Assalamualaikum, pada pagi Jumaat yang berkat ini, ingin saya kongsikan tulisan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Penasihat Syariah Bank Muamalat yang menulis artikel dalam majalah Solusi Isu No 50. (Penerbit TELAGA BIRU). Majalah ini sangat bagus dan penuh dengan artikel-artikel yang ditulis oleh para ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
Beliau menulis.....
Dalam sebulan dua ini, isu HUDUD mula diangkat kembali dengan pelbagai tafsiran dan andaian sama ada pro atau kontra.
Justeru, pada kali ini dan akan datang, penulis terpanggil untuk menjawab isu ini dengan hujah akli kerana kadang-kadang hal seperti ini dibangkitkan oleh golongan bukan Islam.
Sebab Tohmahan Terhadap Hudud
Pada pengamatan penulis, mereka yang ENGKAR, MENENTANG dan MENIMBULKAN pelbagai kesangsian terhadap huhud disebabkan pelbagai faktor dan sebab, antaranya:
1. Kejahilan
Kedangkalan ilmu dan kefahaman yang cetek berkenaan falsafah, undang-undang Islam menyebabkan golongan ini beranggapan yang bukan-bukan dan membuat tohmahan secara melulu. Tambahan pula, mereka dimomokkan dengan pelbagai doktrin yang menunjukkan ANTI HUDUD.
2. Menjaga Kepentingan
Ada pihak yang ingin menjaga kepentingan peribadi ataupun POLITIK. Justeru mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengiakan tindakan rakan taulan.
3. Keras Kepala
Ada yang tidak mahu menerima hudud kerana perasaan EGO dan KERAS KEPALA. Hal ini menyebabkan mereka sanggup mempertahankan kebatilan dan bukan kerana mereka tidak mengetahui hakikat kebenaran bahawa ia datang daripada Allah.
Isu-isu Dalam Hudud
Penulis akan membincangkan penyelesaian bagi sedikit sebanyak tohmahan berkenaan isu hudud ini:
1. Ramai Yang Kudung Tangan
Ia hanya andaian. Realiti yang berlaku dengan pelaksanaan hudud, tidak ramai yang kudung tangan. Sebaliknya, ramai yang kudung tangan tanpa HUDUD kerana pencuri dan penjenayah sanggup menyamun, berparang, menetak semata-mata hendak mendapatkan wang, barang kemas dan sebagainya. Orang yang tidak bersalah pula yang mendapat hukuman. (Malah kita lihat ramai yang terkorban kerana menjadi mangsa ragut).
Jelas terbukti bahawa negara yang melaksanakan hudud contohnya Arab Saudi, tidak ramai yang kudung tangannya. Satu kajian telah dilakukan pada zaman pemerintahan Al-Malik Sa'ud selama hampir 24 tahun, dan mencatatkan tidak sampai 16 tangan yang dipotong. Justeru, sangkaan yang dinyatakan itu meleset sama sekali.
2. Ramai Yang Tidak Bekerja
Ini juga dianggap sebagai satu telahan dan sangkaan ataupun zan yang ghalibnya adalah silap dan meleset. Isu bekerja tiada kena mengena dengan hudud, bahkan pelaku kesalahan seperti mencuri biasanya dalam kalangan mereka yang tidak bekerja.
Realiti yang berlaku menunjukkan golongan yang bekerja tidak akan mencuri kerana disibukkan dengan tugasan. Penulis berpendapat, dengan melaksanakan hudud, maka peluang bekerja akan bertambah dan semakin banyak.
Contohnya, ramai orang kaya dan tokoh koperat bimbang untuk membuat pelaburan di negara yang mempunyai risiko dan keselamatan yang tidak terjamin.
3. Tiada Pembangunan
Ada andaian mengatakan batu-batu yang digunakan untuk hukuman rejam boleh menyebabkan ketiadaan pembangunan di negara yang menjalankan hudud. (Seorang Negarawan pula yang memperolok kata-kata ini).Sangkaan seperti ini amat meleset atas tiga sebab:
* Batu-batu yang sudah digunakan untuk melaksanakan hukuman rejam boleh digunakan lagi dan tidak dianggap batu mustakmal seperti batu yang sudah digunakan di jamarat.
