Jumaat, 25 Jun 2010

Kita Dikelilingi Kepalsuan


Lokasi kedai: Pekan Ayer Hitam


Jika kita meletakkan bunga-bunga plastik ini di depan rumah kita pasti akan menyegarkan pandangan. Ditambah dengan air terjun mini yang mengeluarkan bunyi gemersik air mengalir. Terasa penat di tempat kerja hilang melayang di udara, dibawa bayu terbang ke langit biru.

Tanpa disedari kita kini dikelilingi kepalsuan dan tiruan. Sehingga kita hidup pun kadang-kadang dalam kepura-puraan.

Walau apa pun yang anda tafsirkan, malam ini sebenarnya aku sudah tidak tahu hendak menulis apa di sini, lantaran dibebani kerja yang semakin bertimbun. Oleh itu aku menyokong penuh pemansuhan UPSR dan PMR yang diwar-warkan oleh Menteri Pelajaran kita.

5 ulasan:

Mama Miraki berkata...

cikgu....kita SANGAT tak setuju UPSR dan PMR dimansuhkan....habis tu budak belajar dari tahun 1 sampai Form 5( selama 11 tahun)tak masuk tadika lagi tu... baru nak peksa...so....murid2 pun sekolah sambil lewa aje....cikgu pun senang hati....bagi saya...ini memang cadangan yang TAK MASUK AKAL dan MENGARUT...hehehehe...siapa sokong saya.....sila komen...hehehe

MSOM berkata...

Jangan bimbang, sebenarnya apabila Menteri Pelajaran kata begitu, dia nak tukar kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah, maknanya kerja guru akan bertambah, ni pun saya baru menyiapkan kerja sekolah dari jam 12.00 - 3.30 pagi. Kalau tak percaya, jadilah cikgu dalam sebulan ke...tengok macamana?

Wong Khoo Lai berkata...

Saya sebagai guru pun sangat tidak setuju dgn cadangan MP. Yg ada periksa murid pun x nak belajar... inikan pulak x de periksa... idea ini mmg telah dipraktikkan di negara luar namun saya mmg tak setuju. Idea ini akan semakin menambah beban guru.
Contohnya saya mengajar psv... dulu kertas 3 dinilai oleh pemeriksa LPM sekarang PBS guru kena nilai... pemeriksa dapat elaun sbg pemeriksa... guru x dapat. Mungkin dpt mengurangkan bayaran pemeriksa tapi jadi beban guru di sekolah.
Ini pandangan peribadi.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Saya cadangkan cadangan ditutup.... hehhehe...

Sorry tu say la, kat Msia ni whatever plan @ projek selalunya ikut siapa yang jadi ketua @ menteri masa tu. Bila ada pertukaran menteri mesti akan ada pertukaran plan. Tak ada satu plan jangka panjang yg dibuat... yang pak menteri pulak mesti nak buat 'something' biar orang nampak kewujudan dia... anak2 kita lah yang menjadi mangsa bahan 'ujikaji' ...

Let say one day Mummy jadi menteri kat mana2 (tak pernah mimpi pun nak jadi menteri..hahaha... perasan) sure Mummy akan implement benda yang baru gak, apa kelas ikut plan orang lain...tak gitu Cikgu Bedah...

Wong Khoo Lai berkata...

Yang masalahnya... penggubal dasar tak faham situasi dan permasalahan sebenar di sekolah. For example... aku guru seni suruh rancang sesuatu program untuk subjek matematik tentulah tak relevan. Macam Muhiddin tak pernah jadi ckigu tapi nak bercakap fasal pendidikan... mmg tak relevan.