Selasa, 11 Disember 2012
KERANA 20 SEN, TAK JADI BERTUNANG
Kisah ini adalah kisah benar, kerana aku adalah saksi utama. Dengan ini aku Mat Som Bin Sadono, berjanji dan bersetia, bahawa yang aku ceritakan ini adalah benar, dan bukan rekaan melainkan ia benar-benar belaka. Namun demi menjaga nama baik orang-orang yang terlibat, aku merahsiakan nama dan tempat yang tersebut.
Di sebuah kota, tinggal seorang gadis yang dulunya pernah putus cinta. Cinta mereka tidak direstui oleh keluarga, lantaran kerana pak wenya itu seorang 'doktor bawah jambatan.' Mereka itu telah bercinta umpama Romeo dan Juliet, bagai cinta antara Laila dengan Majnun, juga bagai Kassim Selamat dengan Sabariah.
Betapa hebat pun percintaan itu, gadis itu tetap masih waras. Dia bukan bercinta dengan jejaka Lombok yang terkenal dengan kehebatannya di atas muka bumi ini. Dia terpaksa memilih antara kekasih dengan ibu bapanya. Dia memilih antara maruah dengan cinta buta kayu.
Akhirnya, terputuslah juga cinta agung mereka itu. Pemuda yang tampan itu hancurlah hatinya. Makan hati berulam durja. Semakin banyaklah dadah yang disumbatkan ke badannya.
Si gadis yang cintakan keluarga, yang dulunya genit itu, semakin kurus melidi. Hampir-hampir ia bagai tahanan Bosnia di tangan tentera Serbia. Bertahun-tahun akhirnya dia bangkit kembali. Hidup ini bukan untuk menangis sahaja. Dia bekerja demikian gigih. Gajinya dinaikkan oleh majikan setahun demi setahun. Badannya kembali berisi dan cantik semula.
Maka ramailah yang nak meminangnya. Sebuah keluarga dari utara membawa berita. Untuk menyunting bunga kembang di taman astakona. Dua keluarga berjumpa, dan memberi cincin merisik. Gadis itu cuba untuk mengenali lelaki itu sebelum majlis pertunangan.
Dia bukan sebarang gadis. Jauh dari digula-gula dengan harta-benda.
"Sebelum majlis pertunangan ini, aku nak menduga dan mengujinya...." getusnya sendirian pada petang itu.
Keesokannya tepat jam 10.00 pagi, ketika sang mentari mula menunjukkan sinarannya....pertemuan dua insan pun bermula. Tiada yang menemani mereka sebagaimana sepatutnya. Kerana pertemuan ini sangat eksklusif.
Sebagai gadis, tentulah semua keputusan di buat oleh pemuda yang mempunyai hasrat besar itu. Sebuah warung di pilihnya, bukanlah KFC, Magdonald atau Marrybrown sebagaimana pakwenya yang dulu, walaupun seorang penagih tegar tetap mampu membelanjanya makan di tempat berhawa dingin, sesuai dengan namanya pertemuan pertama.
Ya...mungkin lelaki itu juga nak mengujinya?
Gadis itu pun makan bersama pemuda itu. Berkenal-kenal macam biasa orang baru nak kenal. Hobi, makanan kegemaran, adik-beradik, dah lama ke kerja, dan macam-macamlah. Biasalah macam orang-orang yang buat first dating.
Tanpa diduganya, dengan lahapnya pemuda itu makan di depannya, bagai dia tak pernah makan kat warung sebelum ini. Pemuda pingitankah ini? Gadis itu memandang dengan satu keanehan sangat.
Yang lebih parah lagi, oleh sebab gadis itu tidak menjamah habis makanan yang diordernya, pemuda itu tiba-tiba menarik pinggannya itu.
"Tak baik membazir, membazir tu saudara syaitan".....(memanglah betul cakapnya itu, tapi wajarkah dalam pertemuan pertama saudara-saudari?)
Sang gadis sudah mula tawar hati......
"Lelaki di hadapanku ini ada harapan jadi suami yang kedekut" bisik hatinya sendirian....
"Tidak.....tidak.....ini satu yang sangat menjengkelkan aku!"......
Setelah berlangsung pertemuan istimewa dari hati ke hati, ...mereka pun baliklah. Dalam perjalanan ke arah kereta, tiba-tiba lelaki itu nampak duit 20 sen di atas parking kereta.
" Siapalah yang buang duit ni....?" Dia mengutip duit itu, dan memasukkan ke kocek seluar Jeannya....
"Oh Tidakkkkk! Kenapa dia begitu aneh? Ini bakal jadi suami yang kedekut...Sekarang aku bulat hati, bahawa ini bukan calon suami aku. Tak sabar rasanya nak beritahu emak. Apa nak jadi, jadilah....!" hatinya menjerit-jerit dan berpura-pura senyum, senyum kelat kepada pemuda malang itu....... Dia melambaikan tangan (lambaian pertama dan terakhir) dan beredar dengan kereta masing-masing.....!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
tak terkata..
Kisah untuk jadi teladan
Mesejnya>>>>
"Kalau nak jadi suami jangan jadi suami yang kedekut."
bukan kedekut tpi jimat..
Jimat yg dicurigai.
part lain boleh terima lagi, tapi bila kutip syilingyang bukan dia punya....saya suka wanita ini....
Alhamdulillah
Ada juga org sudi baca
As salam wbt Cikgu yg sweet,
Peliknya lelaki tu, bagaimana perempuan itu skrg? Saya suka baca 'gossip' gini.. mungkin krn sy perempuan kot! hehehe
Alhamdulillah Marya
Skrg dah dapat suami idaman
dan bahagia dgn 4 cahaya mata dah
Ternyata suaminya seorang yg pemurah
bukan saja kpd dirinya
malahan kpd kaum keluarganya,jiran2nya dan teman2nya
Part kutip doposen masuk poket tu saya tak heran sangat cikgu, tapi part yang dia habiskan makanan perempuan tu memang tak boleh blah.
Giler arr kedekut jimat tak hengat. Lawak hahaha.
Pida
Mungkin spesis lurus benduli al-hjbaghili
ada bagusnya jadik kedekut.
Hahahaha
Yg penting anak isteri tak menderita Jimmy
hahahahhaa.. memang kedekut payau orangnya.. tapi memang elok jugak kita menguji seseorang itu untuk mengetahui samada layakkah dia untuk menjadi bakal suami atau isteri kita..
Boni
Nampaknya Kena tulis entri cara-cara nak menguji calon isteri
Catat Ulasan