tiong Abdullah dalam COSWAY. Dua hari aku nak jumpa wanita hebat itu. Akhirnya dia sign-up melihat kecekalanku. Sekarang dengar khabarnya dia dah balik ke Sarawak.

Keluar dari mesjid, aku dihubungi Misman, esok dia nak jumpa aku di Sri Medan. Aku dah sms abang aku Baharuddin, dia kata ada di rumah. Bagaimanapun kami makan dulu tomyam di warung Thailand.
Kami sampai di rumah Kang Odin jam 9.00 malam. Hafiz pun baru balik dari KL. Hafiz anak saudaraku kini menjadi Jururawat Lelaki pertama dari Rengit. Sekarang kerja di sebuah hospital di Serdang. Aku tak dapat berbual dengannya kerana sekarang beliau begitu sibuk.

Kami dijamu dengan tomyam. Kang Odin begitu gembira sekarang kerana telah dinaikkan pangkat. Beliau akan berpindah ke sebuah sekolah agama di Senai. Jawatan Imam 1 di Pt Sri Bahrom akan ditinggalkan. Entahlah kang Odin! Kalau aku pun pening, naik pangkat, tapi pindah begitu jauh juga. Kena sewa rumah kat sana. Kak Fatimah pulak bagaimana?

Kami meminta diri jam 11.00 malam. Kali ini kami ke Pt Nipah, Pt Raja.Emak Mentua dan Bapak menyambut kami dengan gembira. Setelah berbual-bual kami pun tidur. Anak-anakku begitu seronok tidur di rumah neneknya.

Selepas makan nasi lemak yang dibuat oleh Hjh Yaimah itu, dan berbual-bual dengan Hj Ismail, aku berpesan kpd anak2 jangan nakal-nakal, ayah nak jumpa PROSPEK ni. Jalan-jalan mesti sambil bisnes!

Tempat pertama pagi itu aku tuju ialah pasar lambak Pt Raja. Macam di Pt Sulong juga, peniaganya pun hampir sama. Cikgu Rajab Thaiub menghubungiku. Dia dah lama order barang Bio Asli. Aku suruh dia beli secara online. Tapi dia nak beli dengan aku juga. Lokasi TABLE MEETING ialah di Bariani Best sebelah Bank Muamalat. Isterinya Cikgu Rosmah pun ada. Dulu dengan mereka ni, pernah buat homeparti sampai ke Mersing. Malam-malam buta baru balik. Bayangkan! Hanya orang2 MLM aje yang direspek oleh jin-jin tepi jalan. Pukul 2.00 pagi masih memandu di jalan Kluang/Mersing!

Aku bagi sedikit penerangan produk dan sykt kpd Cikgu Rajab. Meeting tak rasmi ni berlangsung selama 1 jam. Selepas berjumpa Rajab, Misman Benut menghubungi aku. Dia nak jumpa aku di Zul Cendol. Aku pun menuju ke sana.
Dia sedang berbual dengan dua orang MLM juga. Misman join Bio Asli di bawah Unanjaga. Mereka ni kawan rapat. Di samping itu, aku ada bagi pamplet produk kepada seorang abang yang sedang ngeteh dengan isterinya di warung cendol tu. Tengah aku berbual dengan Misman, abang yang aku bagi kertas tadi menelefon aku. "Sdra, saya nak beli minyak power awak tu. Kat situ saya segan nak belilah. Ramai sangat orang" pinta abang itu " Abang kat mana sekarang?" "Saya kat depan Avon, yang menghadap trafic light ni". Aku pun membetis menuju ke sana meninggalkan Misman dan rakannya. Abang tu beli dua botol. Penat juga aku berjalan ni. Aku ingatkan dekat!

Aku berbual lagi dengan Misman. Setelah mengambil 4 kotak Minyak Power 31, Misman meminta diri. Dia kata nak jual habis ubat ni.