* Seorang yang melakukan kesalahan zina muhsan sahaja yang direjam dengan syarat ketat kerana Islam mengambil pendekatan dengan menghindarkan pelaksanaan hukum apabila adanya sebarang syubhah.
* Pelaksanaan hudud seperti kes zina muhsan sudah pasti akan menjadikan akhlak masyarakat dan moral ummah begitu tinggi kerana benar-benar menjaga batasan agama yang menepati syariat.
4. Pelabur Luar Lari
Alasan ini amat dangkal kerana banyak negara yang mempunyai sistem undang-undang yang baik dapat memberi keyakinan yang begitu tinggi kepada para pelabur. Keamanan merupakan perkara yang didambakan oleh para pelabur.
Hal ini boleh dilihat di mana-mana negara yang kucar-kacir, banyak penjenayah dan risiko peperangan. Semua inilah yang akan menyebabkan ekonomi mereka susut.
Cuba lihat negara yang stabil, aman dan mempunyai jaminan keselamatan yang tinggi. Sudah pasti para pelabur berkeyakinan 100% untuk melabur di negara tersebut.
Okey...okey....Cukup setakat itu, ni aku nak mengulas sedikit:
Teman-teman, cuba bayangkan undang-undang sekular @ kapitalis yang menjadikan mangsa sebagai mangsa lagi...Contohnya sebuah keluarga yang kehilangan ayah tempat bergantung kerana dibunuh penjenayah.
Yang kita tahu, memang penjenayah dihukum bunuh. Atau dipenjarakan. Dia juga membayar duit reman, duit diberikan kepada kerajaan. Pendek kata keluarga tadi tetap tidak dapat apa-apa. Berbanding undang-undang Islam, jika pembunuh membayar ganti rugi (DHIYAT), bayaran itu diserahkan kepada keluarga tadi. Bukan kerajaan yang terima duit. Jadi, sistem yang ada ini merupakan sistem kapitalis, yang mementingkan keuntungan. Sebab tu undang-undang kapitalis ni termasuk undang-undang yang zalim. Sedangkan keluarga mangsa, terbiar tanpa apa-apa pembelaan dan bantuan.
Aku nak tanya, ke mana disalurkan duit-duit hukuman denda yang dijatuhkan oleh mahkamah, sama ada duit itu diserahkan kepada mangsa-mangsa (dalam kes penipuan dan sebagainya) atau masuk ke perbendaharaan?
Hari ini kerajaan terpaksa menyara para pesalah curi dan rompak dengan wang hasil negara. Penjara-penjara bagaikan tempat untuk mereka yang malas bekerja. Jadi, pelaksanaan hukuman potong tangan itu dapat mengurangkan beban kerajaan ini.
Akhir kata, apa yang kita telah buat sebagai orang perseorangan dan pertubuhan bagi membendung gejala sosial yang kian parah, dalam jumlah kelahiran anak luar nikah telah menjangkau suku juta orang?(Ikut data pada tahun 2006 sehingga 2010 sebanyak 234 647 anak luar nikah telah dilahirkan.)
5 ulasan:
walaupun saya ni bukanlah seorang lelaki yang baik, tetapi sejujurnya, saya sangat2 sokong jika hukum hudud ni dilaksanakan. saya sangat2 sokong.
Allahu Akbar!!!!
undang-undang dunia tidak akan dapat menyamai undang-undang Allah.. saya tiada masalah dengan hudud.. tak buat salah kenapa nak gelabah ayam.. kesian, ayam pula yang disalahkan..
KAK PUN SOKONG..DALAM AL-QURAN JELASKAN.. PANDUAN KITA PUN AL-QURAN DAN SUNAH.
SAYA DAN SUAMI SELALU JUGA BINCANG MENGENAI HUDUD.
cikgu,
kadangkala saya tertekan bila jenayah yang berleluasa natijah hudud tidak dijalankan....
Catat Ulasan