(Kelihatan ia seperti sebuah bandar hantu)
Bangunan ini dimusnahkan oleh tentera Syiah Bashar Al-Asad
Bangunan ini dimusnahkan oleh tentera Syiah Bashar Al-Asad
Kekejaman Bashar sama saja dengan kerajaan Syaitan Israel
Jika rumah mereka hancur begini, bagaimana pula keadaan penghuninya yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita?
Kerajaan Bashar Al-Asad telah menutup 90% internet Syiria. Syiria telah memantau internet negara tersebut selama bertahun-tahun yang lalu bagi mengesan aktiviti pembangkang. Bashar telah menerima bantuan kepakaran daripada pakar-pakar kerajaan Iran. Ramai telah ditangkap dan dibunuh dengan kejam kerana menanamkan bibit-bibit penentangan terhadap pemerintahan diktator itu.
Laporan terbaru dari media-media dunia menjelaskan pertempuran hebat askar Bashar dengan para pejuang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Damaskus.Dan ramai pemerhati meramalkan bahawa keganasan Bashar membunuh hampir 40 000 rakyatnya hampir sejak 20 Mac 2011 yang lalu hampir ke penghujungnya.
Pesawat dan jet telah dialihkan ke lokasi lain dari lapangan terbang tersebut. Menurut pejuang, lapangan terbang Damsyik telah digunakan Bashar untuk menerima bekalan senjata dari sekutu kuatnya iaitu Iran dan Russia. Jalan raya ke lapangan tersebut kini telah ditutup.
Pada hari Khamis dilaporkan 20 orang terbunuh dan 80 orang telah cedera, apabila tentera Bashar melakukan serangan udara yang ganas di kawasan perumahan di daerah Al-Ansari di Aleppo. Kebanyakan yang cedera adalah kanak-kanak.
Seorang tua kebingungan yang terselamat dalam sebuah video membawa serpihan bom dan menjerit:
"Inilah hadiah daripada Bashar untuk penduduk Al-Ansar. Lihatlah di sana, dua bangunan telah diruntuhkan dan ini (serpihan bom) adalah sebagian daripada yang memusnahkan bangunan itu!"
Beberapa buah jet tentera juga telah ditembak jatuh oleh para pejuang di
Aleppo.
Alih bahasa dari sumber asing.Matsomherbs.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan