Khamis, 12 November 2026

AKU SERIK KE NEGARA ORANG

Aku rasa Malaysia ni negara yang makanannya antara yang paling murah selain Indonesia, walaupun aku belum jejak ke sana.

Aku sebenarnya fobia apabila berada di lapangan terbang sesuatu negara, terutama apabila melintasi pemeriksaan kastam.

PENGALAMAN PEETAMA

Sampai saja dari KLIA ke Jeju Airport, anak bongsu aku ditahan kerana suhu badan dia cecah 39°©. Ditahan dalam sepuluh minit. Nasib baiklah masa tu polis lelaki tu baik. Selepas sepuluh minit suhu dia sudah turun. Mungkin sebab Aliff bagai baju tebal sejak dari KLIA lagi. Masa tu kan Covid tengah mula merebak di Korea Selatan dalam 3000 kes, dan di Malaysia baru ada 23 kes. Ini berlaku pada Februari 2020.

Dari Jeju ke Gimpo Airport pulak.
Pengalaman ngerinya ...Ada dua orang askar Korea Selatan sentiasa mengekori belakang aku... Mungkin masa tu tengah Covid, askar dan polis berkawal di mana-mana.

Dua orang berpakaian anggota keselamatan itu terus memerhati dan mengekori....
Aku sampai rimas....ckp dgn bini aku... Kenapa ni dia org ni?

Aku pun tak tau beza polis dgn askar Korea ni...

Baju dia lain...

Last last aku tak dapat duduk kat kerusi... 

Aku terus keluar... Dari bangunan...haha... 

Mungkin muka aku ada iras2 Osama Laden ketika itu.


Kisah kedua pulak, 
Masa pergi Singapore tiga tahun lepas aku tersangkut di kastam Singapore...kesannya aku Dah tertinggal bas stgh jam. Orang lain senang je scan passport terus jalan. Tetapi aku kena scan semua, dgn muka dan badan aku hahaha...

Kisah Ketiga
Masa pergi umrah pulak...Kastam Pak Arab tu marah2 aku bawak air Zam Zam nak balik tu...aku pun tak faham 🤣🤣 mutawif Ustaz Hasanin kata boleh bawak. 

Tu yg aku fobia nak ke luar negeri🤣🤣🤣. Baik aku jalan-jalan kat Kampung aku je...jimat duit aku...

Nak pergi ke tanah leluhur bapakku, aku pun risau. Hubungan Malaysia dengan Indonesia sepertinya tengah tidak baik. 

Tiada ulasan: