Khamis, 20 Disember 2012

CARA HILANGKAN STRESS DI TEMPAT KERJA



Stress....? Ah itu biasa. Lagi-lagi di tempat kerja. Stress paling parah ialah, apabila hutang banyak keliling pinggang. Ia boleh merosakkan mood bekerja anda. Lupakan hutang, sape suruh hutang banyak-banyak. Kalau pening bayar kereta riban-riban, jual aje kereta tu. Beli kereta terpakai dalam 10K dah cantik, asal boleh sampai macam aku. Parking kat mana-mana pun tak takut kereta hilang.

Sahabat-sahabat yang aku kasihi, 10 cara menangani stress adalah: 

 
Contoh Lagu: Korban Percintaan- Julie Remie

1. Mendengar muzik yang anda gemari. Jangan kuat-kuat. Itu pun bergantung kepada tempat kerja anda. Boss bagi atau tidak. Kalau cikgu kat sekolah macam aku, memang tak kena buka lagu kat bilik guru. Kalau pejabat, anda pulak ada bilik sendiri, tu memang best. 

 2. Menonton video Youtube. Sekejap aje, bukan sampai tak buat kerja. Maksudnya masa senggang. Masa klien tak ada, boleh kut. Cerita-cerita Maharaja Lawak Mega mungkin. 

3. Hiasi dinding tempat kerja anda dengan lukisan-lukisan yang cerah. Lukisan yang anda minatlah. Kalau anda minat gambar tengkorak, orang pun tak boleh buat apa, kalaulah dah itu minat anda. 

4. Letak minyak wangi yg soft, lembut macam white musk, pada sapu tangan...dan cium...pehhhh pehhh.....dunia pun melayang. Bukan minyak wangi yang baunya boleh buat orang sesak nafas dan terus semput. 

 5. Bawa bekal cokelat yang sedap. Yang sedap biasa mahallah sedikit. Makan cokelat nanti boleh menyebabkan kepala anda tumbuh mentol dan banyak idea. 

6. Telefon sahabat terdekat anda. Yang boleh membuatkan anda ketawa berdekah-dekah. Jangan telefon kawan yang selalu menambahkan masalah anda. Asal telefon, dia mengadu masalah itu dan ini. Ingat guna hand phone anda bukan telefon majikan anda, dan itu pun semasa anda sedang rehat, maktu makan tengah hari. 

7. Membaca cerita-cerita jenaka waktu free. Melalui buku atau majalah yang anda bawa  dari rumah.

 8. Tarik nafas dalam-dalam daan keluarkan angin-angin negatif daripada dalam badan anda. Pergi jauh-jauh kau stress! 

 9. Dekorasikan meja dan bilik anda. Bawaklah gambar yang tersayang, anak, suami, isteri, pakwe, makwe, emak bapak yang sedang ketawa dan tersenyum belaka. Paling elok gambar masa raya, sebab masa tu semua wajah kelihatan berseri-seri. Gambar-gambar masa bertunang, nikah. Bukan gambar semasa terlantar kat wad psikiatri!

10. Selawat banyak-banyak kepada Rasulullah SAW. In sha Allah hati anda akan tenang. Kita ni hidup memang untuk menyelesaikan masalah. Bersyukurlah kalau anda orang yang jenis tak pernah ada masalah.

Sekian, entri petang Khamis nan indah ini...   

Jom tengok blog bisnes global aku yang baru.Klik. Mahal tau blog berbayar ni

5 ulasan:

Unknown berkata...

Saya kalau nak hilangkan stress saya gi shopping... garenti hilang stress. Pastu akhir bulan saya stress balik sebab duit dah tinggal sikit, semua nak kena catu...... huhuhuhu

Mat Som Sadona berkata...

Mystory
Yalah.....oh...

Kena cetak duit lagi tu..

boni kacak berkata...

semuanya cara2 yang terbaik..hehehe

Pida berkata...

Saya ni kalau stress mesti satu yang mesti saya rasai - rindu giler kat anak-anak. Masa tu saya boleh menangis sebab teringatkan mereka.

Gembeng kan?

Kayu Manis berkata...

kak tidur aje..atau masak..